Followers

Thursday, November 11, 2010

Tutorial : Baru kutahu mudahnya nak buat button 'Read More'!

Salam semua,
ya sila gelakkan saya sebab baru sekarang saya tahu betapa mudahnya nak buat button READ MORE guna blogger. huhu~
Ada ke lagi yang spesis seperti saya yang tak maju-maju? Erk, ok la bukan tak maju tapi tak peka sahaja. Orait, kalau ada yang teringin untuk buat button READ MORE tapi macam tak tahu caranya bolehlah tiru macam saya ye.

Step-stepnya.
Mula-mula kena active kan 'new post editor'
  1. Log in ke akaun blogger korang.
  2. Click Setting. Pergi Basic tab.
  3. Scroll down sampai “Select post editor” option. kemudian select “Updated editor"
    blogger post editor
  4. Click pada SAVE SETTING
  5. Done!
Kemudian pergi kat post korang. Kalau boleh yang belum post la kan. Nak buat new post pun boleh.
Korang perhatikan di ruang icon kecil atas kotak tempat kita tulis entry tu. Jumpa tak icon macam di bawah ini.
image

Ini namanya icon magic iaitu ‘insert jump break’ bahasa saintifiknya. Korang ada nampak tak? Kalau tak nampak itu maknanya pendek umur bak kata pak belalang.

image


Lepas itu, korang kena choose la sampai line mana dalam entry korang yang nak appear sebelum button read more tu. Contoh macam ku pilih nak letak cut entry tu sebelum perenggan yang dimulakan dengan ‘Ku apply cuti…bla bla bla tu’. Lepas korang dah click cursur korang kat line tu, korang click pula pada icon magic ‘ insert jump break’, kalau tengok kat ruang compose akan nampak satu garis macam ‘cut’ la di situ.

image

Kalau korang tengok kat tab ‘Edit HTML’ akan ada tulisan <!—more—> di tempat yang sama dengan garis macam ‘cut’ di tab ‘Compose’..

image

Lepas itu bolehlah save ataupun publish terus..!
Hasilnya bila dah publish akan jadi macam di bawah ini.


image

Nampak tak entry dah jadi pendek dan ada button ‘Baca lagi..’ betul-brul di atas kotak untuk komen?
Nampak tak yang perenggan ‘Ku apply cuti…bla bla bla tu’ dah hilang? Arr..sebenarnya tak hilang ke manapun, cuma sembunyikan di bawah button 'Baca lagi..' tu sahaja.Maknanya kita boleh pilih entry mana yang kita nak letak button ini atau tidak lagi-lagi untuk entry yang panjang berjela kan. Amat bagus untuk menjimatkan ruang blog.

Tapi saya sekadar mencuba sahaja. Sebetulnya ada bloggers tak berapa suka klik kalau ada button ‘Baca lagi ..’ ini sebab macam leceh pula atau dalam erti kata lainnya tak userfriendly la. Melainkan kalau blog korang dah betul-betul popular dan best dan orang memang tak kisah apapun asalkan boleh baca entry korang.

18 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics