Followers

Tuesday, August 10, 2010

Memanglah bulan puasa datang sekali setahun tapi..

Tadi di petang yang damai sebelum maghrib, my sista call.

"Allo, macam mana ya nak niat puasa sebulan?"
Memang jenis tak ada mukadimah punya, terus serbu ke tajuk utama.

"Alamak, niat untuk esok (hari-hari) tu ingatlah, tapi sebulan punya ada beza sikit sahaja.
Lupa la."
Memang rasa macam terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi.
Macam manalah boleh lupa ni.

"Aku dah cari kat internet ni tapi yang keluar niat berbuka puasa. Niat berbuka aku ingat tapi niat berpuasa sebulan ini lupa daaa.."
Dia macam dah putus harap sahaja nak cari guna internet padahal dah depan matapun maklumat yang dia nak. Lagipun ku tak berada depan PC. Abang tengah melayan lagu apa entah di youtube.

"Bangpes tengah guna PC la. Ko try la cari lagi. Ada tu dalam page belakang-belakang."
Ku cuba minta dia usaha sikit cari lagi. Guna google search sahajapun.

"Haa..ada ni satu. Tapi macam kabur sikitlah."
Tiba-tiba dia macam teruja bersuara.

"Try baca sebab aku ingat-ingat lupa sahaja ni. Nak recall balik."

"Nawaitu Soumashahri romadhoona haazihissanati kullihi lillaahitaa'la"

Kakak saya baca sikit-sikit sebab dia kata kabur. Yang kullihi tu dia tak berapa nampak baris tapi ada huruf kaf, lam dan ha sahaja.

"haa..betullah tu"
Dah macam cikgu pula gayaku masa itu.

"Cepat pergi suruh diorang (family members lain) niat berpuasa. Nanti diorang lupa pula nak baca. Esok dah start puasa."
Macam biasa dia mengingatkan kami untuk berniat. Daripada sebelum berkahwin sampailah dah bunting inipun dia tak pernah lupa nak pesan berniat puasa.

Dan macam tajuk entry saya ni, saya nak cakap memanglah bulan puasa tu bukan datang selalu.
Sekali sahaja dalam setahun tapi janganlah lupa niat puasa.
Jangan puasa sebab ikut orang sahaja tapi berpuasalah dengan tulus ikhlas.
Tak lamapun. Sebulan sahaja.
Allah SWT dah bagi 11 bulan untuk kita enjoy tanpa perlu menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa especially makan minum tu la.
Sebulan tu terlalu sedikit sebenarnya dan dalam sebulan inilah bulan yang penuh rahmat.
Bulan inilah masa terbaik untuk kita melipatgandakan ibadah, kumpul pahala untuk memberatkan dacing amalan/pahala di samping meringankan dacing maksiat/dosa.

ok daa..
Selamat berpuasa semua.
Jangan buat-buat pelik pula esok bila tengok kedai makan semua tutup.
Dan jangan buat-buat terkejut pula bila begitu banyak bazar di sekeliling tempat tinggal anda.

7 comments:

manggosteen said...

niat bahasa melayu je..
senang..
hehe..

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
betul juga tu..
kemain beriya cari dalam tenet lafaz niat.

LiFe KaMi said...

Selamat berpuasa dr kami untuk anda sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..

noorafzan.blogspot.com said...

life kami..
thanks.
same goes to you.

fndrocka said...

Selamat berpuasa dan beramal jugak..

noorafzan.blogspot.com said...

fndrocka..
thanks =)

Aidy Shahiezad said...

selamat berpuasa...
salam ramadhan al-mubarak...

visit my latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/08/dah-puase-rupanya-weyh.html

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics