Followers

Tuesday, August 10, 2010

Tips penting mengenal lelaki jahat!

Siapa pernah couple atau merancang untuk couple kena take note dengan perkara ini.
Lagi-lagi bagi mereka yang couple dengan rakan sendiri di mana kawan anda adalah kawan si dia juga.

Ini bukan pengalaman saya tapi pengalaman orang lain yang saya rasa patut dikongsikan untuk diambil pengajaran oleh rakan-rakan lain.
Bukan semua lelaki (mungkin hanya satu dalam sejuta) yang begini perangainya tapi awas jika si dia jumpa dan dingorat oleh lelaki sebegini eloklah si dia itu menolaknya secara baik.
Kenali dulu hati budi lelaki itu dulu sebelum menerimanya sebagai kekasih hati sebab si dia mungkin akan rasa menyesal bila dah terima lelaki itu nanti.

Sebenarnya tak susah untuk mengenal lelaki begini.
Tapi ketahuilah lelaki sebegini jika inginkan si dia, memang akan jadi lelaki paling romantik di dunia yang kita jumpa tapi dalam masa yang sama mengongkong serta membataskan pergaulan perempuan itu bila sudah jadi kekasih hati.
Maknanya di sini, once dah terjebak, maka terlalu sukar untuk lepas.

Ada 4 ciri-ciri yang saya nampak iaitu;
  1. Lelaki ini bila bersama kita, dia akan bercerita keburukan-keburukan kawan-kawan especially kawan-kawan lelaki yang si dia kenali supaya si dia menanam rasa tak suka atau paling teruk benci pada kawan-kawannya.Sekaligus dia dapat mendominasi si dianya itu.Yup, betul-betul mendominasi si dia sehingga apa sahaja yang dikatakan lelaki itu dipercayainya.
  2. Lelaki ini sangat tidak suka si dia bergaul dengan orang lain yang termasuk rakan-rakan perempuannya. Bila si dia tidak mengikut permintaannya, dia akan menuduh si dia terpengaruh dengan rakan-rakan si dia itu padahal itu semua hanyalah tuduhan semata-mata. Sedangkan rakan-rakan si dia tak pernah memberi apa-apa pengaruh tak baikpun. Malah tak pernah tahu masalah si diapun. (sebab tak pernah diceritakan)
  3. Bila si dia merajuk, lelaki ini memang pandai memujuk dan mencairkan hari si dia dengan kata-kata manisnya. Lelaki sebegini sememang amat berbakat menjadi 'pelakon terbaik' sebab dia memang baik depan orang yang dikutuknya padahal dibelakang orang itu, tak tahulah berapa bakul agaknya kutukan yang dilemparkan. Sebenarnya tak sangkapun wujud lelaki sebegini sebab biasanya kita dengar perempuan sahaja yang cenderung untuk act macam itu.
  4. Ciri ini yang paling takbulehbelah iaitu sangat dan amat kuat cemburu dengan si dia sehinggakan bila si dia berjumpa dengan kawan baik perempuan (yang dikenali sebelum si dia megenal si lelaki) pun, dia mengamuk dan2 tu juga. Tak salah untuk cemburu sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi kalau dah kronik macam gini, fikir-fikirkanlah kesannya.
Ciri-ciri ini kalau ada pada lelaki yang anda kenali, better jauhkanlah diri sebab umpama menempah bencana kepada diri sendiri sahaja. Tak percaya?. Kesannya amatlah besar kepada 'si dia' itu tapi apa yang buat dia bernasib baik ialah dia 'sedar' sebelum berkahwin. Kalau dah kahwin, memang meranalah. Kamu boleh didominasi oleh lelaki sebegini bertahun-tahun sebelum anda sedar yang anda telah masuk masuk kandang harimau. Ngeri seyh!

14 comments:

Unknown said...

kalau nak jeles dgn lelaki logik lah kot kan.
tp kalo dgn kwn pompuan pon nak jeles? aishhh. rimas!
hohoho

saya_arief said...

aku adalah lelaki..
yang xpernah ....
haha...sekali lupe da lirik lagu tuu..
:p

noorafzan.blogspot.com said...

ery farieha..
haa,itulah pasal.
kalau jumpa spesis camni, eloklah dielak.
huhu~

saya_arief..
keh2..
dan2 nak nyanyi eh..
jangan jadi cam lelaki dalam ni k.

Tieah Madian said...

Nice sharing..
Hehe..

Nur Suaidah Bachok said...

OMO!! scary jeee :) sebaik ah kite tak pernah jumpa lg cmni. hehehe

fndrocka said...

Kalau ada lelaki camtu..dia memang betul2 JAHAT.haha

noorafzan.blogspot.com said...

d_tieah..
thanks =)

achu..
sayapun rasa scary gak.
huhu~

fndrocka..
memang ada.
tak sangka kan ada lelaki sebegini.

Mama Zharfan said...

wah..impressed nya me bila tgk blog ni ramai giller followers :)

salam ziarah dari nottingham UK

feel free to visit my lil blog CLICK HERE!

Hazzy Ishak said...

setuju dgn ery,
tinggal dalam gua la kalau gitu
heee

noorafzan.blogspot.com said...

mama zhafran..

err..
tq mama zhafran..
malu lak.

hazzy..
kelawarpun tak nak kawan agaknya kalau begitu sikap.

yott said...

erkk..ssh la hidup nnti kalau mcm tu kan..

noorafzan.blogspot.com said...

yott..
tu la..
selagi tak berubah, memang sukarlah nak betul2 bahagia.

Nadia Abdullah said...

sy penah je jmpa org mcm 2...bf kwn sy..mak aihhh die nyer tahap control x bo blah...cian kwn sy 2..nk kuar ngn sy pon diorg jenuh gaduh..mmg sakit ah laki 2..paling xtahan sekali...ms membe sy ngh beratur kt atm machine nk kuarkan uet..tb2 bf die naik angin...die tarik tgn kwn sy dr barisan 2 n terus marah2...kwn sy ckp die malu sgt ngn org sekeliling (dh le gaduh mcm bdk2)..nk tau punca bf die marah2...sbb die ckp kwn sy gatal sengaja baris rapat2 ngn laki..mak aihhh..akhirnya..diorg break sbb membe sy xtahan nk layan pangai buruk laki 2

noorafzan.blogspot.com said...

huhu..
lebih kurang camtu la kot.
benda2 camtu pun dia nak jeles kan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics