Followers

Monday, November 1, 2010

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif (EGBB)

TERKINI!

MINTA TOLONG KORANG VOTE 'GUA' DI SINI. 01 - 05 NOV 2010 SAHAJA!

KEMENANGAN 'GUA' BERGANTUNG KEPADA UNDI ANDA.

JARI MENJADI JURI!


Tadi buka sahaja FB wall ada mesej best punya daripada Naz seorang Lelaki yang Sulit.

'”Afzan saya tag awak untuk join contest ya?”

Alamak, contest apa pula ini ye. Terus zass saya pi check blog dia punya latest entry. EGBB? Apa kebendanya itu? Baca sikit lagi baru tahu “Entry Gua Best Bangat” rupanya. Waduh waduh memang terkena sudah. Manalah ‘gua’ ada entry yang best. Dia banyaklah. Tapi terpaksalah ‘gua’ mengamalkan konsep SS iaitu Syok Sendiri (sama macam Naz juga ) untuk join contest kelolaan Akal Tunjang ini.


Sebelum apa-apa kena check dulu syarat-syarat contest. Syarat-syarat penting yang korang kena follow ialah korang kena jadi blogger dan mesti kena tag baru boleh buat. Lepas itu, korang kena pilih 1 entry korang yang lepas-lepas yang korang SS (ingat konsep tadi!) paling best bangat. Mesti best bangat ok! Seterusnya korang kena post balik entry tu tapi kenalah adjust sikit tajuknya iaitu <tajuk entry>(EGBB). Contoh macam tajuk entry post ‘gua’ inilah.Ada lagi syarat tambahan, dalam entry korang itu mesti ada ayat ini “ JOM JOIN EGBB dan link http://akaltunjang.blogspot.com/” . Pasal banner contest pula tak wajib masuk post tapi kena letak di sedebar sepanjang kempen pilihanraya berlangsung.

Lepas dah post entry, dah letak banner di sidebar, korang boleh terus terjah blog akal tunjang dan terus tinggalkan permalink entry tersebut di ruangan komen ENTRY INI.

Jangan lupa tag 3 orang rakan dan diorang mesti tahu yang diorang telah kena tag. Jangan tag pastu senyap-senyap pula. Tarikh tutup hari ini beb 01 Nov 2010. Sempat lagi nak join kan. Haha!

Lepas itu pemenang akan dipilih melalui sistem ala-ala pilihanraya. Kena undi beb. Ini yang ‘gua’ lemah ini. Tapi tetap nak support dan join juga. Undian akan di buka bermula hari ni (‘gua pelik juga kenapa undian hari ni pastu contest tamatpun hari ini). Tapi yang tercatat memang itulah mulai 01 Nov 2010 sehingga 5 Nov 2010. Korang pakat-pakatlah undi ‘gua’ ye sebab jurinya ialah anda. Tapi korang kenalah pergi blog akal tunjang itu untuk mengundi ok.

Alamak, mukadimahpun dah habis 1 page. Ok la, tanpa membuang masa ‘gua’ reveal entry best bangat gua ini.

------------------------------------------------------------------------------

Tips Perkahwinan : Pelamin Kreatif




Menarik tak pelamin ini? Rajin betul diorang ini decorate letak gambar-gambar pre wedding kan. Rasanya pelamin ini A to Z diorang buat secara DIY. Tapi tetap menarik!

Btw, ini pelamin Abang Zairi dan Kak Ekin. Abang Zairi ini seniorku masa di UTM dulu. Satu fakulti tapi lain bidang. Abang Zairi ini seorang pensyarah di UMP tapi dia juga part time Photographer. Tu yang pelamin dia penuh dengan koleksi gambar-gambar pre wed. Memang lain daripada yang lain betul konsep dia. Sebab, Bukan sahaja pelamin yang penuh gambar, malah setiap meja makan dan di beberapa sudut sekitar tempat majlis dihiasi juga dengan bingkai gambar mereka.


see, setiap meja ada ini.


ada juga di tepi pelamin


bingkai gambar di tepi meja makan beradap

Yang best nya lagi temanya pinky. Pink memang cantik tapi ini majlis belah lelaki tu. Kan jarang lelaki choose kaler pink.

cantik juga pink kaler. Suka baju pompuan tu.

Adakah trend letak-letak gambar di majlis kahwin ini akan jadi trend perkahwinan akan datang?
Apapun tahniah to both of them sebab dah mendirikan masjid. Semoga masjid yang di bina kukuh sepanjang hayat.

Picture credited to Syazwanul Badri, member di UTM juga.
------------------------------------------------------------------------------

Alamak, nak tag siapa ini? Sempat ke dorang nak buat? Ok lah saya main random pick sahajalah ye. Dipersilakan nama-nama dia bawah ini untuk join contest ini. Sempat lagi. Ada lebih 22 jam lagi. Chaiyok2..

1) Molmolla

2) Sumijelly

3) Kaizen

Joinlah sebab hadiah dia boleh tahanlah lumayannya.Akhir kata, JOM JOIN EGBB dan link http://akaltunjang.blogspot.com/

24 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics