Followers

Tuesday, March 16, 2010

Cuti-Cuti Malaysia : Sabah ba~ versi jalan2 pi Kundasang ba

Selepas pekena ikan bakar sampai seratus lebih, kami balik ke bilik kami semula..
Semangat masa tu nak tidur sahaja..
Penat dah rasa..
Kenyang pula tu..
Haruslah ubatnya tidur..

Esoknya, kami bersarapan..
Berkemas-kemas untuk check out daripada Hotel Winner.
Sementara tunggu abang kepada abang Ipar, Abang Usin dan isterinya sampai daripada Kota Marudu, saya bersama abang ipar dan kakak jalan2 sekitar KK..
Sempat snap2 picture di Jeti KK..
Berhampiran juga dengan Pasar Filipina..
Layankan gambar2 kami nih sat..


Teruja tengok ada DBKK. Boleh konfius dengan DBKL yang ada kat KL nun..
Aksi lompat2 memang tak sah kalau tak ada kan..kuikui~

Ni la view Bandar KK..Dalam Roundabout ada Ikan besor la pulak..

Pasangan pengantin yang belum lama nih haaa nak buat gaya ala2 TITANIC ..
Layankan sahajalah..
Rileks je dua2 pakai selipar jepun..ngan seluar track ala2 nak pi bersukan..




Lepas dah puas bergambar semua, kami balik semula ke hotel..
Check out dan terus gerak pergi Kundasang..
Kami ada lalu UMS tapi setakat lalu sahajalah..masuknya tidak..

Oh ya, nak pergi Kundasang ni kami bawak kakak ipar kepada abang ipar saya .
Senang2 saya namakan nama Kak J (lupa lak nama dia..)
Kak J ni memang berasal dari Kundasang.
Kami tinggal di chalet tapi diorang (suami isteri itu) pula tinggal di rumah keluarga Kak J.
Rentetan perjalanan kami ni hanya gambar bisa bercerita..

Ada bukti kami lalu UMS. Ambil gambar dari dalam kereta sahaja..
itupun sebab traffic light sedang merah..
Sempat juga snap Giant di Sabah..
Giant Sabah ni tak sebesar semenanjung.
macam pasaraya kecil..
Signboard menunjukkan lagi 57km untuk sampai ke Kundasang..
Di pertengahan jalan saya sempat snap picta pengangkutan awam yang terdapat di kawasan pendalaman Sabah.
Ni dari dekat sikit selepas di zoom..
Budak berbaju purple tu perasan pulak picta dia di snap mamarazi..
masuk blog pula tuh..
Famous sekejap..=)
Sampai di Kundasang, Kak J dab Abang Usin bawa kami ke Kinabalu Pine Resort..
Cantikkan?
Tapi, tak nampak muka adik saya sebab dah sama gelap dengan baju..
Suka sangat pakai baju hitam..
Inilah dia kereta open aircond yang telah banyak berjasa..
Dari kiri, may lil bro, ayah dan Nusin..
nak tahu tak sebenarnya disebalik awan2 putih itu adalah puncak gunung kinabalu..
petang2 memang susah nak nampak puncak sebab awan tebal..
The best time to capture puncak tu ialah di waktu pagi sesudah subuh..
Memang clear..=)


Bercerita pasal Gunung Kinabalu..
Saya akan tunjukkan apa yang kami nampak bila pagi menjelma di Kundasang..
Tapi sebelum tu, di episod seterusnya saya akan cerita pasal Kawasan Air Panas Poring yang terletak di Ranau.
Kami pergi petang hari yang sama kami check in chalet..
Kami tak jadi sewa chalet Kinabalu Pine Resort..
Nak tahu kami sewa di mana tunggu episod seterusnya..
(macamlah ada orang nak tunggu..perasan aje..kuikui~)

6 comments:

Abd Rahim said...

Rindu nak balik sabah rasanya...

. said...

seronoknya cuti-cuti.

noorafzan.blogspot.com said...

mr kamikaze..
sabah kat mana?

noorafzan.blogspot.com said...

nizamsani..
haha..
harus seronok..
sampai hari ni tak hilang lagi rasa tuh..

Nur Suaidah Bachok said...

wahhhhh... nk pergi jugak.. ;D
entah bila berkesempatan gerak sana sini.. hohoho

noorafzan.blogspot.com said...

nur su'aidah..
takpe..
nanti dah berkelapangan gi la k..
no need to rush..
tak ur time k..=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics