Followers

Tuesday, November 9, 2010

Annual Party Theme : Back to 70's | Busy week

Hari ini nak taip santai-santai sahaja. Dah lama rasanya tak mengarut. Entrypun sehari satu sahaja kot. Sebabnya sekarang ini banyak sikit komitmen. Komitken kerja yang makin hari makin banyak sudah satu hal. Lepas itu pula komitmen dengan latihan untuk Annual Party hujung bulan inipun sudah satu hal. Lepas itu dengan kesihatan mak yang tak berapa mengizinkan itupun satu hal. Tapi mak tak banyak harap sangat pada kami anak-anak dan lebih mengharapkan perhatian ayah. So, kami memang tolong setakat sediakan makanan dan layan borak sahajalah.

Lagi satu hujung minggu ini pula nak berjalan jauh. Pergi melawat best fren yang baru sahaja melahirkan baby hujung bulan October lepas. So, maafkanlah saya kalau beberapa minggu ini langkah saya tak sampai ke blog kawan-kawan. Saya akan cuba bayar hutang jejak ini seberapa boleh ok. Saya sangat hargai kedatangan readers ke blog ini.

Cakap pasal Annual Party, tahun ini kami akan berparty (ceh, party la sangat..) pada 27/Nov/2010. Kami punya party buat start tengahari sampai petang sahaja. Ala-ala Lunch Party la. Dan memang setiap tahun sudah menjadi acara wajib untuk setiap department buat persembahan. Bukan persembahan saja-saja ye sebab ia berbentuk pertandingan dan tempat pertama sampai ketiga akan dapat hadiah wang tunai dan hamper. Manakala yang lain-lain itu akan dapat hamper. Kira macam pertandingan yang semua peserta yang join akan dapat hadiah. Tapi tetap wajib untuk join persembahan sebab department kami kecil sahaja dan 4 daripadanya sarat mengandung dan menunggu masa sahaja untuk bersalin. Yang dah veteren langsung takmo bagi kerjasama. At last, tinggallah si single mingle muda belia ini untuk support. Adalah dalam 9-10 orang yang komited. Alhamdulillah, harap-harap usaha kami ini membuahkan kejayaan.

Oh lupa nak cakap. Tahun ini tema Annual Party kitorang memang tak boleh belah. Tema "Back to 70's".
http://4.bp.blogspot.com/_zXW1RuBJ4iI/TFuUKr2o5rI/AAAAAAAAD94/VAfjDVJOATI/s1600/70+6.jpg
Jenuh sudah ku berfikir mahu pakai apa untuk ikut tema. Takkan nak pakai baju kebaya ketat sama spek besar warna merah pula. Takpun bakai blaus renda-renda sama skirt kembang atau seluar bell bottom. OMG, memang tak ready langsung untuk Annual Party kali ini. Korang ada idea tak mana mahu cari pakaian ala-ala 70's? Saya sudah pasrah ini. Baju mak? err..mak saya seksi dulu. Tak mahulah saya guna kalau seksi-seksi. Auuu..tak sanggup I nyah~

p/s : entry sebelum ini abaikan sahajalah ye. Saya sudah delete pun. Soalan tu sebetulnya nak tanya dekat formspring sahaja. Tak sangka pula terpublish sekali di blog.huhu!

p/s : loading blog ku ini jadi lembabs gila. Macam takleh nak masuk langsung? Ada problem ke ni? huhu!

14 comments:

abigemok said...

err?? 70 an? wa takde idea la.. huhu.. pakai la cermin mata yang besar gedbak tu. haha. 70 an jg kan? :)

*mmg blog lembab skit. mungkin tempelet ni kot guna bnyk gmbar..

Ayu Zan said...

load lembab sbb byk sgt benda kat blog akak kot...

70an...em..akak pakai la cemin mata besar...setuju dgn kyuubi..

Sharinginfoz said...

nasib baik 70s bukannya 20s kan

Redbloodsnow said...

pakai baju polka dot hitam putih yunk. surenyer back in 70's..haha

cikpia said...

sebab bertudung, macam terhad sket kan......???? tapi kalau orang dulu2 tadak ka yang bertudung ek???

Mario said...

perghhh...zaman apa ek 70an ni...hail amir kot...ekeke

Kancilbiru said...

hurm...camna tu 70an...tak tahu sangat la sebab lahir 80an..hehehe

Unknown said...

pakai rambut sarang tabuan pastu pakai baju corak-corak dan seluar bell bottom..

kalau serious nak order nanti send email kat akak yer roslana_06@yahoo.com.my

cik nur said...

nur pn memepunyai masalah yg sme nk pilih baju tema nyer retro pening kepala oi hehehhehe

ieda said...

70's????yg pasti zaman tu tak ramai yg pakai tudung..

velasrizal said...

wah bestnye dpt pegi annual dinner..

Iklan Deepavali FINAS 2010 Cetus Kontroversi Perkauman?

noorafzan.blogspot.com said...

kyuubi..
spek beso macam uji rashid kah?
oo..yek ke?
ni kena buat sesi pembersihan nih..
huhu~

aYu..
oo..gitu juga eh..
baik2, noted.

sharinginfoz..
uu..20's lagi la takde idea.

zie..
oo..itu 70-s eh..cam menarik!

pia..
ada tapi jenis yang ikat belakang tu kot.

mario..
haha,,sama la kite.
lahir 80's

kak ina..
seluar bell bottom tu mana mau cari eh..
huh~

baik2, akan saya emailkan segera.

ciknur..
ohoho..
sama la kita..

ieda..
tu la pasal kan.
kalau adapun mmg tak glamour.

rizal..
bikan dinner tapi lunch,,
pelik je kan buat jamuan waktu lunch?

suffer8zine said...

wahhh bestnye!

Terkini : Contoh Gurauan 'Manja'

noorafzan.blogspot.com said...

suffer8zine..
best!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics