Followers

Thursday, November 4, 2010

Penjelasan : Bukan saya tak sayang ibu tapi...!

Saya tulis entry ini sebab nak clear kan rasa serba salah saya pada komen bro Isa dalam entry sebelum ini.

Terlebih dahulu saya mengaku yang saya bukanlah anak yang cukup baik untuk mak. Saya memang selalu sahaja lemah bila dia minta itu dan ini lagi-lagi bila dia sakit. Adatlah perasaan macam itu kan. Memang masa awal-awal dahulu saya memang menentang habis bila dia minta makan yang bukan-bukan. Tapi, memang mulut mak manis sangat sampai sayapun kalah. Bila minum di kedai dia akan order teh tarik di kedai mamak. Kalau tak manis dia sendiri akan minta pekerja di situ tambah susu bagi manis. Apalah si anak ini mampu nak kata kan. Ayah saya sendiripun jenis tak sampai hati macam saya.

Lagipun kami semua bekerja dan langsung tak ada siapa layan dia seharian di rumah. Bila balik malam barulah ada masa sikit. Itupun sikit sahajalah. Siang dia memang kurang makan sebab tak ada apa yang dia nak makan. Selera dia pun agak tinggi. Lauk mesti yang baru masak panas-panas baru dia makan. Kalau stok yang masak malam lepas itu masuk peti esokkannya memang dia tak lalu makan sudah lauk itu.
Pasal pesanan bro itu "Sometimes you must be cruel to be kind" biar saya ulas sikit.
Sebelum ini, saya memang jarang nak beli apa yang dia minta beli lagi-lagi yang manis-manis. Dah cukup cruel sudah. Dalam rumah itupun saya rasa sayalah yang paling cruel (degil) sekali untuk bagi mak makan manis. Tapi bila dia sudah sakit dan tak lalu nak makan, sudah tentulah sebagai anak ku akan cuba penuhi kehendaknya. Fahamilah situasi anak ini.

Tapi ternyata saya salah faham juga. Sama macam Bro Isa saya ingat mak saya yang nak makan kuih itu. Tapi sebenarnya mak saya suruh beli untuk hidangkan pada abang ipar dan kakak yang akan datang melawat malam itu. Balik sahaja rumah saya suakan pada dia kuih itu tapi dia suruh hidang untuk orang lain. Begitu mulianya hati seorang ibu kan. Sakit-sakitpun still semangat untuk entertain orang lain.

Akhir kata,
SIAPA TAK SAYANG MAK KAN!
Semoga entry ini dapat menjernihkan apa yang keruh. Bro Isa, terima kasih atas ingatan anda itu.

23 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics