Followers

Monday, November 8, 2010

7 Fakta : Kenapa Blogku tiada Header cun?

Masa mula-mula ku aktif berblogging, ku rasa nak nampak cool sebab kebanyakkan blogger famous mesti paling-paling letak muka dorang di header itu. Takpun letak gambar kartun cute miut di situ berserta link blog mereka terpampang di sebelah/atas/bawah muka cute/macho/hensem masing-masing. Kepingin nak buat satu tapi maklumlah ilmu pengetahuan tak cukup maka terkuburlah rasa kepingin itu tanpa nisan atau tanda. Ghaib begitu sahaja.

Lepas itu beberapa bulan lepas masa kecoh pasal kekejaman Puak Yahudi ke atas Palestin, Mofasad ada buat banner best yang sesuai di letak di sidebar. Kalau ikutkan sampai sekarangpun isu kekejaman Yahudi di Palestin tak pernah berkesudahan tapi biasalah media kita sekejap sahaja berapi lepas itu malap sudah. Gelap, kelam. Masa itu idea mari untuk buat banner itu jadi header blog. Sebab sidebar ku dah cukup berat dan sarat dengan widget-widget lain maka ku hanya copy banner yang dah siap dan paste di header.


Tapi rasa macam pelik pula sebab dah macam bukan blog ku. So,godek-godek photoscape maka terhasillah header ini. Tengok tu gambar diri sendiri memang tak berapa jelas. Macam bayang-bayang sahaja kan. haisyoo..

Tapi benda tak best berlaku pada template blog. Bila kuubah situ sini maka header itupun jadi macam serabut pula bila letak di header. So, terpaksalah buang. Sampai sekarang tak ada ganti.

image
So, fakta-fakta kenapa ku tak ada Header Blog.
  1. Ku tak reti buat header. Header ku buruk dan selalu sahaja bermasalah bila di upload.
  2. Ku tak suka letak muka di header blog. Kalau letakpun ku blurkan/hitamputihkan/ambil dari side tepi muka sebab ku seorang yang pemalu. Lagipun muka tak cukup comel untuk dijadikan header.
  3. Header yang pernah kubuat besar dan berat.Ku nak loading page masuk blog sendiripun susah. Kupun tak suka masuk blog yang berat/susah nak loading page kan. So, better tak payah pakai header.
  4. Dah kata nama blogpun '!!Simple me!!. Headerpun mestilah simple juga kan. So, terbukti memang simple pun kan. =)
  5. Lagi satu kan sebenarnya ku tak nampak apa kelebihannya header blog ini selain daripada nak bagi readers senang recognize owner blog. Minta siapa-siapa explain apa kelebihan Header blog?
  6. Sebab yang menghalang ku untuk lebih serius membuat header blog ialah, ku tak reti Adobe Photoshop dan tak ada 'masa' untuk belajar. Curi -curi masa pun tak sempat juga.
  7. Masalah paling parah ialah PC kerja blogging ku ini jenis beli tahun 2004 ( Word pun tak ada sebab tak larat nak support untuk istall program. Apatah lagi nak install Photoshop kan). Jangan tanya kenapa tak beli baru. Orang nak kahwin mana fikir dah nak upgrade PC. Fikir nak kumpul duit untuk preparation kahwin sahaja. Apa ingat perempuan tak kumpul duit ke untuk kahwin ke? Duit hantaran manalah cukup nak tampung belanja kenduri. Kenalah ada inisiatif sendiri kan untuk bagi cukup.

Segala fakta-fakta di atas hanya valid pada blog ini iaitu blog !!Simple Me!!. Jika ada salah satu darinya yang ter'kena mengena' dengan blog orang lain ianya hanya kebetulan sahaja.

So, sampai bila ku akan terus kekalkan identiti blog tanpa header ini? Errmmm..entahlah. Kalaulah satu hari nanti tiba-tiba blog ini ada header, ini bermakna salah satu daripada fakta di atas sudah berjaya menjadi 'auta'.

p/s : pagi ni dah mula kerja balik.rasa lemau betul lah. Nak tidur lagi dan lagi. huhu. NoorAfzan, wake up please!

27 comments:

Nabiel said...

kena la pada Simple me tuh afzan~
hehehehe..

intanurulfateha said...

haha dah name pun simple kak ;p

kak, bile nk kawen? ;D

نورعيم said...

betul tuh kak. kita pon xreti nak buat header. huhu.

suffer8zine said...

heheh same la ngn den x de header :P

Terkini : Enter

cikpia said...

kenapa blogku ada header...........???

sebab kila (katakila.com) tolong buatkan........ he he.....

velasrizal said...

tak kisah sgt psl header..yg penting content menarik

Zip Bed : Bagi Mereka Yang Malas Mengemas Katil

dayah said...

ku tahu kamu mmg simple la kak :)
ohh btul gak nk kumpul duit mna sempt nak buat header camtu. kih3 lawak akak ni

amira faqihah said...

XDE Header pon meriah ;D

eiela said...

cantik blog akak nih, cepat loading dan kemas. tapi bab header macam ade yang kurang kat situ,,kalau tak letak pun takpe kot,,akak justify kan je tajuk tuh. Pandangan saya la,,Blog Newbie pun takde header jugak.

Unknown said...

zairie suka header just tulis tulisan je.. hehe :D

Unknown said...

ala ok je takde header pon

hehehe

darkbatman said...

aie pun x reti sgt bab2 header.. 2pun mtk tlg org wtkan..klau x , sampai sudah hancur.ahaha

edaolala said...

header tak penting :D penting entry bestt :DD hihihi

Mrs Nurul said...

HEADER PENTING WEH..KO AKAN SEDAR KEPENTINGANNYE BILA SAMPAI WAKTUNYE NANTI...ECEWAHHHH PODACHIKK ! HAHAHAHA ;)

AKU SARANKAN KO BUAT GAK HEDER WALOPON HUDUH ;) AKU SUPPORT KO HAHAH

miss lolly a.k.a luvfareda said...

alaaaaaaaaaaaaa, camni pum dah 0ke..


meh j0in c0ntest =)

Cik Bulat said...

sesuai dengan nama belog...simple me..:)

[sutera kasih] said...

simple but nice :]

Lyn Sery said...

aku pon takde header
banzai je la mmg simple gile.
kita serupa

Aidy Shahiezad said...

banyak betul fakta yg menidakkan hasrat nak berheader tue ek... neway, mesti pena dgr pepatah nie kan, "nak 1000 daya, tak nak 7 dalih"... kehkehkeh... :p

---------------

visit my latest mini novel updates:-

Sebelum Terlewat (Chapter 3 - Silap Langkah)
http://aidyshahiezad.blogspot.com

Hunny said...

salam,

tak payah bubuh header pun ok, simple ajer, coz tuan punya blog pun simple..:)

ISA said...

yang lain tak penting. hehehe...

yang nbr 7 tu... amat penting, syabas nanti lu akan tahu menghargai nilai sebuah pernikahan.

tahniah...

Mohamad Fathi said...

Salam Blogger,

Oh header?
header sbernarnya main banyak peranan,.. sebab ia dok ats sekali dalam blog kite.. jangan wat header nampak serabot dah la.. Janji simple/cantik dan lawa.. kan.. [=_=]

Admin Blogger Crew
http://bloggercrew.in-malaysia.org

noorafzan.blogspot.com said...

nabiel..
aha..
kan..nasib baik nabiel setuju.
=)

intanurulfateha..
intan, huu..betul2..
bila nak kahwin.
kalau boleh hujung minggu ni.
haha..kidding.
bulan 6 nanti, time cuti sekolah.
intan wajib datang ye.

noraim..
haha..
betul2 serupa.
nantilah one fine day.
kalau kak tak buatpun minta tolong bakal somi buat.
dia terror photoshop.

suffer8zine..
haha..
janji cun dan kemas kan bro.
takde headerpun tak ape.

pia..
best la.
pesan pada kila, ku nak juga.
haha!

rizal..
ye betul.
setuju sgt.

dayah..
haha..betul dayah akak mmg simple je.
kalau boleh nak biar kosong je tapi cam takbest la pula.
haha~
PC tak semapt nak upgrade sebab kumpul duit nak kawen.

twinkle..
haha..
meriah ye.
thanks.

eiela..
kurang ye.
nanti la buat satu.
tapi tak tahu la bila.

zairie..
takpe zairie janji ada header juga.
=)

ery..
haha..
jeles juga sama orang punya blog yang ada header cam ery.

aie..
tu la.
takut buat header sebab itulah juga. Kang terkejut orang bila dtg blog tgk header hancur.

edaolala..
yeahh..content paling memainkan peranan penting kan.

neon..
cet, kok huduh takmo la sis.
hoho~
help2..

miss lolly..
header miss lolly paling saya suka.
cuunnn!!!

pikok..
ya, setuju sangat nih.
hehehehe~

sutera kasih.
thanks dear =)

lyn sery..
haha..
jom nyanyi lagi 'kita serupa' nak?
=)

Aidy..
penah dengar tapi di mana ya?
keh keh.

Hunny..
yeah..
kan, saya simple kan. =)

Isa..
Terima kasih bro.
saya mmg saja letak point tu last sebab panjang alasannya.
=)

Admin..
sebab dia dok kat atas je ke bro?
ia menggambarkan blog itukah?
ye, nanti saya fikir camne nak buat header yang simple dan lawa.

Redbloodsnow said...

haha...same lah kte yang. zie pun xde header.just straight away name blog sajorks...hikss

Fnd Rocka said...

Sama dengan aku lah..kalau bab-bab header nu bubuh yg mana ada je.kalau nak bubuh nuka sndiri..takut ramai yg masuk blog aku tak ikhlas..semata-mata nak lihat kekacakan.kahkah

noorafzan.blogspot.com said...

zie..
ahah..
tu la..
tapi tak pasan sebab background tu muka zie..

fndrocka..
meh sini nak tgk berapa kacak muka hang.
=)

Faisal said...

xyah header lagi bagus,header ni memberatkan load time=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics