Followers

Saturday, August 7, 2010

30 days of truth - Day 3 : Something you have to forgive yourself for.

Tajuk ketiga ini memang take time untuk dimulakan apatahlagi disudahkan.
2 malam berfikir secara kritis untuk kerah idea.
Ermm..

Something you have to forgive yourself for.
Apakah benda yang buatku kena maafkan diri sendiri?
Geleng kepala beberapa jam sebab tak jumpa.
*kenapa susah sangat nak ingat ni?*
Bercerita pasal benda yang kita perlu maafkan diri sendiri bagi saya kita memang perlu memaafkan diri sendiri bila kita sedar kita buat silap dan berusaha untuk membaiki kesilapan yang kita lakukan.
Tak banyak bezanya dengan memafkan orang lain tapi bukan senang kita nak mengakui kesilapan diri sendiri kan.
Malah ada juga orang yang rasa dirinyaperfect dan tidak pernah buat salah.
Itu pandangan yang silap sebab kita sebagai manusia tak perfect. Hanya Dia sahaja yang perfect segala.

**********************************************************
Ok, dah dapat idea..
Saya rasa benda ini bukan saya sahaja yang patut maafkan diri saya tapi orang lainpun patut maafkan saya juga.
Sebab saya punya masalah untuk meng'explore' jalan-jalan yang sepatutnya saya perlu tahu.
Dan ini amat menyusahkan saya sendiri sebenarnya.
Contohnya, sampai sekarang saya tak tahu jalan nak ke rumah tunang.
OMG, perlukah saya memaafkan diri sendiri sebab tak tahu/tak ambil tahu sebab sudah banyak kali dia bawa saya ke sana tapi still lupa sebab dia yang drive?
Maafkanlah saya ini.
Contoh lain ialah sudah lebih setahun saya drive sendiri pergi kerja balik kerja PJ-Puchong tapi saya tak tahu langsung selok belok jalan di PJ melainkan jalan-jalan penting untuk pergi-balik kerja.
Ok la, up sikit sebab tahu jalan nak pergi OU dan UM (Itupun satu jalan sahaja tahu).

takut weh kalau sesat!

Yang lain tu memang tak tahu langsung. Boleh sesat kot.
*kiranya bila terpaksa barulah explore*

Satu lagi perkara yang perlu saya maafkan diri saya ialah saya amat jarang bersosial dengan rakan-rakan.
Yup, hidup saya sehari-hari hanya pergi kerja balik kerja.
Dan hujung minggu sahaja ada masa untuk keluar. Tapi amatlah jarang.
Banyak aktiviti bersama family dan juga denga tunang (itupun semingggu sekali je kot).
Sampai ada seorang kawan saya yang menegur bila saya tak nak pergi makan2 dengan dia lepas waktu office tamat.
Sebab sebenarnya rasa berat nak join aktiviti lepas waktu kerja ialah saya tak nak tempuh kesesakan luar biasa untuk balik rumah pada hari-hari bekerja.
Kalau saya balik tepat 5.30petang memang jalan tak sesak sangat tapi bila lambat sedikit, kesesakan mula berlaku lagi-lagi bila kena lalu depan sekolah (bukan 1 tapi 2 sekolah tu).
Itulah juga satu sebab saya tak explore jalan.
Maklumlah di rumah semua orang lebih pandai drive daripada saya.
Saya tak pernah drive kalau pergi family vacation sebab saya paling 'bongsu' dapat lesen memandu. Saya seorang sahaja di rumah masih berpelekat P di kereta tu.

Ok la..
Itu sahaja kot setakat ini benda yang saya kena maafkan diri sendiri dan orang lainpun terpaksa juga maafkan saya disebabkan itu.
huhu~

p/s : bulan puasa ini nanti boleh balik awal. 4.45 petang boleh cabut pergi bazar. =)

13 comments:

Nadiene said...

kak, kadang2 bersosial itu perlu.. dapat rileks dan hilang tensen...

Sharinginfoz said...

maaf tu penting kat diri sendiri pun boleh aja tapi kekadang benda yang tak sepatutnya kita buat kan

intanurulfateha said...

hee betul komen dkt atas neh
sokong! ;))

cikpia said...

me pun buta jalan gak.... he he..... sian kat diri sendirik!!!

meo188 said...

gudmorninh cik afzan! :D

Sofie Sofiah said...

afzan...kite same dlm most of the situation,except bersosial ngan tunang... *T_T, xde lagi...*

noorafzan.blogspot.com said...

fiD..
Haha..
itulah sekarang ni dah mula nak bersosial dengan kawan2.
dah ada perubahan sikit la.

sharinginfoz..
itulah.
bila yang teruk tu yang payah sikit nak forgive diri kita.

noorafzan.blogspot.com said...

intan..
ahaha..
setuju jerp.

sofia..
haha..
ada juga rupanya sekapal..

noorafzan.blogspot.com said...

meo..
monink..
=)

sofiah..
haha..
bersosial dengan tunang?
ehehe..
nanti ada la tuh..=)

CITY® said...

salam,
hehehheeh n3 yg menarik
betul betul
kena maafkan diri sendiri dulu
baru mampu maafkan org lain
kerana selagi kita tak maafkan diri sendiri, benda2 lain tetap kekal menghantui dalam diri...

akak pun dah belajar maafkan diri
so, dah maafkan org lain juga
aman damai jer kan
heheheh...

Anna Boleyn said...

salam..

betul2..dlm hidup ni kita kena belajar maafkan diri sendiri. :) btw, keje kat PJ ek. syeksen bape?

p/s: jom baca entry MTV Worldstage jom. :)

noorafzan.blogspot.com said...

hana..
yup, betul tuh..
keje kat jalan 223..yang dekat dengan benteng and Amway.
tahu tak?

noorafzan.blogspot.com said...

biru..
yup, rasa cam lapang sangat bila kita dah free kan diri kita daripada perasaan bersalah.
dan juga bila kita free kan orang lain daripada rasa bersalah.
=)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics