Followers

Sunday, August 8, 2010

30 Days of Truth - Day 04 : Something you have to forgive someone for.

Selepas menempuh hari-hari yang agak 'pack' sampai entry pun dah tak stabil di publish sesuka hati, tibalah masa yang di tunggu-tunggu.
Malam Ahad dah kena 'free' kan diri daripada aktiviti-aktiviti sebab esok dah kerja.

Ambil sedikit masa untuk membuat tugasan Jard bagi Hari ke 4.
Baik, bila kuselongkar balik entry pertama pasal cabaran ini, tajuk tugasan kali ini ialah macam tajuk entry ini tapi nak juga tapi balik di sini.
Ohh..rajinnya saya.
Something you have to forgive someone for.
Sebelum ini saya cakap kena maafkan diri sendiri bila buat silap.
Kali ini saya nak cakap kita kena juga maafkan orang lain tapi kena ada syaratnya.
Sayaratnya ialah orang itu minta maaf, meyesali perbuatan silapnya itu dan berjanji tidak akan melakukannya semula.
errr...sama tak dengan konsep taubat.
Taubat itupun sebenarnya meminta maaf cuma kita hanya bertaubat kepada Allah SWT.
Ya, kita meminta maaf kepada Allah SWT.
Kita kena/wajib meminta maaf iaitu bertaubat kepada Allah pada bila-bila masa sahaja sebab percayalah tanpa kita sedari setiap saat kita membuat kesilapan.
Manusia kan tak sempurna dan setiap hari mata, mulut, telinga, hati, fikiran, dan anggota kita yang lain akan melakukan kesalahan kepadanya.
Paling simple kita melengahkan solat padahal Allah SWT tak pernah sekalipun melengahkan pergerakan jantung kita walau sesaat.

Tapi bagaimana pula kalau orang tu tak minta maaf atas kesalahannya, atau mungkin juga tak sedar yang dia buat silap, atau mungkin juga dia sedar tapi malu nak minta maaf?
Bagi saya maafkan sahajalah mereka. Senang!
Jangan degil sangat sebab selagi kita simpan ia, selagi itulah kita akan rasa tak aman.
Bila kita maafkan orang, kita akan rasa lega.
Bak kata pakar motivasi kita Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, sebelum tidur setiap hari setkan dalam kepala supaya memaafkan semua orang supaya hati kita akan jadi tenang.

betul, memaafkan itu satu ketenangan

Berbalik kepada tajuk, apalah yang buat saya perlu maafkan seseorang ye?
Saya patut maafkan Si A yang pernah berbohong kepada saya menyatakan dia tidak akan masuk asrama SMKA dulu dan mengajak saya supaya turut menolak tawaran ke SMKA.
Sedang dia akhirnya pergi dan meninggalkan saya terus belajar di sekolah biasa.
Saya memang amat-amat sedih masa itu dan rasa dipermainkan olehnya tapi itu dulu.
Tapi bila saya fikirkan balik sekarang, saya patut maafkan dia.

Sebab apa saya perlu maafkan dia?
  1. Saya masih boleh berjaya dengan cemerlang di sekolah biasa dalam PMR. Walaupun agak terkilan sebab tak dapat belajar di SMKA. (Dulu amatlah berminat untuk belajar di sana)
  2. Saya memang tak patut masuk sekolah asrama masa menengah rendah sebab saya homesick. Saya pernah masuk asrama juga masa form 1 tapi hanya bertahan 2 minggu sebelum bertukar ke sekolah lama semula.
  3. Saya tetap mendapat pendidikan agama yang sempurna di sekolah biasa dan paling terkesan bila masuk Sekolah Teknik dan Matrikulasi. Alhamdulillah masih berpegang teguh pada rukun Iman dan rukun Islam.
  4. Saya memang dha ditakdirkan untuk melalui fasa hidup seperti aturan Allah SWT. Bermula dengan sekolah biasa --> sekolah teknik(perakaunan) --> matrikulasi (sains fizikal) --> degree (Engineering). Jangan ditanya kenapa berbeza sangat antara course di sekolah teknik dengan matrik.
  5. Kawanku itupun sama juga pengakhirannya cuma sebab dia study di UIA, maka matrikulasi ia ambil 2 tahun (saya srtahun sahaja). Dia grad setahun lewat daripadaku.
  6. Disebabkan dia jugalah ku jadi Engineer dan memang kuminat bidang engineering rupanya.
  7. Ok, yang ini paling takbulehbelah.. kalau tak sebab dia juga, tak adalah kubertemu dengan cinta hati sekarang ini. Kami jumpa masa 1st year degree. haha~
Orait, tiba-tiba macam happy sahaja maafkan orang kan?
Sebab setiap kesalahan yang orang lakukan pada kita kadang-kadang bersebab dan tanpa kita sedar ia adalah aturan yang terbaik untuk kita.
Jadi, sentiasalah memaafkan kalau ada orang yang buat salah/silap pada kita.
cheers~

19 comments:

Sharinginfoz said...

penting maafkan org kan

noorafzan.blogspot.com said...

yup, betul2 penting.

[.ika itu aku.] said...

nk ugkap kata2 maaf mmg mudah, nk memaafkn juga blh jd mudah, tp utk melupakn tu yg kdg pyh....~

noorafzan.blogspot.com said...

ika.
haha..
betul juga tu.
tapi at least kita dah lepaskan sikit beban dan kita akan rasa tenang walaupun bukan 100%.
=)

[.ika itu aku.] said...

yg plg pnting ikhlskn dr..
ble dh maafkn org kte maafkn dr sndr gak =)
peace..huhu

noorafzan.blogspot.com said...

ika..
haha..
betul..
ianya berkait sebenarnya.

Mario said...

ni apa ni?contest ke hape?hehe ketinggalan betul ni...hehe

Mario said...

ni apa ni?contest ke hape?hehe ketinggalan betul ni...hehe

noorafzan.blogspot.com said...

mario..
ni bukan contest.
entry duke2..
sahut cabaran jard buat 30 entry ikut tajuk yang dia bagi.
=)

interesting.
at least ada idea untuk update blog.

hamzah ian said...

betol2.. pose pun dah dekat ni..

noorafzan.blogspot.com said...

hamzah..
ahaha..
saling2lah bermaafan sempena posa n raya nanti.

dayah said...

sy sedang belajar memaafkan sahabat jgk. kawan mkn kawan mmg perit rasanya perlu ditelan tuk memori lampau dlu. sedih dan kenyataan. hidup masih pjg, apa salahnya kita maaf bermaafan dan sterusnya bbuat baik ngan hilang dosa yg lepas~

noorafzan.blogspot.com said...

dayah..
hmm..
betul2..
tapi kita kadang2 patut berterima kasih juga kepada mereka sebab buat kita sedar erti persahabatan sebenar =)
rite or not?

cikpia said...

ada kemanisan dalam kemaafan.....

noorafzan.blogspot.com said...

sofia..
ahaha..
betul tu..
=)

meoafzan said...

maafkan...

jgn gaduh2..

Unknown said...

ooo pernah gak duduk asrama kejap ek..tak tahan nak balik umah semula..home sicklah tu kan

noorafzan.blogspot.com said...

meoafzan..
baiklah saya tak gaduh.

kak ina..
hehe..
malulah saya sebab rasa cam manja sangat je.

rehtomelgnis said...

terima kasih "simple me" kerana meengingatkan kita semua..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics