Followers

Wednesday, March 10, 2010

Cuti-Cuti Malaysia : Sabah ba~ versi di KK

Salam angin bayu dari Sabah negeri di bawah bayu..
haihh...hari ni nak sambung sikit pasal trip to Sabah.
Kali ni pasal hotel yang kamu tinggal selama 2 hari sepanjang di KK..

Inilah rupa bentuk bangunan hotel yang jadi tempat persinggahan kami sepanjang 3 hari 2 malam di KK.
Memang hotel ni pemiliknya cina tapi pekerjanya ramai orang bumiputera Sabah.
Memang betul2 terletak di bandar yea..
So, takkan sunyi daripada kenderaan la..
Cuma tak sehebat KL yang jem teruk..

Bercerita berkenaan kelebihan location hotel ini, ada beberapa perkara yang buat hotel ni strategik walaupun harga sewanya tak mahal.
Antaranya;
  1. Biliknya agak luas untuk 2 orang..(boleh muat 4 orang rasanya)
  2. Biliknya cantik siap dengan TV Astro, AirCond, Iron, Katil single ada 2..Tapi bila gabung boleh muat 4 orang la..
  3. Toilet tiptop dan amatlah selesa..
  4. Belakang hotel tu ada restoran mamak 24 jam..
  5. Berhampiran dengan Maybank, CIMB Bank..
  6. Berhampiran dengan Mall2 (tapi itu tak jadi fokus sebab kat KL pun banyak..)
  7. Berhampiran dengan Pasar Malam yang harga barang2 berasaakan kristal dan mutiara jauh lebih murah daripada Pasar Filipina..
  8. Pasar Filipinapun terletak tak berapa jauh daripada hotel..
  9. Berhampiran juga dengan restoran KFC 24 jam..(tak jadi fokus utama gak..)
  10. Lagi satu jarak dengan airport cuma 10 minit naik kereta..
  11. Sarapan untuk dua orang per bilik..kami dapat 4 pass sebab sewa 2 bilik..
  12. Tiap2 pagi akan dapat surat khabar free..
Ada jugalah kekurangannya iaitu tingkap bilik tak mengadap laut..
So, kalau nak tgk laut kena pergi kat laluan koridor untuk ke lif.
Ada tingkap mengadap ke laut..

Ni koridor dekat sebelah lif.
Tingkap menghadap laut tu adalah yang bertentangan dengan arah kamera..
Kalau nak tengok laut memang tak nampak daripada level tempat kami tinggal ni..
Nampak bangunan2 sahaja.,,

Surat khabar The Borneo Post diselitkan di bawah pintu...
Yang bestnya, dapat breakfast free untuk 2 orang..
Pilih antara 4 menu yang disediakan..
First day saya pilih Nasi Lemak..
Second day saya pilih Bubur Nasi..
Ini 3 orang plus saya yang tengah tunggu hidangan breakfast..
Makcik saya dengan mangkuk bubur yang dah licin.
Untuk pengetahuan kawan2, memang bubur nasilah yang paling sedap kat sini..
Tak menyesal order.
Ni nasi lemak saya masa first day..
Kenyang2..
Ada 2 choice untuk air minuman.
Sama ada nak tea or coffee..
tapi dia ada bekalkan susu dan gula secara berasingan..

Ni lah katil single yang telah digabung jadi satu..
Abaikanlah selimut yang berserabut di belakang itu..

Ok, lepas ini saya akan update berkenaan aktiviti paling best iaitu shopping2 di KK..
Yarribbaaaa~

17 comments:

intanurulfateha said...

.bestnyeee
.x pena g KK :(

Aida Effarina said...

kat Malaysia ni, tmpt yg sy tingin sgt nk gi is Sabah!
envy2 dgn sis.. :D

Aidy Shahiezad said...

bilik hotel kt kk mmg besar2 pun... yg penting astro ade dlm bilik... hehehe.... ;0

noorafzan.blogspot.com said...

intan..
awak kena pergi at least sekali..
hehe~

noorafzan.blogspot.com said...

Aida..
Dont worry.
masih ada lagi masa tuk gi..

noorafzan.blogspot.com said...

Aidy..
ye la..
astro mmg ada..
sonang..

lily lotus said...

yang penting selesakan...

Mrs Nurul said...

ohh seronoknye dikau

miss lolly a.k.a luvfareda said...

xpenah p kk nih =)

beshhhhnyaaaa lah kan kalu dapat p sane :P

noorafzan.blogspot.com said...

lily lotus.
yup, betul2..

noorafzan.blogspot.com said...

si lampu neon..
seronok keringkan duit..
kuikui~

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
takpe, belajar dulu..
pas grad, keje..leh gi sana..
hehe~

LuVidA^^ said...

nasi lemak tu mcm bes je...uwa diet2

farra-eng said...

apa nama hotel tu ek..sedapnya nasi lemak..sok nak makan nasi lemak mcm nie hehe

noorafzan.blogspot.com said...

ida..
hehe~
sedap sumenya..
worth it la..

noorafzan.blogspot.com said...

farra..
hotel winner..

Nadd said...

bestnye shopping2..
tak sbar tgu entry tu..
my fav tu..
hehe..
nak ajak mak pegi sabah la nnt..
tingin plak..
hehe..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics