Followers

Wednesday, November 24, 2010

Blog ini sudah berpindah ke wordpress!!

Salam semua..
Saya ingin membuat pengumuman yang blog saya telahpun berpindah ke wordpress..

Oleh itu korang disarankan supaya ke;


 Buat masa ini masih dalam process pemindahan.
So, korang sudi-sudilah tukar link saya di bloglist korang daripada http://noorafzan.blogspot.com/  
kepada url ini ye..


Kerjasama korang amatlah dihargai!!

Tuesday, November 23, 2010

Teruja : Advertiser kedua saya Nadia Ar-Rumaisha!

Selamat malam semua. Buka Good Nite ok sebab saya belum mahu kamu semua tidur. Baca dulu entry saya ini kalau mahu tidur lepas itu tidurlah...=) Ok sekali lagi saya rasa teruja saya bila tengahar tadi mendapat email daripada Nadia Ar-Rumaisha. Beliau mahu iklankan blog beliau di blog saya ini. hehe~

image
Walaupun hari ni agak busy tapi bila ada orang nak memberi rezeki confirm saya tak tolak. So, sepantas kilat juga saya masukkan iklan beliau di sini tengahari  tadi juga. Tapi maaflah ye Nadia lambat sikit saya umumkan di blog.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nadia kerana sudi beriklan di blog saya. Nadia ini friendly ooh..entry terkini diapun dia open table kepada sesiapa yang mahu blognya diterjah dengan hanya tinggalkan link. Tak rugi korang kenal-kenal dengan Nadia ini.

Selain itu juga diapun ada bisnes Detox Patch yang buang toksin melalui tapak kaki tu. Teringin nak mencuba tapi tu la budget sekarang ini memang ngam2 untuk preparation kahwin. Itupun macam tak berapa cukup lagi. Hoho. *nangis

Korang bolehlah tolong dengan rajin-rajin mai terjah sini sambil klik-klik la sponsor-sponsor saya kat atas nun supaya diorang tak lari kan. haha. Boleh? Takpun korang boleh juga tolong dengan gunakan khidmat pengiklanan blogku. RM5 itu nampak kecil tapi besar maknanya bagi saya.

Tak susahpun sebenarnya prosedur saya. Email pada saya di bejangutm@gmail.com dan saya akan reply bersama nombor akaun untuk mmebuat pembayaran. Lepas dah siap bayar bagi code banner pada saya. Saya akan masukkan iklan dalam tempoh 24 jam selepas email pengesahan bayaran(depends pada kelapangan masa saya juga) dan iklan itu akan saya siarkan di blog saya selama sebulan ngam2.

Saya rasa macam nak fix kan saiz banner kepada 125 x 125 sahajalah untuk iklan di atas nun. Kalau ada special request banner besar lebar saya akan cuba pertimbangkan tapi saya up sikitlah kepada RM10/sebulan. (err..kalau ada yang sudilah..hehe)

Apa lagi di tunggu, jom terjah rumah Nadia Ar-Rumaisha sampai roboh!

p/s : pengumuman! saya dalam progess untuk tukar kepada hosting sendiri dan akan tukar platform kepada wordpress. So, sementara itu blog ini akan bertukar kembali kepada url blog asal saya iaitu http://noorafzan.blogspot.com/.

Tips Perkahwinan : Operasi mengira budget!

Korang kalau nak buat apa-apa yang pakai duit mesti korang buat kira-kira atau dalam bahasa omputehnya budget kan? Betul tak? Contoh paling mudahlah kalau korang nak masuk semester baru kan mesti korang akan kira-kira budget perbelanjaan yang korang perlukan sementara nak tunggu PTPTN atau duit scholar korang masuk. Ke korang memang tak kira dah? Asal habis sahaja terus call mak pak minta masukkan duit dalam akaun. (Err..macam pernah buat sahaja perangai macam gini dulu..)

Takpun kan kalau korang nak pergi shopping makanan, kudapan, mekap, shampoo, sabun, ubat gigi serta segala benda yang korang gunakan bila tinggal di asrama mesti korang kira-kira dahulu kan supaya duit yang korang bawa nanti cukup untuk beli barang-barang tu.  Kalau pergi naik teksi kenalah masukkan cost transport juga kalau tidak kena excercise balik jalan kaki pula kan. Macam ku dulu Taman U dengan UTM tak jauhpun. Kalau ditakdirkan kena jalan kaki balik pun redha sahajalah. (Macam ada pengalaman pula kan.?.=))

So, kalau nak kahwinpun kenalah juga kira-kira budget. Tapi kan kadang-kadang rasa macam bahaya bila kita kira-kira sahaja budget tu macam terlebih pula daripada actual savings yang kita ada. Hoo..rasa macam nak nangispun ada. huhu! Tapi korang kena pastikanlah budget yang korang draft itu biarlah yang paling maximum.

Then, kalau rasa budget yang korang draft itu melampau-lampau tingginya, korang kena fikirkan alternatif sama ada mengurangkan budget ataupun menambah savings. Uuu..I choose first option!.
Tapi nak kurangkanpun biarlah reasonable. Try dapatkan pakej/barang yang paling murah. Contohnya kalau barang-barang hantaran seperti kasut, handbag, perfume dsb tu better beli masa ada OFFER, MEGASALE, jualan hujung tahun. Haaa..dapatlah saving banyak kan!.

Lepas itu untuk pakej photoghrapher better korang carilah yang ‘baru nak naik’ punya. Kalau cari yang dah well known harganya memang mencanak-canaklah kan. Tapi kena pastikanlah quality gambar dia ‘kena’ dengan jiwa korang. Jangan disebabkan nak cut budget korang pun hentam keromo sahaja ambil pakej yang tak berkualiti. Bak kata orang kahwin ini sekali sahaja bai seumur hidup.

Samalah dengan pakej pelamin, baju dan mekap. Kalau boleh ambil pakej yang cover pelamin, mekap dan baju sekaligus. Confirm jimat punya! Dan nak caripun tak susah sebenarnya, korang boleh survey dengan kawan-kawan, jiran-jiran, makcik pakcik korang yang dah/akan kahwin dalam masa terdekat ini pakej apa yang dorang pakai untuk majlis diorang. Itupun kalau korang berkenanlah kan.

Macam sayapun telah berkenan dengan pakej yang salah seorang kawan saya ambil. Saya pernah update pasal majlis dorang di SINI. Rupanya pelamin kreatif itu adalah termasuk dalam satu pakej wedding dia (termasuk baju dan mekap). Korang tengok sendirilah betapa cunnya baju pengantin. Terus terjatuh cinta you.

Ok rasa macam dah panjang lebar penerangan saya pasal tips perkahwinan mengira budget. Padahal baru sahaja Ahad hari berbincang dengan incik tunang pasal budget ini. Masa itu memang rasa macam nak *pengsan sahaja sebab barulah sedar betapa tingginya kos nak mendirikan masjid zaman sekarang. Semua ini atas desakan budaya dan arus kemodenan. Member saya kata semua ini DUNIAWI BELAKA. Tapi itulah nak tak nak kena buat juga kan. Takkan nak nikah gantung sahaja kan. Semoga urusan kami dipermudahkanNya. Aminn..

p/s: Ahad lepas ternampak ada banner jualan gudang Off sampai 90% tilam/katil di area Subang tapi dia buat 11/Dec/2010 sahaja. Sehari sahaja ke? Nanti saya check baliklah. Kalau murah memang saya nak pergi beli satu! Kan saya pernah cakap yang bilik saya dah tak ada katil. Sob Sob!

Entry Jeles : Mana korang dapat idea berblog?

Beberapa hari lepas ku ada baca satu blog yang mention yang draft entries dalam blog dia dah puluh-puluh sampai tak tahu bila nak publish. berebut-rebut. Gila kentang idea dia nak buat entry.  Nak rujuk ke? tak ada sebab entry itu dah hilang. Maybe entry itu di publish sekejap sahaja kot?
Tadi pula ku baca pula entry seorang lagi blogger. Pun sama juga. Tunjuk draft entries blog dia yang menanti masa sahaja untuk dipublish. Totalpun puluh-puluh juga. Gila kentang juga dia ini punya idea nak buat post. Korang tak percaya ke? Pi la terjah sendiri di SINI

Ku..??
Banyak juga draft entries ku. Total ada sampai 28 entry..
Tapi…rasanya hampir semua itu akan jadi draft selama-lamanya sebab saya cuma letak tajuk tapi isi tak ada.

imageBila ku scroll sampai bottom ada yang dah jadi draft sejak 2008. Ku mengarut apa ntah lepas itu lupa nak publish. Agaga..cara menulispun memang kebudak-budakan habis. Korang tak percaya bolehlah belek-belek entryku zaman 2008 dan ke bawah. Semua entry ala-ala sampah. Memang betul-betul luahan hati bak diarilah.

Aiiseyh..tadi ku terpublish pula draft entry tahun 2008..uuu…masa tu final year dan dah habis PSM. Baru lepas hazab VIVA macam gitulah. AZMI, Abaikan sahajalah entry itu ye. Ku dah tukar balik jadi draft. Adoii!!
image
Sejujurnya ku selalu buat entry dan terus publish masa itu juga. Kadang-kadang sahaja kalau ada idea lebih ku draft kan tapi memang tak banyak. Paling-palingpun idea yang ada dapatlah buat 3 post. Jaranglah. Ku tak sehebat korang yang boleh jana idea sampai boleh update blog 3,4,5, 15 kali sehari. Even setiap entry korang itu ringkas tapi tetap ku kagum sebab korang ada idea. Woooohhhaaaa!!

Berbalik kepada tajuk entry memang korang dah berjaya buat ku jeles tapi setakat jeles sahajalah sebab nak follow memang tak larat. Tak apalah buat sahajalah yang termampu ye tak ?


p/s: Kalau sehari ku tak update entry, apa akan jadi agaknya pada blog picisanku ini ye..?

Monday, November 22, 2010

Maternity Photoshoot my sis : Official Photos

Baru kelmarin kami berphotoshoot, semalam tuan photoghrapher dah upload beberapa keping dalam FB dia. So, seperti yang saya dah janjikan saya akan share beberapa keping di sini. Memang cun lah picture-picture dia.

Mak buyung bersandar di pohon sambil pegang peyut. =)

My sis kata posisi ini yang agak susah sebab rasa macam tak boleh nak tegak badan. Perut besor katakan..

Paling suka gambar ini. Ada kasut si comel! Tapi ada satu lagi gambar yang kutunggu iaitu gambar mereka berdua peluk teddy bear!  Teddy bear tu yang cute sebenarnya..nantilah bila incik Firdaus dah bagi semua gambar sok saya share ok.

Last sekali haruslah kupun nak menepek sama dalam gambar. Dah ikut tema katakan. Tengok tu ku dah gila shawl sekarang! huhu.
Ada sesiapa ke berminat nak photoshoot dengan incik Firdaus ini. Actually dia inipun officemate saya. Senang sahaja nak deal dengan dia. Oklah, korang berminat ke tak berminat ke ku tetap nak share juga. Korang boleh terus ke http://qberphotography.weebly.com/

Dia tak publishkan harga package dia dalam website tu. So, sayapun segan pula nak tanya sebab saya dah book orang lain untuk pakej perkahwinan saya nanti. Semuanya my tunang yang tolnog cari dan pilih. Harapkan saya memang takkan menjadilah sebab dia lebih arif bab-bab photography ini. So, better korang email sahaja dia sendiri ok.

Based on pengalaman sendiri rasanya memang dah cukup murahlah. Sebab my sis punya packagepun RM150 + RM10 for transport sebab kami request di luar KL. Kalau KL tak ada cost transport. Biasanya kalau include album gambar memang harga akan up so pakej yang dia tawarkan ini ( without photo album) memang sesuailah untuk orang yang tak ada budget lebih tapi still nak capture moment tertentu dalam hidup macam my sis inilah. Setakat nak print dan buat album rasanya semua orangpun reti je kan. Yang penting ada gambar yang cun kan!

Sunday, November 21, 2010

Template Blog : Cantik tapi..

Last sekali ku tukar template 19 August 2010. Masa bulan Puasa. Masa itu ku dah puas hati dengan design template. Cantik, kemas dan orang cakappun dah ok dah. Memang masa itu pun ku dah rasa malas nak tukar-tukar template lagi.
Tapi sejak sebulan lepas hati dah rasa berbelah bahagi tambah tolak darab dah dengan template ini sebab HTML coding ku jadi tak berapa betul. Mula-mula ku rasa keciwa sebab tak dapat masukkan button share  ini. Ingatkan bila dah tick di situ akan keluarlah di page tapi hampeh sampai sekarangpun tak ada kemajuan.
template 4
template 3
Saya mahu yang macam Jard punya ini. Menarik tapi ku dapat tengok sahajalah sebab di blog tak dapat nak apply.
template 1
Itu tak apa lagi. Button like FB dah boleh ubat rasa keciwa. Tapikan bila ku try nak buat blockquote ikut petua dan tutorial otai2, tak jadi juga. Hampeh lagi sekali. Entry ku jadi tak best bila tak boleh nak qoute kaler-kaler macam orang lain. Padahal entry menarik itu penting kan untuk trafik trafik. benda inilah buat saya rasa betul-betul frust dengan template sekarang ini. Padahal template ini saya gunakan design blogger juga. Tak faham betullah. Sampai sekarang still rasa terkilan sebab tak berjaya buat quote cun-cun macam Molmolla punya ini.
template 2
p/s : dengan ini saya nak umumkan mungkin dalam masa terdekat ini memang saya akan rombak template ini secara besar-besaran.Tapi tak tahulah bila free nya.adeh~

Maternity Photoshoot my sis : Best!

Salam semua..
Mood nak update entry malam ini memang ke laut tapi nak cerita juga. Pagi tadi saya ikut my sis pergi photoshoot sempena mengandung. Sekarang ini orang berphotoshoot sudah tak kira sebab apa dah. Bukan sebab bertunang, berkahwinan atau sambutan ulang tahun sahaja. Masa mengandungpun nak juga bergambar.

Pakej photoshoot inipun officemate saya yang buat. Dia photographer sambilan. Dia ada emailkan pakej ini akhir bulan 10. RM1XX untuk 1 jam photoshoot. Unlimited shoots akan di burn dalam DVD including 20 keping( kot? sebab lupa) gambar edited.

Oleh kerana kena start photoshoot pukul 8 pagi maka hari sabtu yang indah ini gigihlah bangun awal pagi dan terus pergi fetch dia dan husband. Awal-awal lagi sudah sound suruh pakai kaler pepel sebagai tema. Pukul 7.40 gerak daripada rumah dia ke destinasi photoshoot di Taman Cyberjaya. Berdesup abang ipar drive dan kami sampai sana 5 minit sebelum pukul 8.00.Fuhh..lega tapi ada insiden yang menyebabkan kami terpaksa rush dan photoshoot start lewat 10 minit daripada plan asal. Nantilah saya cerita apa insidennya.huhu~

Woops, saya sharekan sikitlah gambar-gambar yang saya shoot. Nak tunggu official photographer punya gambar memang makan hari lah kan. So, saya share dulu sikit daripada lensa buruk saya itu.

beromantik dicelah-celah pokok!

itu dia photographer tunjuk ajar cara nak bergaya!
Oklah, itu sahaja nak update kali ini. Nanti kalau gambar official dah siap saya tunjuk di sini. Siap dengan link macam mana nak contact photographer tu. Manalah tahu ada yang berminat. Memang murah dan berbaloi-baloi. Ramai dah officemates saya hire dia untuk family and babies photoshoot. Maternity photoshoot ni first time dia buat! Kira my sis jadi first customer dialah for maternity.

Yang penting my sis pun puas hati tadi. Sekarang nak tunggu hasil sahajalah. =)

p/s : cantik tahu Taman Cyberjaya ini. Bunga Teratai di tasikpun bersepah-sepah banyaknya!

Saturday, November 20, 2010

Memori : Kami Budak Nakal di UTM!

Lately, ku rasa rindu sangat zaman belajar di UTM dulu. Ye, saya ex-student UTM, Fakulti Mekanikal. Masuk 2004 dan grad 2008. Saya tahu ramai blogger kelahiran UTM juga kan. So, yes kita menimba ilmu di tempat yang sama sampai menggulung ijazah.

Bila tengok facebook tengok banyak juga picture-picture kenangan di UTM dulu. Tapi paling best ialah masa sesi bergambar lepas tamat last paper untuk sem berapa entah di depan Dewan Sultan Iskandar.  Sebenarnya agak jeles dengan budak course apa ye? course Mekanikal Industri kot. Sebab dorang dapat bergambar ala-ala formal macam ambil gambar 1 kelas masa zaman sekolah bila akhir tahun untuk masukkan dalam majalah sekolah. Haa..ingat dah kan.

So, lepas habis paper terus sahaja snap-snap. Mula-mula wajiblah gaya formal dahulu. Ala-ala skema gitu.
Lepas itu semua dah naik ‘gila’ . Terus jadi macam gini gayanya. Biasanya memang lelaki yang over acting. hoho~

ok, siap ada kesinambungan gambar candid. tadi ada yang tengah berlari lagi kan. So, yang ni semua dah setting baik punya! Adoilah dorang ini.

Siapa yang landing baik punya tuh? ish ish! Betul-betul freestyle ni.
Tapikan, perangai gila-gila bila bergambar ini kan makin lama makin menjadi-jadi pula. Tengoklah latest picture kami ber freestyle..

Ini wakil-wakil kelas di KL-Selangor area (Central).

Ini pula wakil-wakil di JB area (Selatan).

#Wakil-wakil utara dan Pantai Timur belum buat sesi pengumpulan.

Serius ku rindu zaman-zaman ini walaupun kitorang( course kitorang) pernah di cop sebagai student yang nakal oleh seorang lecturer  (kelas kitorang sahaja di cop nakal. Kelas lain semua baik-baik) tapi Alhamdulillah semuanya dah berjayapun dalam kerjaya masing-masing. Berbanggalah juga kan.
Selain daripada itu ada macam-macam lagi sejarah, peristiwa, insiden suka duka pahit manis yang kitorang lalui sepanjang 4 tahun di UTM. Bermasam muka, bergaduh, tak bertegur sapa itu adat persahabatanlah kan. Tapi lepas itu berbaik semula.Manusiakan tak boleh lari daripada buat silap.

korang? Bilalah kita boleh berkumpul macam dalam gambar di atas ini lagi ye? Reunion seterusnya?

Friday, November 19, 2010

Sinopsis Drama KARMA SALINA - Lakonan mantap Adi Putra, Aaron Aziz, Sharifah Amani dll malam sabtu ini!


Tengahari tadi nampak tweet Erma Fatima pasal drama KARMA SALINA.
Korang tengoklah barisan pelakon dia hebat-hebat belaka tu. Harap-harap malam sabtu tu ku berkelapanganlah untuk tengok. Suka Aaaron Aziz woo...=)
Drama ini sempena AidilAdha. 

Sinopsis Drama Erma Fatima yang saya cilok daripada http://www.gua.com.my/

Karma Salina, Sabtu, 20 November, 10.00mlm (Cerekarama)
Rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada Salina termasuklah Nora Asyikin, peguam yang menerajui Biro Tata Syariah. Nora Asyikin tekad untuk memperjuangkan nasib wanita mengikut hukuman Allah. Ketika Nora mengunjungi keluarga Salina, Intan datang dan menyerahkan surat yang diberikan Salina sebelum dia dijatuhkan hukuman. Barulah mereka mengetahui Salina sebenarnya redha dengan hukuman itu lantaran rasa berdosanya terhadap ibu bapanya, cintanya yang mendalam terhadap Afkar hingga mengizinkan dirinya dianiya oleh suaminya dan menjadi pembunuh. Nora Asyikin tetap membela kematian Salina dan akhirnya masyarakat mula memahami mengapa Salina mati di tali gantung dan betapa mulianya pengorbanan Salina.

Actually, drama TV3 sekarang banyak yang makin berkualiti kan. Memang tak rugilah tengok. Betterlah daripada Filem yang tengah hangit di panggung sekarang ni. Yang producer dia target RM40 Juta tu.
Entah apalah result dia nanti ye. Dengarnya pula nak panggil Pamela Anderson berlakon 2nd filem. Bukan sekadar omong kosong rupanya. Semalam dengar radio ERA, dR tu cakap dah ada 'perbincangan' dengan pihak Pamela. Wooot, kalau Pamela berlakon dalam filem dR tu korang rasa mampu tak catat jualan tiket Juta-Juta? Jawab di ruang komen ok?

p/s :Saya suka baca komen Mr K pasal filem 2 Alam..Korang pergi baca tengok.
p/s : Korang nampak tak tab ChurpChurp sebelah twitter eden tu? ahaa..baru berjinak-jinak merpati join tu. Sila ramai-ramaikan geng ku dengan follow TWITTER SAYA ok.

Ragam : Ayah print gambar kenangan mak di hospital!

Ayah saya predictable. Kalau dia busy kerja, dia akan fokus pada kerja sahaja tanpa pedulikan benda lain. Tapi, kadang-kadang ayah saya ini dia akan buat perkara-perkara yang unexpected tapi benda itu memang boleh buat kita jadi terharu lagi-lagi bila melibatkan mak. Ya, itulah kelebihan ayah. Walaupun dia garang dan nampak macam serius tapi dalam hati tetap ada taman.

Macam masa hari mak keluar daripada hospital, ayah tak balik sekali dengan kami. Katanya nak pergi office ada kerja. Sampai dekat-dekat maghrib baru dia balik. Mak memang dari awal petang dah bising-bising pada kitorang pasal ayah lambat balik. Tapi bila ayah balik sahaja, dia keluarkan 3 keping kertas saiz A4. Gigih dia pergi print gambar-gambar mak di hospital untuk dibuat kenangan.

DSCN7558
gambar-gambar semasa mak di hospital

Masa ayah balik tu ramai tetamu di rumah. Jadi, memang semua tetamu tu dapat tengok gambar mak di wad hospital. haha!

Invitation from CRAYON producer to blogger

Tadi jalan-jalan ke blog Kak Ina KL melarat ke blog Kak Asfiedaimpiana dan terus pula ke blog Pnut. Mula-mula sekali memang saya nak minta maaf dahulu kepada diorang sebab saya yang agak buta wayang sejak kebelakangan ini tak tahu menahu langsung pasal Filem Crayon.Korang tahu ke pasal filem ini. Rasanya dah hampir habis tayangannya di cinema. Kalau nak baca cerita tetang filem ini bolehlah terjah< SINI< .Takpun boleh baca review Pnut di SINI

 So, mereka bertiga yang saya mentioned tadi dah melakukan tugas mereka menyebarkan khabar gembira kepada blogger-blogger. So saya just copy-paste sahaja di sini. Apa berita gembiranya? Jom check it out.
Dear my friend blogger semua..
Dah tengok movie Crayon??? kalau belum cepat pi, sebab esok last main kat GSC.. opsss sedih..movie yang bagus, tapi tak mendapat sambutan, dan bila melepasi syarat wajib tayang, kalau panggung tak nak mainkan dah enough la.. tapi kat TGV masih dimainkan.

Ok, saya ada msg dengan Dean pengarah filem ni di FB, and ada inform Dean, saya boleh minta tolong blogger untuk promote filem ni, ehemmm but it's too late la. kan..

tetapi Dean minta saya hubungi Elis, orang kuat penerbit filem ni, dan Elis ingin saya mengajak blogger yang ingin turut serta program mereka. Programmnya kat bawah ni.


dan ini maklumat dari penerbit :-

The kenduri gathering with anak2 yatim is one of our efforts to help the unfortunate along with our message of hope as disseminated in CRAYON.
Kita tak expect apa2 pun dari bloggers other than be part of our team to docsr. (this is bila saya cakap, takut blogger tak nak cover event ni, sebab program dibuat kat rumah anak yatim, and blogger hanya highlight event bukan filem, jawapan dia very humble kan?)

In any case, the persembahan will be as follows:-
1. Persembahan nyanyian oleh anak2 yatim
2. Persembahan tarian dari anak2 yatim ala2 dance michael jackson yg ada dalam CRAYON
3. Persembahan tarian "shuffle" oleh adek Joshry Adamme (Afiq)
4. Persembahan nyanyian lagu "SATU" (last song in CRAYON) oleh Faisal Abdullah (Rafaat) dan saya (lagu yang saya kata best sangat tu)

I'll try to be there @11, and rush balik ke Putrajaya by 3pm, sebab ada komitmen lain pulak. Harap ramai blogger akan join ye..

Bloggers... please.. i need your help, please spread this.. copy paste entry saya ni, and letak kat blog masing-masing, sebarkan... jemputan ini khas buat blogger sahaja, free media, cover event ni, Insya-Allah next time, next movie, producer dah tau siapa diaorang akan invite for film launching akan datang. Kalau yang belum menonton CRAYON, please do, kerana saya jamin anda semua puas hati, cepat.. pawagam dah nak hentikan tayangan... give last minute support.. Siapa dah copy paste entry ni, please tinggalkan link saya akan fwd kepada penerbit, utk reserve invitation. And please make it sticky mode kat blog masing-masing until Sunday boleh?? kalau boleh la.. jasamu ku kenang buddy.
Dan blogger yang confirm nak join, please email me, senangingat@yahoo.com untuk saya kumpulkan semua nama ye.. thanks..

Kalaulah korang tak dapat nak joinpun tak apa. Tapi, korang try la announce di blog korang juga. Manalah tahu ada kawan-kawan korang yang nak join majlis ini. Terima kasih =)

Alexa Rank Blog ku : Dah cecah bawah 1000,000!

Setelah hampir sebulan saya tukar domain daripada blogspot http://noorafzan.blogspot.com/ kepada domain sendiri http://www.noorafzan.com/ , akhirnya alexa rank blog ini berjaya cecah bawah 1000,000 . Punyalah susah nak turunkan. Daripada awal-awal tukar domain dahulu langsung tak ada dalam rank.
image Google pagerank still N/A. Bilalah mahu naik pangkat ye? Orang kata google pagerank di update setahun sekali? Bila ye? Dulu masa pakai blogspot, pagerank saya dah 3. Tapi dah jadi kenangan
.image dah tinggal kenangan beb.
image takde langsung rank
Ada yang tak tahu ke macam mana nak check alexa ranking dan juga google pagerank blog korang? Sonang sahaja beb,
Kalau nak check alexa ranking just click di SINUN. Korang akan nampak view macam bawah ini. Masukkan url blog korang dalam kotak dan klik button search. Siap!
image
Kalau nak check google pagerank just klik di SINI. Korang akan namapak view macam di bawah ini. Masukkan url blog korang dalam kotak yang border hijau tu dan klik ‘check PR’. Siap!
imageimageimage 
image 

Thursday, November 18, 2010

Tips Perkahwinan : Isu baju nikah!

Salam, bertemu lagi kita dalam segmen kahwin-kahwin. Kepada yang masih muda remaja dan belum mahu berkahwin, boleh juga baca untuk panduan korang nanti kan. Nak tak nak mesti satu hari nanti korang akan berkahwina juga kan. Dan kepada yang sudah berkahwinpun boleh sahaja baca. Mana tahu korang boleh bagi tips-tips ke. Jangan sesegan ok untuk luahkan di kotak komen.=)
Beberapa hari lepas berlakulah conversation dengan si dia. Erm, dek kerana kitorang dah beli kain untuk buat baju nikah so kenalah tempah kan. So..so.. kenalah ada design. Dan dia kata dah nak tempah bulan 12 nanti. OMG, tak fikir langsung pasal design-design ni kan. Macam my sis dulu dia nikah pakai baju yang disewa sahaja. So, pilih sahaja baju yang disediakan wedding planner dia lepas itu settle!.
Tiba-tiba datanglah penyelamat. Tetap  my sis itu juga yang tolong. Dia tolong guide orang yang tak reti langsung design macam ku ini macam mana nak design baju nikah. Kami just check baju nikah yang orang sekarang selalu pakai. Apaa lagi. Internet di hujung jari kan maka kliklah blog wedding planner dan juga wedding photographer untuk tengok design.
Mula-mula nak buat design kurung moden sahaja. Ada dua design kain. Satu yang jenis kembang di bawah dan satu lagi jenis kipas di belakang.
DSCN7571
  bila transform into reality jadi macam di bawah ini.
BJ-505
contoh baju + kain kembang di bawah petik from SINI
http://kurungpahang.files.wordpress.com/2008/04/baju-pengantin.jpg?w=291&h=300
contoh baju + kain ada kipas belakang petik dari google
Tapi bila tengok satu lagi blog ada pula design ala-ala jubah labuh. Macam cun juga kalau pakai time nikah.
DSCN7570  bila transform into reality jadi macam di bawah ini.
http://fea-elisa.com/wp-content/gallery/baju-ogos-2009/fe178.jpg
contoh yang design ala-ala jubah (err..kena longgar sikit kot). cunn tak? petik dari google je.
Hasil brainstorming memang dapat 2 jenis ini sahajalah. Korang ada idea lain kah?

Wednesday, November 17, 2010

Pengaruh Youtube: Ayah tengok video menarik!

Salam semua. Sejak akhir-akhir ini tiap-tiap malam ayah saya akan online. Ayah saya gunakan internet semata-mata untuk buka youtube. Maju tak majulah bapa saya. Nasib baik dia hanya pandai play video di youtube sahaja, kalau dia pandai berfacebook dan berblogging memang haru..
Tiap kali selepas maghrib, dia akan on PC, buka Mozilla Firefox terus sahaja dia cari youtube. Lepas itu dia cari VIDEO WAYANG KULIT KELANTAN. Woohoo anak jati Kelantan macam gitulah gamaknya. Tiap-tiap hari layan VIDEO WAYANG KULIT. Bila sudah bosan, dia beralih pula kepada lagu-lagu dikir Kelantan. Bukan setakat ayah sahaja yang suka, dengan saya-sayapun suka dengar kadang-kadang. Lirik lagu kadang-kadang lucu tapi penuh pengajaran. Tak adalah tangkap leleh sahaja macam lagu biasa kita dengar ini.
Lepas sudah bosan ulang-ulang tengok dan dengar lagu yang sama maka dia akan tukar balik tengok WAYANG KULIT lagi-lagi versi animasi. Macam gitulah seterusnya. Nak tengok video animasi yang di adaptasi daripada wayang kulit popular yang watak utamanya ada Wokyoh, Samad dan Said. Meh saya share salah satu videonya di sini.

Tiap kali ayah pasang video ini dan seangkatan dengannya memang saya akan join dan gelak guling-guling sebab lawak. Orang Kelantan memang kreatif melawak kan. Nasib baiklah ada 2 PC di rumah ini. Satu letak di ruang tamu dan satu lagi di bilik saya. Yang di ruang tamu itulah yang ayah saya selalu guna. Kalau ada 1 PC sahaja mesti berebut tipa-tiap malam nak guna. hoho~

Hari Raya Mode : Selamat Hari Raya AidilAdha to all~

Salam semua..

Semalam agak busy memasak untuk raya. Ingatkan bila mak sakit tak perlulah nak masak ketupat, rendang dan kuah kacang. Makan nasi goreng sudah. Tapi ayah teringin pula nak makan juadah raya. So, balik daripada kerja semalam terus mengerah tenaga di dapur. Pukul 10 malam baru siap segala lauk pauk. Ceh..padahal 2 sahaja lauknya.

So, amacam raya tahun ini? Mesti ramai yang tak balik kampung. Almaklumlah raya jatuh pada hari Rabu. So, nak tarik cutipun susah lagi-lagi bila dah hujing tahun ini Annual Leave dah tak ada (sayala tu). Cuti raya sehari sahajakan. Kepada yang tak balik kampung halaman, itu salah satu pengorbanan anda sempena Raya Korban ini. So, jangan sesedih ok!

Macam biasa tak ada apa yang yang lebih penting di hari ini daripada ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua. Terima kasih kepada yang meninggalkan jejak di komen entry dan juga di kotak shoutbox. Kalau free nanti saya akan membalas jejak anda semua ok.

Tuesday, November 16, 2010

Malam Raya Mode : Gambar live kesesakan di Seremban!

Masih panas ini gambar. Baru sahaja beberapa minit yang lalu diambil. Kredit gambar ini daripada FB kawan saya Incik Usop. Kesian dia terpaksa postpone perjalanan bila tengok sesak yang amat maghrib2 gini.


Ada sesiapa yang baru nak gerak ke selatan ke? Baik fikir dulu sebelum gerak. Kosongkan tank perut anda. Penuhkan petrol tank anda dan pastikan tank air di bahaGian enjin penuh. Kang tak pasal-pasal temperature engine naik pula nak redah kesesakan ini kan.

Akhir kata, hati-hati memandu di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.
Dan Selamat meraikan Hari Raya AidilAdha esok! Takbir dahpun bergema di TV.
Sekian dilaporkan pada pukul 7.29 malam.

Teruja : Advertiser pertama saya Kak Kancilbiru!

Salam tengahari semua.
Teruja saya pagi-pagi ni mendapat email daripada Kak Kancilbiru. Beliau mahu iklankan blog beliau di sini and sebagai pengiklan pertama di blog ini haruslah saya teruja.


Nah, sepantas kilat saya masukkan iklan beliau di sini. Tak susahpun sebenarnya prosedur saya. Email pada saya di bejangutm@gmail.com dan saya akan reply bersama nombor akaun untuk mmebuat pembayaran. Lepas dah siap bayar bagi code banner pada saya. Saya akan masukkan iklan dalam tempoh 24 jam selepas email pengesahan bayaran(depends pada kelapangan masa saya juga) dan iklan itu akan saya siarkan di blog saya selama sebulan ngam2.

RM5 sebulan sahaja dan saya harap ianya berbaloi. Oh ya, seperti yang saya dah war war kan saya hanya open setiap kali max 4 sahaja iklan dan saiz banner max height 125 dan max width 200. Tapi better kalau 125x125 macam Kancilbiru punya banner itu ye.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Kancilbiru kerana sudi beriklan di blog saya ini.
Blog beliau ini best tahu. Macam-macam ada. So, jom terjah ramai-ramai ye.
=)

Ribut di Baling : Bencana alam makin menjadi!

Tadi masa baca online paper ku tertarik dengan berita pasal kejadian ribut di Baling yang memusnahkan lebih 100 rumah. Lebih 100 rumah korang bayangkanlah berapa besar punya ribut. Baru beberapa minggu lepsas kita dikejutkan dengan banjir terburuk melanda Kelantan, Kedah dan Perlis. Kali ini ribut pula di Baling, Kedah.

Saya kongsikan sedikit keratan akhbar berita Harian Online 15/Oct/2010 (semalam) berkenaan ribut di Baling di sini;
ISHAK Ismail (kiri) melihat kereta miliknya yang dihempap bumbung bangsal selepas kejadian ribut di Kampung Sungai Tas Lanai, Baling, semalam. Gambar diseludup daripada utusan online.(14/Oct/2010)

BALING: Lebih 100 rumah di lima kampung di Mukim Kupang di sini musnah, termasuk mengalami kerosakan teruk pada bumbung selepas dilanda ribut dalam kejadian petang semalam.
Kampung terbabit ialah Masjid Kuala Kuang, Kampung Bukit, Padang Lengkuas, Kemangi dan Seniyek.
Mangsa, Nazihah Darus, 59, dari Kampung Masjid Kuala Kuang, berkata ketika kejadian dia sedang berehat bersama keluarga sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di dapur.

“Kami bergegas lari ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat tiga pokok pinang dan dua pokok petai sebesar dua pemeluk menghempap rumah.
“Saya terus memeluk dua cucu kerana bimbang perkara buruk berlaku kepada kami anak beranak akibat angin terlalu kencang,” katanya. 
Nazihah berkata, angin puting beliung melanda kampung berkenaan selama kira-kira 20 minit dengan gumpalan awan hitam menyebabkan banyak pokok kayu yang tumbang menimpa rumah dan merintangi jalan.
 
Ingat tak kejadian ribut di Bazar Ramadhan pada bulan Ramadhan yang lalu. Berapa orang yang mati akibat ribut tersebut. Itu tak termasuk kejadian Tsunami yang lebih besar kesannya dan juga bencana alam yang lain. Bencana alam berlaku sebenarnya disebabkan manusia sendiri. Tangan-tangan manusia yang rakus memusnahkan alam semulajadi demi pembangunan. Bak kata orang bumi dah semakin tua dan sudah uzur untuk  melindungi kita dan mengelak daripada bencana alam lagi-lagi yang bila manusia sendiri yang menyumbang kepada ke’uzur’annya.

Bayangkanlah Kedah, Kelantan dan Perlis memang tiap-tiap hujung tahun akan banjir tapi tahun ini makin buruk. Ribut taufan jarang berlaku di Malaysia dan kalau adapun kecil sahaja tapi kalau dah melibatkan lebih 100 rumah tak kecil dah tu. Ribut besar tu. Makin hari umur kita makin pendek. So, sedarlah kita yang Akhirat dah semakin dekat dan itu pasti. Cuma kita tak tahu bila sahaja. Dah bersedia ke kita nak hadapinya? Soalan killer untuk diri sendiri juga tu? Muhasabah diri jom.

p/s: entry ini kutaip malam tadi tapi baru nak publish. Ada yang puasa hari ni? Selamat berpuasa ye. Dan Selamat Hari Raya Haji kepada anda semua esok! Ku yakin esok ramai yang sibuk beraya dan tak online kan?

Ragam : Kenapa Isnin ini kerja?

tett tett..
Petang semalam kudapat mesej.


" Esok keje ke?"

Busy. Tak baca mesej tu. Tak balas.
tett tett..
Mesej masuk lagi.


"Ooo..sombong. Fine~"

Still busy. Lepas Maghrib baru kubaca.
Balas.

"Sorry, anak mak bz petang2 layan mak.
Esok keje la"

Senyap.
Lastly. ku call.

Saya: "Salam,ada dapat mesej saya? Esok keje la"
Dia: "Apa barang kerja esok.Bangla dengan Nepal pun cuti la"
Saya: " haa..?" (blurrr..dan dok pikir esok cuti apa?)
Dia: "Kitorang cuti seminggu.hehe~" (ada sedikit riak di situ..ngeee~)

Alaaa...lupa pula company dia kalau cuti Raya Haji dan Raya Puasa mesti paling-palingpun seminggu.
Korang yang nak cuti raya banyak bolehlah apply kerja kat tempat dia. PERODUA,RAWANG.
Ada berani?

tett tett
Pagi Isnin yang indah tadi kudapat mesej.

"Uuu..bestnye cuti...Awak cuti tak?"

Demm..demm..nak kerja kat PERODUA jugak!tak kira! nak juga! huhu

p/s : 15/11 besday kakak sulung. Camne boleh lupa ni? Huhuhu!.

Monday, November 15, 2010

Cubaan pakai Shawl dengan Inner Cotton!

Saya tahu saya dah ketinggalan bab-bab fesyen bertudung ini. Orang lian dah naik jet, saya still jalan kaki. Bukan tak nak cuba fesyen baru tapi bab2 shawl ini saya agak failed la. Lagipun rasa macam tak lekat sahaja di kepala. Tapi, hasil pengaruh Lyana Hashim yang comel je bila pakai shawl sama Inner Cotton, sayapun belilah 4 helai Inner Cotton. 3 helai Inner Cotton Biasa dan 1 helai Inner Cotton Awning. Dan, Khamis baru  ini parcelpun sampai. Yeah, bolehlah kucuba pakai shawl.
DSC01954
Inilah hasil beli belah saya secara online. Yang warna putih itu sahaja yang ada awning. Yang lain tu biasa.
DSCN7560
Ini cubaan memakai shawl dengan Inner Cotton Biasa. MACam pelik sahaja rasa bila pakai macam ini. Harga sehelai RM5.
inner cotton biasa 1
Ini pula hasil cubaan memakai shawl bersama Inner Cotton Awning. Harga sehelai RM12.
DSCN7569
Suka yang ada awning sebab tak adalah muka eden ini nampak bulat sangat kan. hehe. Tapi eden beli satu sahaja inner jenis ini. So, lepas ini nak beli inner sama pashmina lah. Mesti best bila pakai kan. Kalau boleh nak cari fabrik yang tebal dan tak jarang tapi shawl yang saya ada sekarang ini semuanya macam jarang sahaja. Itu yang setakat ‘cubaan’ sahaja belum lepas tahap ‘jayaan’ lagi.
Mana saya beli Inner Cotton yang macam best ini? Saya beli di SINI. Terjah-terjahlah kalau korang suka.
p/s : kejap-kejap bahasakan diri eden, kejap kang saya..pening kepalaku.

p/s : sorry lupa nak letak link. Link sudah di letak ok! sila terjah segera.

Review : Biskut Choc Chip Kak Ina KL

Sabtu baru ini saya ada jumpa Kak Ina KL. Tertunailah hasrat di hatiku ini untuk mendapatkan Choc Chip Cookies Kak Ina yang mabeles itu. Kak Ina bagi siap dengan beg kain yang comel ini supaya senang untuk dibawa kan.
Biskut 1 Lepas itu masuk kereta sahaja on the way nak balik daripada hospital terus ku ngap kukis itu. Tak sempat tunggu sampai rumah. Kebetulan pula masa itu perut memang tengah kosong. Adalah dalam 10 keping biskut tu selamat ditelan. Kakak sayapun rasa juga. Diapun memuji kesedapan biskut ini. Nasib baik masa itu abang tengah drive. Kalau tidak mahu setengah balang habis dia makan. haha!
Sampai di rumah, terus ku sorok biskut ini dalam bilik. Gila keji tapi ye la kalau dah ramai bebenor yang datang ke rumah menziarahi mak yang sakit dengan sebalang sahaja biskut memang tak cukuplah. Tuan rumahpun tak puas makan lagi. Korang jangan ikut perangaiku ini ok. Tujuanku sebenarnya baik iaitu tak nak bagi mak nampak takut dia terliur. Mak kan kena kuarantin.
biskut 4
Tengok itu biskut. Menggiurkan tak rupa bentuknya. Dah macam Famous Amos rasanya. Lama sudah tak makan biskut Famous Amos. Nan ti nak try beli sikitla untuk compare dengan biskut ini. Yang putih-putih itu kacang hazel dan yang coklat-coklat itu pula choc chip. Biskut Kak Ina sedap dan yang penting rangup (rapuh).Tak dapat digambarkan dengan kata-kata keenakannya.
biskut 5
Saya akhiri entry ini dengan sekeping gamabr saya menikmati kukis Kak Ina. Aumm..ada sesiapa nak tak? Kalau mahu bolehlah order pada Kak Ina KL sendiri. haha! Saya kedekut nak share saya punya kukis  sebab sedap sangat!.
Kalau dah habis stok nanti confirm saya order lagi. hehe~

Sunday, November 14, 2010

Ruang Iklan di noorafzan.com dibuka!

Salam pagi ahad semua ye. Alhamdulillah hari ini kehidupan saya sudah kembali normal. Tidak perlu bergegas ke hospital lagi sebab mak pun dah ada di rumah. Jadi sebagai pemula hari yang baru dan ceria saya nak khabarkan bahawa saya nak buka ruang untuk pengiklanan di blog picisan saya ini. 
Agak-agak ada tak yang berminat untuk tepekkan iklan korang di sini? Saya tak buka banyak. Paling-palingpun 4 ruang sahaja sebagai permulaan. Harga untuk iklan untuk permulaan in ialah RM5/sebulan. Saiz iklan lebar maximum 200 dan tinggi maksimum 125. Sebulan sahajalah dulu. Kalau masih lagi berminat lepas itu boleh sambung lagi. Anda boleh iklankan apa sahaja asalkan ia tak berkaitan dengan benda-benda tak berapa halal. 
Laporan trafik blog ini adalah seperti berikut. Kalau tengok laporan minggu lepas unique visitors blog ini antara 450 hingga 800 sehari. Unique visitors menurun sedikit pada 11/Nov hingga 13/Nov sebab masa itu blog ini agak terbengkalai. Hanya update entry dan tak sempat nak blogwalking.
image
Ini pula laporan trafik minggu sebelumnya. Trafik range antara 500 hingga 800 unique visitors sehari. Pageviews pula mencapai sehingga 7000 seminggu.
image
Untuk laporan trafik bulanan pula unique visitors mencecah 20000 manakala pageviews pula 38000 untuk bulan Oct/Nov
image
Kalau berminat email ke bejangutm@gmail.com ya. Orait, RM5/sebulan rasanya dah cukup murah. Jom2 iklan di sini!

Oh ya terlanjur ada yang bertanya saya letakkan iklan anda di sini (atas kepada follower dan berhampiran header)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics