Followers

Friday, November 12, 2010

Berita Menarik : Masjid Pertama di Artik!

Hari ni saya tertarik untuk update sesuatu yang menarik dan berkait dengan Islam. Yeah, menurut Berita Harian Online hari ini, di Kanada telah terbinanya Masjid pertama di Artik iaitu tempat sejuk beku.

MASJID pertama di Artik ini dilengkapi  dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.
 gambar dicilok daripada Berita Harian Online!

Saya ceduk sedikit keratan berita tersebut;

OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana.
‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air.

Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya.
Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah.
Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman.



Masjid di pasang siap sahaja sebab saya dapat bayangkan kos untuk pembinaan masjid itu kalau dilakukan di kawasan berais macam tu mesti mahal. Kalau pakai simen mesti cepat beku kan. Haha, ku tak pernah dudk di negara sejuk so tak tahu macam mana mereka membina bangunan. Tapi rasanya memang konsep 'pasang siap' biasa digunakan di negara sejuk kan?

Ramai juga penduduk Islam di sana ye. Alhamdulillsh, semoga dengan adanya masjid ini dapat membantu penduduk Islam di sana beribadat dengan lebih sempurna.

5 comments:

manggosteen said...

tunaikan tangungjawab dimana saja!

Ayu Zan said...

bagus la kalo camtu~
xde alasan lagi~
moga islam terus maju!

Unknown said...

tu la kan...tak kira mana negara ada penganut agama islam...

baincardin said...

alhamdulillah...^_^

velasrizal said...

semoga islam makin diterima di sana

Perodua Viva ELITE Exclusive Edition (Viva EEE) 2010

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics