Followers

Wednesday, November 10, 2010

Dugaan : Mak masuk hospital part 1

Salam to all.
Masa korang baca entry ini mungkin ku sedang berada di hospital. Makku dah kena tahan wad dan tak tahu berapa lama dia akan berada di sini. Malam tadi awal-awal ku dah inform boss bahawa ku mungkin akan ambil cuti kecemasan untuk jaga mak di hospital since ayah kena kursus 2 hari.
mak dan diko before mak masuk sepital


Ku apply cuti sehari sahaja dan kena depends pada tahap kesihatan mak hari ini. Kalau bengkak di kakinya sembuh cepat maka cepatlah dia boleh discharge. Kalau kena stay lagi, ku mungkin akan cuti lagi keesokannya. Kira akan jaga mak sehingga ayah habis kursus. Kursus ayah kursus wajib. Kalau tidak mesti ayah akan minta cuti untuk tengok-tengokkan mak di hospital. Mak jenis yang manja sikit dan mesti ada orang tersayang dengan dia lagi-lagi bila berada di hospital.


mak sedang bermanja dengan ayah di wad kecemasan malam tadi.
So, selama 2 hari ni memang blog ku akan jadi sedikit terabailah. Ku akan update entry tapi schedule post la sebab kat hospital itu manalah ada acces internet. Line telefonpun tak cukup penuh. Alhamdulillah, doktor cakap mak tak perlu dibedah. Cuma akan disuntik ubat sehinggalah luka di kakinya sembuh. Kami memang dah tak boleh nak biarkan dia di rumah sebab tekak dia langsung tak boleh terima ubat. Telan ubat, muntah. Telan ubat, keluar bukan sahaja ubat malah semua makanan yang baru sahaja dia makanpun terkeluar sama. Kami kasihan tapi kami tak tahu dah macam mana nak buat selain daripada menghantar ke hospital. Biar doktor bagi injection. Cepat sikit sembuhnya nanti.

Bila mengenangkan sakit mak ini, ku rasa macam berbelah bahagi pula. Tak apa ke kalau ku tetap teruskan rancangan untuk berkahwin tahun depan? Ataupun ku harus menangguhnya dahulu. Almaklumlah, mak masuk hospital swasta. Memang kos rawatan tinggi. Tidakkah ku akan membebankan ayah nanti? Tapi buat masa sekarang ini memang ku tak nak cakap apalah. Still ikut sahaja plan asal dan tengok perkembangan kesihatan mak. Harap-harap mak akan cepat pulih dan tak perlu dibedah. Aminn ya Rabbal Aa'lamin.

p/s : mak saya bila sakit dia jadi seksi. Sebab itu saya blur kan mana-mana yang tak patut korang tengok. =)

19 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics