Followers

Tuesday, August 3, 2010

30 days of truth - Day 1 : Something you hate about yourself.

Blog ku ini blog bahasa melayu.
Tajuk je bahasa omputeh, tapi isinya tidak.
Ok, perkara yang anda benci berkenaan diri sendiri?

Killer question ini?
Rasanya soalan SPM pun tak sesusah ini.
haiihh..
kejap, nak godek-godek akal fikiran dan memori yang tak berapa kuat dah ini angkara makan msg tersembunyi banyak sangat.

Jujurnya mesti ada kan benda yang kita benci betul..dan ada juga yang kita bencinta.
Benci tapi cinta.
Benci tapi itulah diri kita yang sebenar.
Yang kita cuba bak ubah tapi tak berjaya.
Bila tak berjaya ubah tu yang jadi benci.
"Selemah-lemah iman ialah menegur dengan hati sesuatu kemungkaran."
Apa kaitannya, menegur dengan hati sesuatu kemungkaran = menentang dengan hati sesuatu yang kita rasa tak elok = membenci perkara yang kita benci.
Nampak tak kaitannya.
Ye lah, dah menegur dengan anggota (cuba berubah dengan bersungguh-sungguh)
dan juga perkataan ( cuba muhasabah diri sendiri dengan berkata-kata pasa diri supaya berubah)..
Tapi, tak berjaya juga.
Last choice ialah menegur dengan hati.
Dapat tak point yang cuba disampaikan?
Kalau tak dapat juga, buat-buat faham sahajalah.

ingat senang ke nak buat presentation!

Macam saya benda yang saya paling benci bila nak kena present depan orang.
Kalau nervous, gelabah ayam dan sebagainya itu memang lumrah alam la kan.
Ini siap secara automatik suara volume suara jadi kecil dan secara automatik mata dok pandang slide di belakang, bukan menghadap penonton.
Apakah? menci menci.
Sebab kadang-kadang dah well prepared pun tetap jadi macam itu.
The worst thing is suara tiba-tiba macam tersangkut. Tersekat sekejap.
Malunyaaa...
Dulu ambil course oral communication skills bagai tapi masalah ini totap tak selesai.
http://sandytasha.files.wordpress.com/2008/09/gatti2_002.jpg
comelnya kucing ni tidur

Lagi satu saya benci bila hari minggu, saya akan tidur banyak.
Memang hari minggu sahaja, secara auto saya akan tidur semula selepas subuh.
Macam orang mengantuk disorong tilam dan bantal empuk gitu.
Saya bagi contoh minggu lepas, saya tidur pukul 9.00 malam ( belum isyak).
Then, kunci jam pukul 4.30 pagi untuk solat Isyak (ada gak la ura2 nak solat tengah malam)
Tetapi, memang saya berjaya bangun pukul 4.30 pagi.
Tapi lepas Isyak terus tidur balik.
Then bangun subuh, lepas itu sambung lagi bantai tidur sampai pukul 9.00 pagi.
Cuba kira berapa jam saya tidur?
Hampir 12 jam.(banyaknya..)
Bangun-bangun sahaja kepala jadi ting tong sebab terlebih tidur.
alahaiiii...

Jard, ikut tema ke idak ni?
Memang dalam kepala dok kosong ni.
Bencilah bila idea tak ada semasa diperlukan.

Sumber gambar : pakcik google la..



11 comments:

Unknown said...

erm..ada darah gemuruh la ni...
haha...xpe2 rillek2

noorafzan.blogspot.com said...

haha..tu la pasal.

. said...

samalah.

Redbloodsnow said...

EEEE CUTE NAH ARR NYAU TUH TIDO. SIAP PELUK ANAKNYER LAK TUH. SEBIJIK CAM MUKE OLIN..HAHA

Sharinginfoz said...

hmmm apa ya benda yang dibenci.... rasanya suka jugak buat benda last minutes, kadang2 kot

noorafzan.blogspot.com said...

nizam..
gemuruh gak eh?
ahaha

zie..
ahaha..
memang suke tengok kucin titi..
tapi kalau depan mata sayalah nampak kucing camtu, saya terus kacau dia tak bagi tidur dah.
nakalnya saya.

cikpia said...

biasa la kalau kuat tdo..... (ha ha.... sebab haku pun sama...)

Anonymous said...

sm la lionteen....
pas subuh tito..
lg2 klau klas lmbat...
tito mmnjang...
haha

noorafzan.blogspot.com said...

sofia..
ahaha..
hujung minggu memang heaven kan..

lionteen..
time jadi student dulu mmg..
pantang kelas lambat je, mesti tidur lepas subuh.

Cik Kumbang said...

wah...match..seropa jew kita...huhu
paling xsuka juga bila kna present...
haish..nervous gilersss...
pastu sekarang nie bila masuk U slalu wat kija last minute...adoyai~

noorafzan.blogspot.com said...

cik kumbang..
ahaha..
rupanya ramai yang senasib dengan saya.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics