Followers

Tuesday, November 2, 2010

Anak Sosilawati fail saman RM60 juta! Boleh ke mereka bayar?

Tensi la sebab tak dapat nak buka paper online. Internet lembab sangat. Kecoh hari ni punya berita pasal anak-anak Allahyarhamah Sosilawati nak saman suspek-suspek pembunuhan ibu mereka itu dalam paper. Mula-mula rancang nak saman RM40 juta tapi sudah up pula jadi RM60 juta selepas dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.

Bukankah kalau dah jadi suspek, harta benda semua kena sita ke? Macam manalah deme-deme ini nak settle kan saman agaknya eh? (kalau ada siapa-siapa tahu jawapannya bolehlah share sini) Tapi tindakan anak-anak Allahyarhamah Sosilawati ini memang patutlah untuk bagi pengajaran pada mereka-mereka yang buat jenayah tanpa fikir langsung perasaan dan kesannya kepada orang lain. Nak tipu duit dah satu hal. Lepas itu di bunuh pula. Tak mustahil selepas ini kaum keluarga lagi 3 mangsa pembunuhan pula yang akan tampil untuk failkan saman juga pada mereka.

Berita penuh bolehlah godek-godek sendiri surat khabar. Ramai juga blogger yang story pasal ini hari ini.

p/s: kadang-kadang tindakan menyaman ini perlu juga bila kena pada tempatnya. So, kok ada yang nak buat jenayah macam ini fikir-fikir dahululah ye. Dah la kena tangkap pastu kena saman pula.Bagai sudah jatuh di timpa tangga pula gayanya.
Kesimpulannya,Lu fikirlah sendiri! (ahaha..tiba tiba mood nak jadi Nabil datang..).

Korang, dah vote saya ke belum Nak vote kena pergi SINI dan tinggalkan komen. Kalau tak, undian tak valid maa~ Masih sempat lagi nak ngundi sampai 05/Nov/2010. Jomm!!

9 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics