Followers

Wednesday, August 11, 2010

Merisik Khabar - Mari kita bantu mereka.

Kelmarin (Isnin), saya ada terbuka Astro Prima pukul 7.
Rupanya ada program ala-ala Bersamamu TV3 tetapi kali ini anjuran Astro dengan kerjasama TV3 dan juga Permanis Sandilands SB.
Rupanya hari tu ialah hari first program ini.
Dan program ini akan bersiaran setiap hari Isnin sehingga Rabu bermula minggu ini.

Aznil di konti Radio Era.

Masa itu saya dah ingat macam nak menyumbang jugalah tapi tak dinyatakan pula masa rancangan berlangsung cara untuk menyumbang kepada mereka.
Sehinggalah commercial break, baru saya tahu cara nak menderma ialah dengan membeli air Isotonik Revive atau Pepsi 1.5 liter (botol besar tu ye).
Setiap botol akan meyumbang sebanyak 10 sen kepada tabung program.

So, di bulan Ramadhan ini memang elok sangatlah kita meningkatkan amalan bersedekah jariah dan ini adalah salah satu caranya. Beli air sahaja sudah cukup bermakna buat mereka yang memerlukan.

Rancangan menarik ini pengantaranya ialah Aznil. Program ini juga diangkat daripada salah satu segmen di Radio Era yang dikendalikan Aznil. Menurut laporan, SMS yang diterima daripada pendengar dipilih dan ditapis sebelum divisualkan menerusi program ini.

So, kawan-kawan.
Mari kita sama-sama menonton program ini sementara menunggu waktu berbuka dan juga menyumbang kepada tabung program ini dengan membeli air Revive atau Pepsi 1.5 liter sebagai minuman untuk berbuka puasa.
(sekali sekala apa salahnya minum air bergas kan..ehehe~)

berita lanjut boleh rujuk Utusan online

9 comments:

cik helena said...

nak belilah :) boleh buat tambah tenaga bulan puasa di samping membantu :)

noorafzan.blogspot.com said...

jom cikhel..
=)

dayah said...

jom minum air isotonik revive, sis..event gb berbuka puasa ada ke nnt?

noorafzan.blogspot.com said...

jom..
sambil minum sambil derma kan.

entah le dayah.
kalau takde kita buat sendiri la.
apa kata?

darkbatman said...

bgs gak.. jom derma ramai2..

noorafzan.blogspot.com said...

Jom2.
aie minum revive or pepsi je buka posa nanti.
hehe~

Anonymous said...

Kalau dpt derma RM1 tanpa beli air lagilah puas hati..

fndrocka said...

Kalau dpt derma RM1 terus lg puas hati

noorafzan.blogspot.com said...

anonymous..
dan fndrocka..
asal sama je komen..
ahaa~

ok2..
memang betulpun.
tapi dah itu sahaja cara yang disarankan.
erm, ada sahaja yang guna SMS macam prog bersamamu tu.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics