Followers

Monday, August 16, 2010

Ahad yang haru : Ramadhan 5

Hari Ahad sepatutnya hari yang tenang dan aman damai.
Tapi Ahad kali ini agaklah haru biru.
Sebabnya adalah..

Pertama,
Hari ni bangun sahur macam biasa.
tak ada yang pelik.
Tapi memang lepas itu tidur macam tak nak bangun sudah.
Pukul 9.50 pagi baru sedar.
huihhh..
(Bangun lewat bulan puasa ini. Rugi sebab lebih elok tidur tengahari. Masa itulah paling mencabar bagi yang berpuasa. Haru betul)

Kedua,
Bangun sahaja terus nak ON PC.
Nak main internetlah kononnya.
Blogpun tak update lagi untuk hari Ahad punya.
Sekarang memang tak ada masa lebih untuk buat scheduled post.
huhu~
Last-last tak update pape pun.
Mak ON TV, kutertengok TV.
Mula-mula tengok berita berkenaan Ribut di bazar Jasin di TV1.
Pasal bantuan yang diberikan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia sebanyak RM3000 setiap keluarga dan juga RM1000 kepada setiap orang yang cedera (18 orang kan)
Lepas itu terus melekat di TV.
Selamat tinggal blog dan FB.
Sampailah pukul 1.00 macam tu tiba-tiba mak tukar channel ke Astro Prima.
Ada cerita Indonesia, Benci Bilang Cinta yang berepisod tu.
Macam best pula.Kebetulan setiap episod 1 jam.
Dan ada 3 episod ditayang terus menerus daripada pukul 12.30 sampai 3.30.
Episod pertama tu memang kudah ketinggalan 30 minit.
Tapi episod 2 dan 3 itu memang saya tengok tanpa stop.

Tak cukup dengan itu, lepas habis episod yang ketiga tu sayapun terus cari di Youtube.
Memang adapun.
Sayapun terus buka episod terakhir iaitu episod ke 49 (
49 tuuu..tak larat nak tengok sekaligus).
Dengan mak sekali layan episod terakhir itu di youtube.

memang gilalah hari ini,
Tak pernah-pernah nak layan drama indonesia tapi hari ini boleh pula jadi haru sampai search cerita tu di internet.

Ketiga,
Lepas layan cerita itu sampai habis, saya tengok jam sudah pukul 4 lebih.
Dan tak semena-mena hujan pula turun lebat.
Siap dengan guruh semua.
Jadi TV dan PC semua saya OFF kan.
Bahaya!

Dan sekali lagilah saya rasa hari ni haru sebab saya tak berblog hari Ahad walaupun tak pergi ke mana-mana.
Apalah?

Keempat,
Bila dah jadi macam itu lebih baik saya pergi memasak.
Sebab tak lama lagipun masa untuk berbuka.
Sayapun siaplah potong daging, sayur, bawang merah, bawng putih, cili api, cili besar dll.
Masa nak masak itu tiba-tiba saya perasan yang kawasan luar rumah sudahpun banjir.
Siap sudah meresap masuk ke bahagian dapur.
Puas saya tutup segala lubang yang ada untuk elak air masuk tapi air tetap juga masuk.
Hairan bin pelik sebab hujan tak adalah lebat sangat tetapi banjir.
hmm...
Sudahnya saya memasak dalam banjir. Tak ke haru tuh?
huhu~

Kelima,
Hujan dah berhenti.
Dan biasanya air yang bertakung akan surut seiring dengan pengurangan titik-titik hujan.
Tapi peliknya hari Ahad itu sebab hujan dah berhenti tetapi air banjir still takat itu juga tingginya. Tak surut-surut.
Pelik tapi benar dan kami terpaksa berbuka puasa dengan dapur yang banjir.
Hoho..
Haru betullah.
Masa berbuka itu baru ayah bagitahu yang bukan rumah kami sahaja yang dilanda banjir, tapi satu lorong banjir.
Malah ada yang lagi teruk daripada kami.
Puncanya longkang tersumbat dengan batu-batu jalan akibat kerja-kerja penukaran batang paip bawah tanah di sini. Batu-batu jalan disumbat dalam longkang dengan sewenangnya. Mana tak banjirnya kalau pengaliran air tak lancar.

Lima perkara yang berlaku pada Ramadhan ke Lima ini buat hari Ahad saya lain daripada yang lain.
huhu~
Macam mana dengan hari Ahad anda?
Mesti hebatkan? Tak seharu Ahad saya.

19 comments:

Anonymous said...

mcm2 jd kan dlm masa sehari..
hehe

sbr yek...
bulan pose ni,byk la dugaan nye..

Unknown said...

hehe..dulu layan gak cerita tu..
tpi makin lama makin konflik..biasa la drama indon...dah habis dah sebenarnya kan??
tu siaran ulangan je kan??
skang ni cerita cinta kiraan plak kan??
ish3...semua thu...

Unknown said...

tgh rajin pot pet lah ni ek..panjang N3...dugaan di bulan puasa tu. sinetron tu akak tak minatlah tgk..

syok sggh tgk makanan kat apartment tu kan..

MiaSaidin said...

banjir?
banyak2 bersabar yee..

noorafzan.blogspot.com said...

lionteen..
tu la.
dalam sehari macam2 jadi.
ahad oh ahad..

mmg sabar dah tu.
=)

Azmi..
amboi, Azmipun laayn cite indonesia ye.
macam tak percaya sahaja.
haah itu ulangan sahaja.
kena tunggu next weekend la kalau nak layan pun cite tuh.
weekdays busy amat.

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina..
haha..
itulah.
tiba-tiba byk pula benda nak story..
kuikui.

ahaa..tu la.
meriah sangat sampai tak habis makan.


Salmia..
tu la.
tapi nasib baik banjir di bahagian dapur sahaja.
=)

Sharinginfoz said...

seronok dengar kisah2 bulan puasa

Kesalahan Bulan Ramadan

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz...
tu la.
macam2 kisah ada kan.
kisah lucu, sedih, gembira semua ada.
=)

seronok tulis.
seronok baca.

cik helena said...

mesti penat nak bersihkan kan afzan ..

noorafzan.blogspot.com said...

takpe, ada orang lain dah tolong bersihkan.
saya dah surrender sebab penat masak.
huhu~

cikpia said...

skang nie cuaca tak menentu kan??? sekejap panas, tetiba banjir.... sekejap redup tetiba puting beliung.... takut!!

lily lotus said...

shopping for raya! hihihii

noorafzan.blogspot.com said...

s.o.f.i.a..
huhu..
itulah.
takutt..

noorafzan.blogspot.com said...

lily lotus..
aha...
shopping raay.
ni baju raya pun tak ada lag ini.

dayah said...

HARI ke5 bln ramadhan, pegi ngaji tadarus, pegi kelas ustaz ishak din, layan tv melodi, skit ngemas dan masak, pegi bazzar......

noorafzan.blogspot.com said...

dayah..
wah2..
bagus2..=)

Faizalpj said...

sibuk betul dia

Faarihin said...

macam2 berlaku kat akak yer.. hari ahad saya biasa2 aje.. huhuhu.. (^__^)

noorafzan.blogspot.com said...

Pejay..
hoho..
tu la..


faarihin..
tu la.
tapi mmg hari tu je jadik camtu.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics