Followers

Friday, August 13, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Journey to KLCC

Masa yang dinantikan telah hampir tiba...
Kubelek jam di tangan dah pukul 4.00 petang..
45 minutes lagi masa untuk pulang.
Saya dah plan nak pergi park kereta berhampira LRT Universiti sebelum ambil train terus ke KLCC.
Ikut pada perkiraan memang jimat sebab tak perlu redah kesesakan, tak perlu masuk highway dan hanya perlu naik train terus ke KLCC dengan tambang RM1.60.

Tapi bila saya bagi tahu pada member office, dia mencadangkan saya drive ikut dia pergi Wangsa Maju parking di rumah dia dan dia akan hantar saya ke LRT Wangsa Maju.
Dia cakap ia lebih bagus.
Jadi, selepas ditimbang-timbang, disukat-sukat maka sayapun buat decision nak ikut plan dia.

Pukul 4.50 petang kamipun gerak.
Dia kata akan ikut DUKE dengan tol RM2.00 (sah2 terbang RM2.00 eden hari ini)
Memang saya rasa sedikit penat sebab memang jauhlah rupanya dia ulang alik daripada rumah dia ke office hari-hari.
Dekat pukul 6.00 baru sampai ke kawasan rumah dia.
Lepas park kereta diapun menghantar saya ke LRT Station.
Terharu bila bab2 ini sebab saya tahu dia extra penat tapi dia sanggup hantar.
Memang saya langsung tak fikir apa.
Cuma nak cepat sampai sahaja dan rasanya saya dah sumbat semua barang2 penting yang ada dalam jaket kerja masuk beg yang saya kendong sama untuk ke KLCC.

Nak jalan ke LRT daripada tempat member tu turunkanpun agak jauh.
Tapi meriahlah suasana di situ kan.
Saya terus beli tiket di kaunter ekspress. (yang ala-ala ATM Machine tu)
Huh..RM2.00 (Kalau naik dari UM cuma RM1.60)
Tapi saya tak kesalpun pasal itu sebab at least saya belajar jalan nak ke KL.
=)

Dah beli tiket terus naik LRT yang kebetulan ada masa saya di situ.
Bila sampai sahaja di Station KLCC, sayapun terus sahaja keluar.
Secara automatik, tangan akan menggagau kantong besar yang saya kendong untuk mencari telefon.
Cari punya cari tak jumpa.


"Eh, mana Blackberry eden ni?"
Ok, tipu saya tak pakai Blackberry.Henpon murah sahaja.
Lagipun dengar-dengar Blackberry under consideration untuk diharamkan ye? Atau beberapa aplikasinya yang akan diharamkan?

Henpon saya yang ini. w660i Sony Erricson.
Sekarang ini saya dah tak jumpa di kedai.
Mungkin model ni discont kot.
Aduhh..ni mesti tertinggal dalam jaket.
Ingat nak call Jard untuk tanya lokasi dia tapi apakan daya sebab henpon tak ada.
Memang mood terus sahaja lari hilang entah ke mana masa itu.

Gagau-gagau kocek jumpa syiling.
Satu nombor sahaja dalam kepala ni.
Number tunang.
(family punya ingat tapi tak sanggup nak susahkan hati mereka).

Jalan punya jalan jumpa satu telepon berhampiran toilet yang boleh pakai syiling.
Masukkan 80 sen dan terus dail number dia.
0.1.2.x.x.x.x.x.x.x....
Nada dering kedengaran nyaring dan saya mendengar suara dia menyambut call.
Saya cuba nak membalas tapi dia keep cakap "hello, hello"..
Sah telefon ini sudah bengong.
Satu lagi dugaan terjadi pula ni.
Saya cuba nak ambil balik balance syiling sebab saya tak dapat guna telefon itu kan.
Tapi telefon itu memang dah bengong secara keseluruhan sebab duitpun tak nak kuluar.
Semua butang yang saya tekan akan jadi redail termasuk 'letak gagang'
Setelah belasah tekan itu ini sambil hempas-hempas gagang, akhirnya duit syilingpun dapat dikutip balik.
Bila belek jam dah pukul 6.35 petang.
Event nuffnang kalau ikut tentative mula pukul 6.45 petang.

Misi diteruskan sambil-sambil cari mana The Apartment.
Apa pula jadi selepas itu?
Dapat ke saya call dia?
huhu~
Seksanya bila keseorangan tapi tak ada henfon.

p/s : pengajarannya jangan lupa bawa henfon. Jangan lupa!.. Sangat kucar kacir hidup bila tak ada henfon lagi-lagi keseorangan. Kalau ada teman, boleh pinjam henset.

Sumber gambar : macam biasa cilok google

15 comments:

aizatshafiq said...

mencabarnye...
baru je nak pegi bukak puase dekat the Apartment ye...
jumpe tak?...

meza said...

wah, dpt jugk invitation ke nf yeh. ala, bukn susah pn nk cari apartment tu. kt corner isetan je pun. ngeh3.

lain kali tnya aku. aku ni ibarat gps bergerak.

Jard The Great said...

ehehehe.. geram ai tak dpt nk kontek kamu

emieysandra said...

owh..akak dah bertunang,ehehe

~_^

noorafzan.blogspot.com said...

MX..
huhu..
memang amat mencabar kesabaran.

meza..
ahaha..
number ko pun ku tak hingat.
camne nak tanya.
(henpon tinggal daa..)

noorafzan.blogspot.com said...

jard..
huhu..
sangat2 minta maaf sebab tak sengaja.
memang terseksa masa tu.
sabar je la.

thanks ye jard.
sangat gembira dapat jumpa kamu lagi
n kredit henpon tu kira halal la yea.

noorafzan.blogspot.com said...

emiey..
Alhamdulillah.
dah 6 bulanpun.
=)

Unknown said...

woh mencabarnye afzan
sorang2 xde hp
mmg rase nak menanges ler

noorafzan.blogspot.com said...

ery..
huhu..
itulah.
memang pengalaman tu mengajar kita banyak benda.
pengalaman ni buat saya appreciate sangat kepentingan henfon.

violetless said...

lawak la cita pasal public phone yang kebengongan tuh..adeh2...

Faarihin said...

bila dah nak tiba waktu genting.. macam2 lah berlaku kan.. pastu kak afzan... apa jadi..

Unknown said...

salam..dugaan nak makan sedap tu...
mesti best kan makan kat situ..sedap-sedap..tak adalah rezeki akak kali ni.

joegrimjow said...

nak gambar nak gambar

noorafzan.blogspot.com said...

vio..
huhu..
memang kesian kan.
semuanya dok depend pada henfon je.
tanpa henfon macam masalah besar.

faarihin..
dah ada updatenya.
baca eh..=)

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina..
akak tak sempat apply eh?
ingat akakpun ada.
tapi, masalah semua hilang bila dapat jumpa bloggers n nuffnang staffs kelmarin.

joe..
dah update.
banyak kan gambar?
=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics