Followers

Saturday, November 20, 2010

Memori : Kami Budak Nakal di UTM!

Lately, ku rasa rindu sangat zaman belajar di UTM dulu. Ye, saya ex-student UTM, Fakulti Mekanikal. Masuk 2004 dan grad 2008. Saya tahu ramai blogger kelahiran UTM juga kan. So, yes kita menimba ilmu di tempat yang sama sampai menggulung ijazah.

Bila tengok facebook tengok banyak juga picture-picture kenangan di UTM dulu. Tapi paling best ialah masa sesi bergambar lepas tamat last paper untuk sem berapa entah di depan Dewan Sultan Iskandar.  Sebenarnya agak jeles dengan budak course apa ye? course Mekanikal Industri kot. Sebab dorang dapat bergambar ala-ala formal macam ambil gambar 1 kelas masa zaman sekolah bila akhir tahun untuk masukkan dalam majalah sekolah. Haa..ingat dah kan.

So, lepas habis paper terus sahaja snap-snap. Mula-mula wajiblah gaya formal dahulu. Ala-ala skema gitu.
Lepas itu semua dah naik ‘gila’ . Terus jadi macam gini gayanya. Biasanya memang lelaki yang over acting. hoho~

ok, siap ada kesinambungan gambar candid. tadi ada yang tengah berlari lagi kan. So, yang ni semua dah setting baik punya! Adoilah dorang ini.

Siapa yang landing baik punya tuh? ish ish! Betul-betul freestyle ni.
Tapikan, perangai gila-gila bila bergambar ini kan makin lama makin menjadi-jadi pula. Tengoklah latest picture kami ber freestyle..

Ini wakil-wakil kelas di KL-Selangor area (Central).

Ini pula wakil-wakil di JB area (Selatan).

#Wakil-wakil utara dan Pantai Timur belum buat sesi pengumpulan.

Serius ku rindu zaman-zaman ini walaupun kitorang( course kitorang) pernah di cop sebagai student yang nakal oleh seorang lecturer  (kelas kitorang sahaja di cop nakal. Kelas lain semua baik-baik) tapi Alhamdulillah semuanya dah berjayapun dalam kerjaya masing-masing. Berbanggalah juga kan.
Selain daripada itu ada macam-macam lagi sejarah, peristiwa, insiden suka duka pahit manis yang kitorang lalui sepanjang 4 tahun di UTM. Bermasam muka, bergaduh, tak bertegur sapa itu adat persahabatanlah kan. Tapi lepas itu berbaik semula.Manusiakan tak boleh lari daripada buat silap.

korang? Bilalah kita boleh berkumpul macam dalam gambar di atas ini lagi ye? Reunion seterusnya?

11 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics