Followers

Monday, August 16, 2010

Buka Puasa with Nuffnang Session 2010 : Makan-makan bermula

Lepas semua orang dah sampai, kami memang tak ada buat proper sesi taaruf..
Siapa nak kenal semua orang kenalah bangun dan pergi ke setiap orang untuk beramah mesra.
Dan saya nampak Redmummy memang terbaik sebab dia bangun dan pergi ke setiap orang sambil berkenalan dan ambil gambar.
Kagum sangat sebab dia glamour tapi sangat peramah dan down to earth.
Mungkin inilah petua dia jadi bloggers terkenal.
Friendly dengan semua orang.

Tak lama selepas itu Robb minta kami semua turun untuk ambil makanan sebab 10 minit lagi azan akan berkumandang menandakan buka puasa.
So, kamipun turun.
Punyalah rambang mata sebab terlalu banyak makanan yang disediakan.
Mula-mula saya dengan Jard ke bahagian pencuci mulut.
Ambil sedikit kuih muih seterusnya pergi ambil makanan berat.
Ada 2 pilihan nasi iaitu nasi putih dan nasi hujan panas.
Dah tentu-tentu saay ambil nasi putih kan.
hehe~

Nampak pula spageti, terus ambil sesenduk masuk pinggang.
Lauk-lauk pula saya pilih daging masak lemak (rasanya la)..
Ayam warna kuah dia putih (tak tahulah apa jenis)..
Ikan bawal, Sayur Pak Choy, Kerabu Mangga dan Itik Goreng.
Wah2..
Memang penuh pinggan sampai dah tak nampak nasi.
Tak percaya? Tengoklah sendiri pinggan saya.

Inilah muka-muka ceria masa nak tunggu saat-saat berbuka.
Nyum2..
Jard tersenyum sahaja. Maklumlah tak lama lagi dah boleh makan kan.
hehe~
Pelik sebab Norfa dan Jestina tak ambil lagi makanan.
Tidak laparkah?
Kelihatan Anakperak menatang pinggan denan gaya yang sopan.
haha~
Robb sudah minum? ahaha..
Jai dah tak sabar nampaknya. Merenung tajam ke pinggan macam nak tembus sahaja rasanya.
=)
Masa berbuka puasapun tiba.
Dan Izad telah diberi kepercayaan untuk baca doa berbuka.
Tapi dibantainya baca doa makan sahaja.
hehe~
Last-last kami baca doa berbuka sendiri-sendiri sahaja.
huu~

Rina pun tak makan juga.
Diet kah?

Jard dah mula makan kurma.
Sunnah tu sunnah. Elok didahulukan makan kurma semasa berbuka kan.

Masa mula makan semua kusyuk termasuklah saya.
So, tak ada siapa nak ambil gambar.

Cuma bila tengah makan tu saya terlintas nak ambil gambar kenangan button nuffnang, tisu dengan lambang The Apartment dan pinggan nasi saya.

Saya memang tinggalkan pinggan yang masih berisi untuk pergi solat di Masjid KLCC.
Saya siap pesan supaya tak angkut pinggan itu.
Sebabnya saya tak sempat nak rasa daging itik itu lgi gara-gara perut penuh.

Tapi, balik sahaja daripada solat, pinggan dah hilang.
Sob2..tak daptlah saya merasa daging itik.
Teringin juga sebenarnya tapi "apakan daya tangan tak sampai".

Sesi makan memang dah tamat tapi event belum tamat ye.
Masih ada lagi benda menarik yang saya nak share.
mungkin di next episode ok.
hehe~


p/s : selamat berbuka =)

17 comments:

Unknown said...

wah2..mmg masyuk la makanan dia..
nyesal xpegi...
tgk afzan mknan sampai penuh 1 pinggan

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
haha..
tu la..
orang lain boleh makan 2,3 round.
saya satu round dah tak larat dah.
huhu~

cikCOKLET:) said...

bestnya!! teringin sngt3 nk join mjlis berbuka nufnag nie...tsk tsk.
bte..salam ramadhan :)

Mohd Sukur Ibrahim said...

best makanan kt situ?boleh try nnti..harga pun mcm boleh tahan..

noorafzan.blogspot.com said...

cikCOKELAT..
tahun ni dia buka pada 15 orang.
mmg nasib sahajalah siapa yang terpilih.


sukur..
makanan dia mmg ok dan byk pilihan.
berbaloi la dengan harganya.
=)

tehr said...

selamat berbuka
orang jauh tak dapat la nak pergi...
tumpang seronok je
hehehehe

noorafzan.blogspot.com said...

tehr..
tu la..
awak jauh kat kelantan kan.
tq ye tehr

Chaon Cornerz said...

wahhh.. terpilih tue.. congrats..

YuSeNzE - KniGhT said...

sedap3.. ada tapau bwk balik x?? hahha.. bila nak anjur edisi bersama blogger2 x popular macam yus, chaon ngan jijan pulak?? ekekeke..

azizan4444 said...

org2 kuat nuffnang semua ni..mls nak msk campur ..kah3...eh mmg best berbukak dgn blogger lain.huhu..rase nak joun jgk.ekeke

Sumijelly said...

perghhh................
br nak tinggal jejak..hik3

itik panggang tu sedpa ker??
dernag kata mcm makan ayam kampung...
errk..... Adik kak sumi makan itik tu...
dia kata sedap...hik3....


Sumijelly.com

Jard The Great said...

patutnya leh makan lagi lepas balik dari solat kan? ehehe

noorafzan.blogspot.com said...

chaon..
tq =)

yusenze..
jumpa blogger femes.
tapi diri sendiri tak femespun.
kuikui.
bukan joe nak anjurkan buka puasa GB ke? pi check blog dia.

noorafzan.blogspot.com said...

azizan..
mmg ramai la orang2 kuat nuffnang yang hadir malam tu.
meriah.
tapikan menurut nuffnang dorang open event tu untuk yang tak penah join event nuffnang tapi ada yang last minute cancel. tu yang panggil blogger2 femes tuk replace.
sebab dorang confirm2 buleh datang.

noorafzan.blogspot.com said...

sumi..
wahh..
thanks ye tinggal jejak kaki kat sini.
terharu.

oo..ye ker?
rugi pula tak dapat rasa.
huhu~
ayam kampung pun sedap..
ehehe~

noorafzan.blogspot.com said...

jard..

tu la pasal.
tapi malas ar nak turun.
kalau kat same level dah lama dah saya pi ambil lagi makanan.

Faarihin said...

wah.. rugi lah kak tak abeskan semua.. huhuhu..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics