Followers

Saturday, August 28, 2010

@Lambaian KL Reunion : Kegilaan terhadap Daytona

Minggu lepas adalah buat planning berbuka dengan kawan2 kelab masa di UTM dulu.
Kelab Lambaian.
Planning penganjur nak buat makan2 di Ikea.
Konon-konon nak try buffet Ikea la kan.
Oleh kerana semua orangpun sampai lambat makanya buffet itu full booked.
Dan kami terpaksa tukar planning lst minute.
Menggagaulah beramai-ramai mencari-cari kedai-kedai makan area The Curve pula.
Tapi langsung tak ada.
Semua pun dah penuh di booking termasuk la Waroeng Ayam Penyet.
huhu~

Sudahnya masuklah ke Cineleisure pula.
Nasiblah dapat makan kat Station Kopitiam walaupun masa itu kena cari-cari kerusi sebab tak cukup.
huhu~

Lepas dah makan, kamipun bergerak ke surau.
Surau yang dekat dengan Cinema tu.
ehehe~
Keluar sahaja daripada surau, ini yang saya nampak.
haisssh..

Tengok tu kemain suka dia layan daytona.
Eh, apa yang awek cina tu buat kat sebelah.
Amboiii... kemain senyum lebar dia pula.

Laa..
rupanya awek cina tu tengok boifren dia kat sebelah tu main.
hehe~

Ini antara penonton dan penyokong yang hadir pada malam itu.
Aleeerr..2 orang je ke..?
isk2..

Aik, dah surrender ke?
Siapa pula yang jadi champion ni?
ingatkan si tunang sorang je main.

Lorrh, rupanya ada 2 orang lagi participant.
Nampaknya ini game penentuan tempat pertama dengan kedua je.
Walaweehh..hebat tak hebatlah dorang ini kan.
ahaha~



Akhirnya yang menang ialah seat No 8..
Memang ONG la number 8 tu kan.
haha~

Pelik tak kenapa berenam (termasuk saya) sahaja dari tadi?
Sebenarnya ramai yang join reunion ini tapi disebabkan semuanya masih di surau, maka hanya mereka berlima yang kelihatan dalam ini gambar.
Nanti-nantilah saya story kisah sadis kami sepanjang perjumpaan itu.
Memang sadis kisahnya.
huhu~

p/s :
Petang ini ada Gathering Geng Blogger di Shah Alam.
Tapi, saya tak boleh pergi daa..huhu~
Alasan memang tak boleh belah tapi itulah hakikatnya.
Kat rumah ini ada 2 je anak perempuan bila time cuti.
Salah seorang kena ada untuk masak2.
Kalau tak, tak berbuka la family ku.
Dan atas alasan itu mak ku tak bagi berbuka di luar. --> tak baik melawan cakap mak kan..
Jadi, dengan ini saya ingin memohon maaf kepada penganjur dan kawan2 yang pergi.
Enjoy ye nanti walaupun tanpa saya..sob2..

update malam :
Mesti ramai kan yang tak berblogwalking sebab pergi join Gathering Geng Blogger.
Jeles seyh tapi dah tak ada rezeki untuk berjumpa geng blogger hari ni.
Hari ni saya masak Sup Tulang, Ikan talapia masak cili api dan juga daging masak kicap nyum-nyum..=)
Selesai sudah Ramadhan ke 18.
Malam ini sudah tarawikh yang ke 19.
Cepatnya masa berlalu.

8 comments:

Unknown said...

best kan dpt jumpa kawan2 lama..hehe..

noorafzan.blogspot.com said...

Memang best.
ada yang saya terkejut bila jumpa.
sebab dah 'berubah'..

saya_arief said...

maen game tu xpenah menang..
hahaha..
;p

noorafzan.blogspot.com said...

arief..
ahaha..
sama la kite..
susah kan.

Aidi-Safuan said...

hahaha... asyik main game jer. pergi terawikh tak nih? :P

Sharinginfoz said...

memang suka giler main benda alah ni dulu

Unknown said...

hahaha ta retinya sy men game tuh.~

noorafzan.blogspot.com said...

Aidi..
haha..
masa ni mmg tak pergi berjemaah la.
sampai umahpun dah kul 11.
hoho~

sharinginfoz..
hehe~
sama la..=)

cik yuki..
saya main redah je.
mmg kalah je la.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics