Followers

Wednesday, August 4, 2010

30 days of truth - Day 2 : Something you love about yourself.

Task ke dua ini pula pasal apa yang saya cintai/sukai tentang diri saya.
Hmmm..
Setiap daripada kita ada kelebihan dan tak kurang juga kelemahan.
Yes, manusia tak sempurna.
Apa yang sempurna. Hanya Dia yang Maha segalanya.
Secara amnya orang yang bersyukur ialah orang yang cinta segala apa sahaja kelebihan mahupun kekurangan yang dia ada sebab dia yakin segalanya pun datang dariNya.
Dan ada sebab dia create kita macam itu.

Apa yang saya suka/cinta pasal diri saya?

1) Saya score exam masa sekolah dulu walaupun saya budak bermasalah.


--> Masa saya sekolah rendah saya seorang yang pendiam. Sangat pendiam sampai kawanpun tak ramai. Dan bila exam saya dapat score walaupun kalau ikutkan saya ini pelajar malas. Kerja sekolah malas nak siapkan. Duduk di rumah hanya bermain. Pergi sekolah tiru jawapan kawan-kawan. Alhamdulillah, UPSR saya dapat 4A 1B (Masa itu first time UPSR 5 subjek).

--> Masa nak PMR pun macam tu. Tapi kali ini saya tak suka sekolah. Saya selalu ponteng sekolah. Memang graf pencapaian saya menurun sedikit demi sedikit bila naik tingkatan. Boleh katakan seminggu adalah 2 kali saya ponteng. Tapi pelik sebab masa PMR saya dapat 7A 1B..
Masa naik form 4, cikgu Pembimbing Rakan Sebaya pernah 'perli' saya pasal ini. Dia kata
"tak guna kalau kedatangan kamu 100%, tapi tak score pun. Tengok macam kawan kamu ni selalu pontengpun boleh dapat 7A."
Malu betul masa itu. Tak tahu cikgu tu nak puji atau nak perli sebenarnya.
Tapi take it as positive la kan. Memang azam tahun itu nak baiki kedatangan.

Apa motif suka :
Saya suka sangat sebab saya rasa macam istimewa. Masa itu salah seorang kawan saya teruk berusaha untuk score tapi at last result dia sama dengan saya. Saya pula...err... terharu woohhh...tak percayapun ada.

Tahu tak subjek yang dapat B itu subjek yang sama iaitu Bahasa Inggeris. Sebagai student yang belajar di kampung, saya memang langsung tak dapat nak hadam bahasa itu dulu. Fail!

2) Saya memang sempoi walaupun kadang-kadang nampak serabut..


--> Saya suka sebab saya sempoi.
Saya simple dalam berfesyen.
Beli barang biar murah asalkan cantik di mata.
Tak bermekap. Pakai bedak compact sama lip balm sudah cukup.
Suka sebab jimat belanja.
Tapi kadang-kadang tu rasa macam serabut pun ada bila pakai baju/seluar/kasut yang sama sahaja setiap kali kan.

--> Saya tidak pandai berbahasa bahasi dan jujur bila berkata-kata.
Tak pandai selindung perasaan. Tak suka luah sahaja. Sukapun luah juga.
Saya juga berfikiran simple. Tak suka serabutkan kepala dengan masalah.
Berfikiran simple tu maknanya tak adalah lepas tangan tapi think positives bila hadapi apa sahaja situasi.
Suka sebab saya rasa diri tu 'bersih' sahaja sebab tak menyembunyikan apa-apa.
Rasa 'free' dan tenang sahaja. Pernah ada rasa macam tu tak?
Tapi kadang-kadang bila sampai masa tertentu terpaksa gak 'tipu sunat'..
Ye la adakalanya bukan semua benda boleh share dengan orang.
Lagipun susah nak jadi terlalu jujur sekarang ini. Bahaya!

--> Saya juga simple dalam mendeko-deko.
Kira kalau nak buat hias-hias rumah ini tak terror la sebab akan jadi simple macam diri saya juga. Kosong sahaja.
Tengok blog saya ini. Simple sahaja kan.
Malas nak pasang macam-macam nanti diri sendiri yang pening tengok blog sendiri.
Kan kes naya tu!
Inipun menjimatkan juga dari segi duit atau/dan masa.
Tapi kadang-kadang bila datang mode yang cuba-cuba tu memang habis serabai blog ini dibuatnya. Saja nak ngetest. Bukan nak pakai terusss!

3 comments:

Cik Kumbang said...

sayangilah diri anda...kerana ia begitu berharga...eceh..mcm iklan kat TV pulak...hehehe...

em betul apa yg awk tulis tu...kita patut berbangga dengan diri kita kan...bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa...~
(^^,)

Jard The Great said...

hehe.. ku syg kamu jugak.. eh silap.. syg diriku

noorafzan.blogspot.com said...

cik kumbang..
haha..
boleh je layan iklan tb kat sini..
yup, sapa lagi nak sayang diri kita kalo bukan kita sendiri kan.
ehehe~

jard..
ahaha...
terharunya kamu sayang ku.
eh, silap.. sayang diri sendiri eh.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics