Followers

Wednesday, November 3, 2010

Ibuku diserang demam, tolong doakan dia cepat sembuh!

Siang tadi aku rasa ceria.
Siang tadi aku rasa bahagia.
Siang tadi aku rasa gembira.
Ada 2 berita gembira sepanjang masa ku di office tadi..

Balik sahaja,
rumah sunyi.
suasana sepi tak seperti biasa.
Mana pergi mak.
Mana pergi ayah.
Nasib baik abang muncul dari biliknya.
Bagitahu mak dan ayah pergi ke kenduri rumah makcik.
Lega rasa..
Entah kenapa kurasa begitu sayu bila tiada siapa menyambuty ku pulang seperti kebiasaan.
Tiada mak yang berbaring depan TV seperti selalu.
Seperti semalam.

Tak lama kemudian,
mak dan ayah pulang.
Dari jauh mak memanggilku.
Katanya dia mendapat hadiah sejadah daripada makcik.
Alhamdulillah, sejadah kecil yang sesuai untuk travel.
Gembira tengok mak.

Pergi dekat mak.
Mak ceria tapi muka mak pucat.
Dia kata dia demam.
Dia kata rasa sejuk walaupun saya rasa badan dia panas.
Hatiku gundah gulana.
Lagi-lagi bila melihat kesan cakaran kucingku membengkak di kakinya.
Ahh..sudah..adakah kaki makku yang kencing manis itu sudah dijangkiti kuman.
Risau.sasau.
Dalam sendu kusarungkan sarung kaki penebat sejuk ke kakinya.
Dalam sendu itu juga kuucapkan " MAK, KU SAYANG ,MAK"
Mataku dah berkaca-kaca. Ku mula rasa tak sedap hati.
Sangat tak sedap sebenarnya.
Ya, Allah, bantu lah hamba ini ya Allah. Sembuhkanlah demam makku ya Allah.
Tolong kawan-kawan.
Tolong sama-sama doakan agar mak ku lekas sembuh dan dapat tersenyum ceria kembali.
Ku mula rindu itu.
Rindu sangat-sangat.

Ku minta makku baring berehat.
Tiba, makku menangis.
Menangis kerana apa hanya dia sahaja yang tahu.
Tapi, ku tahu dia tidak tahan dengan kesakitan itu.
Lagi bercucuran air mataku mengalir di pipi.

Kawan-kawan, tolong ya.
Makku Norzam binti Said sedang ditimpa sakit.
=(
mak, sayang mak sangat-sangat!

19 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics