Followers

Tuesday, November 23, 2010

Entry Jeles : Mana korang dapat idea berblog?

Beberapa hari lepas ku ada baca satu blog yang mention yang draft entries dalam blog dia dah puluh-puluh sampai tak tahu bila nak publish. berebut-rebut. Gila kentang idea dia nak buat entry.  Nak rujuk ke? tak ada sebab entry itu dah hilang. Maybe entry itu di publish sekejap sahaja kot?
Tadi pula ku baca pula entry seorang lagi blogger. Pun sama juga. Tunjuk draft entries blog dia yang menanti masa sahaja untuk dipublish. Totalpun puluh-puluh juga. Gila kentang juga dia ini punya idea nak buat post. Korang tak percaya ke? Pi la terjah sendiri di SINI

Ku..??
Banyak juga draft entries ku. Total ada sampai 28 entry..
Tapi…rasanya hampir semua itu akan jadi draft selama-lamanya sebab saya cuma letak tajuk tapi isi tak ada.

imageBila ku scroll sampai bottom ada yang dah jadi draft sejak 2008. Ku mengarut apa ntah lepas itu lupa nak publish. Agaga..cara menulispun memang kebudak-budakan habis. Korang tak percaya bolehlah belek-belek entryku zaman 2008 dan ke bawah. Semua entry ala-ala sampah. Memang betul-betul luahan hati bak diarilah.

Aiiseyh..tadi ku terpublish pula draft entry tahun 2008..uuu…masa tu final year dan dah habis PSM. Baru lepas hazab VIVA macam gitulah. AZMI, Abaikan sahajalah entry itu ye. Ku dah tukar balik jadi draft. Adoii!!
image
Sejujurnya ku selalu buat entry dan terus publish masa itu juga. Kadang-kadang sahaja kalau ada idea lebih ku draft kan tapi memang tak banyak. Paling-palingpun idea yang ada dapatlah buat 3 post. Jaranglah. Ku tak sehebat korang yang boleh jana idea sampai boleh update blog 3,4,5, 15 kali sehari. Even setiap entry korang itu ringkas tapi tetap ku kagum sebab korang ada idea. Woooohhhaaaa!!

Berbalik kepada tajuk entry memang korang dah berjaya buat ku jeles tapi setakat jeles sahajalah sebab nak follow memang tak larat. Tak apalah buat sahajalah yang termampu ye tak ?


p/s: Kalau sehari ku tak update entry, apa akan jadi agaknya pada blog picisanku ini ye..?

15 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics