Followers

Friday, August 6, 2010

Apa ada pada ribuan Followers kalau..

Hari ini saya rasa teruja sebab blog saya yang picisan ni dah ada 1000 follower..
Wow, macam tak percaya sahaja dah sebanyak ini.

Apapun sebab musabab anda klik butang follow blog saya ini saya hargai.
Dan kalau suatu hari yang tenang dan damai, tiba-tiba anda nak un follow blog sayapun tak apa, saya pasrah.
Pastinya saya sama seperti manusia-manusia lain (blogger-blogger lain yang punya kelemahan, cacat celanya dan juga sedar masa itu bukan milik kita..)

Bila sedar yang masa itu bukan milik kita.
Dan lebih dari itu bila saya sedar semua itu dipinjam sahaja daripadaNya yang Maha Berkuasa.
Secara automatik saya akan rasa macam kerdilnya diri ini.
Cuba kira berapa sangatlah ibadat yang kita kerjakan sebagai menghargai nikmat melimpah ruah yang Dia bagi.
Adalah setimpal?
Huhu..jauh sangat..Saya yakin nak capai 1% pun susah.
Biasalah, benda-benda positif ni memang mudah je dikalahkan benda-benda negatif bila kita tak cukup kuat.

Bila ingat itu semua saya mula rasa macam ada satu semangat.
Semangat untuk menjadi blogger yang berkualiti.
Yup, blogger yang tak mengejar trafik, mengejar duit, mengejar follower..
Tapi mengejar untuk hasilkan entry yang bermanfaat untuk semua.
Tak banyakpun sikitlah.

Bila kita tak kejar semua itu dengan terlalu kuat, kita akan rasa free..
Dan jika ada rezeki memang tak ke mana.
Still juga dapat trafik..
Still juga dapat duit..
Dan sekarang still juga ada yang sudi follow.
Sampai dah jadi 1001 orang.

Saya akui terlalu ramai yang follow sampai tak terkejar untuk ucapkan terima kasih kepada mereka seorang demi seorang kerana sudi follow blog saya yang serba daif ini.
So, di sini saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi jengah blog ini..
Terima kasih kepada yang drop comment di shoutbox..(yang ini kadang-kadang tak terkejar untuk BW balas)
Terima kasih kepada yang drop comment di blog post.. (yang ini memang sedaya upaya saya serang balas menjenguk blog mereka)
Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini sebagai silent readers..
Terima kasih kepada mereka-mereka yang 'like' entry saya..
Terima kasih kepada mereka yang follow saya..(yang ni terlalu ramai dan tak terkejar dah..takpe, saya akan cuba juga kejar kalau boleh..)
Terima kasih juga kepada nuffnang yang sudi menyumbangkan earning untuk blog saya ini.
Ingat nak cash out dalam hujung bulan 10..

Berbalik kepada tajuk, apa ada pada ribuan Followers kalau tidak follow dengan ikhlas =)
Dari dulu saya memang tekankan, konsep i follow u, u follow me itu sebenarnya tak beri manfaat jangka panjang pada blog. Nanti ramai follower tidur daripada yang aktif.

p/s : semalam tak sempat nak menyahut cabaran Day 3 Jard..Akan kuusahakan hari ini.

33 comments:

Anonymous said...

wah..
da rmai da...
mmg blog akak ni ramai peminatnye kan..
:)

i folo u,u folo me..da xley pakai da ayat tu..
huhu

cik helena said...

sama-sama..heheehe

CITY® said...

salam,

tahniah, hehehheeh cam hikayat 1001 malam dah,
semoga terus memberi manfaat pada semua. amin

baincardin said...

Salam Jumaat.

Mcm mana nak dpt kawalan malaikat? Jom kita hayati bersama! ^_^

Unknown said...

walaupun tiada paksaan, tp tetap ramai follower tidur dr aktif
huhuhuh.

x best betol la.

joegrimjow said...

lepas ni 2rbu plak
hoho

noorafzan.blogspot.com said...

lionteen..
peminat ramai tapi mungkin yang jenis tak aktif kot sebab tak semua followers tu jengha sini selalu.

cikhel..
haha..
suke2..=)

noorafzan.blogspot.com said...

Biru..
Tu la, saay capture semalam.
Pagi ni tengok ada lagi 2 pula.
jadi 1003..
thanks sudi follow.

baincardin..
salam jumaat yang barakah..
baik2..
=)

noorafzan.blogspot.com said...

Ery..
Betul juga tu..
Tapi saya pikir positif je.
maybe ada yang dah tak aktif ataupun ada yang jarang2 BW. Mungkin sebulan sekali je.
Tu yang macam tidur.

noorafzan.blogspot.com said...

joe..
ahaha..
2 ribu ka..?
Aaaaminn kan je..=)

Cik Kumbang said...

congrat...(^^,)

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com

. said...

"entri yang bermanfaat"
aku suka itu.

noorafzan.blogspot.com said...

cik kumbang..
thanks dear..=)

nizamsani..
dah klik butang like ke belum..
=)

nisa j ramli said...

ehehehe!
chaiyok2..
tulis blog and mantapkan lagi blog mesti lagi ramai follower. :)

Anonymous said...

chaiyok2.. :D

my recent post:
wanita.. adakah kamu berada dalam kecairan???

|| NaFiRaa || said...

wahhh.. 1000 dah!!! tahniah!

noorafzan.blogspot.com said...

ketingting..
thanks.
baiikk!!

zairie...
thanks =)

nafiraa..
thanks =)

cikpia said...

kalau blog best, tanpa I FOLLOW U U FOLLOW ME BACK pun takper...... berduyun tiba!!!!

noorafzan.blogspot.com said...

sofia..
haha..
ntah la..
lama2 ramai la kan.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

cOngrats :)

RedBoys said...
This comment has been removed by the author.
RedBoys said...

congrats ye.. jeles si dgn follower afzan..

Blog Picisan Saya

rhapsody LiN said...

akak mmg terbaik lah! vlog hebat,low profile n ayu je ;)

Nabiel said...

btui la afzan~
huhuhu..rmi yg pki konsep cmtuh..
jdinye nti blog tuh mti..
cm blog biel tuh~adehhh..
smua nk di follow blik..xphm~

SweetyMui2 said...

annoyed jugak kadang2 kan3?hee

fndrocka said...

Tahniah...moga dptbhasilkn entri2 yg hehbat

noorafzan.blogspot.com said...

miss lolly..
thanks dear =)

RedBoy..
Err..ape nak dejeleskan.
RedBoy pun boleh.

noorafzan.blogspot.com said...

Lin..
Uuuu..ayu tu yang tak tahan tu.
keh keh..
terima kasih eh atas pujian tu.
malu la.

Nabiel..
Ada je orang yng suh follow balik.
Tapi kita jangan la follow melulu.
tengok dulu blog tu okay ke tak.
Kita suka ke tak.
Kalau blog tu menarik, kita follow la.
kalau tak, kita jenguk2 sudah.
=)..

noorafzan.blogspot.com said...

SweetyMui2
yup.. kadang2 memang cam annoyed je bila disuruh follow balik.
Tapi, cool je la.
Sebab dorang takleh paksa jugakan.
=)

fndrocka
thanks ye..=)

Jard The Great said...

hehe.. aku pon tak terbuat hari ke 4 lagi

noorafzan.blogspot.com said...

jard..
ahaha...
ingatkan ku sorang je yang tercicir..
huhu~

Linglung said...

congrats derr! 1000 follower maknanya lu mmg mantap.

gua pun xboleh blah dgn konsep u follow i follow..apa gila main mcm tu? dapt sejuta follower pun gua tak heran la

noorafzan.blogspot.com said...

linglung..
betul bro..
konsep tu tak bagus.
baik biar dorang follow dengan ikhlas.
=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics