Followers

Monday, August 2, 2010

Journey to Pantai Timur~ singgah RNR pula.

Ahaha..
Teka teki sudah tamat ye.
betul..kami berhenti di Gambang.

Masa itu da pukul 12.00 kaalu tak silap.
Terus ayah minta orderkan air teh tarik.
Mak pula nak makan nasi lemak.
Adeh, dah pukul 12.00 mana mahu cari nasi lemak?
(tapi tu saya cakap dalam hati, realitinya saya angguk sahaja)
Teh tarik wajiblah untuk dia.

So, benda pertama yang saya cari of course la nasi lemak.
Melilau sahaja mata mencari kalau-kalau ada bungkusan nasi lemak di rak kedai makan.
At last jumpa juga satu kedai, memang ngam2 sebungkus sahaja yang tinggal.
Dia ada jual juga laksa penang, mee kari dan nasi ayam.
Tiba-tiba saya teringin pula nak makan laksa penang.
Sayapun order laksa itu dan ambil nasi lemak sebungkus.
Guess berapa harga saay kena bayar?
Seriously saya tergamam jugalah.
Err..bukan mahal tapi murah.
Dia kata nasi lemak RM1.50.
Total saya kena bayar RM3.00.
Murah betul harganya.
Harga makanan di RNR kan selalunya mahal-mahal.
Laksa itu paling komanpun kena RM2.50 kalau kat tempat lain.
Nasi lemak tu rate normal rasanya sebab diapun tolong jualkan orang punya sahaja.

Lepas itu, baru saya beli air teh tarik 3 gelas.
Dan harganyapun murah. RM1 segelas.
Macam bukan harga di RNR rasanya,
Gelaspun boleh tahan besarnya.
Sempat juga saya beli rempeyek bilis buat kudapan masa dalam kereta nanti.
Sayapun terus menjamah laksa penang itu.
Sedap walaupun harganya murah.
Tengok, sampai licin saya makan.
Abang saya tak nak join makan.
Katanya nak diet padahal sebenarnya mahu habiskan nasi goreng ayah dalam kereta.
Sempat lagi pakai spek hitam nak bergaya dengan kereta kesayangan dia ini.
Ok, kami dah nak gerak semula selepas berehat di RNR.
Perjalanan selepas tengaharipun bermula.
Masa ini jam sudah hampir pukul 1.

Jauh lagi kampung.
lepas keluar tol Jabor kena ikut jalan kampung pula.

13 comments:

Redbloodsnow said...

KOPOM NANGIS MAKANAN TUH. TU PASAL LER SAMPAI HABIS LICIN TUH KAN :d

cik helena said...

kamuuuuuuuuuuuuuuu rindu tak rindu tak?hahahaa!

noorafzan.blogspot.com said...

zie..
tu la pasal sis..
mmg nangis =)

noorafzan.blogspot.com said...

cikhel..
owh..rindu sangat..

.::Ge3bJiB::. said...

bkn RnR harga ikut market ke...?
bentong tk la mahal mane mknn nye kan...same goes to any RnR along the way...

tp kalau RnR temerloh, almost evry food stall situ ade jual nasi lemak..hehe...tak kira pagi atau malam...and gulai tempoyak ikan patin...sedapnye~~~

Kujie said...

Kak Jie pun baru lalu Gambang, jumaat malam p Kuantan...balik ikut jalan lama, saja tak nak lalu highway....pekena durian tepi jalan kat Temerloh

moga murah rezeki penjual tu kerana telah memuaskan hati seseorang

gnesop said...

kat pantai timur mmg makanan murah.. kalau belah2 kampung, mmg cam tak percaya harga :)

noorafzan.blogspot.com said...

geebjib..
tu la..
patutnya harganya samalah kan.
tapi ini lain pula regenya..

tu la..
tapi kat gambang tu tak banyak la..
maybe stok takde kot.

noorafzan.blogspot.com said...

kujie..

oo..pi kuantan.
durian memang kena nikmati sebelum puasa bermula..
kang kempunan pula kan.

tu la, moga murah rezki dia nanti =)

noorafzan.blogspot.com said...

sob.
yup, betul2..
nasi minyak, nasi dagang, semua ada jual singgit sebungkus.
walaupun kecik tapi berbaloi.

Jard The Great said...

tak pandai teka-teki dan fail geografi..ehehehe

Jard The Great said...

noorafzan!!! buatla 30 days of truth tuu!!!
plsssss.. plssssssss...

hehehe

noorafzan.blogspot.com said...

Jard..
ahaha..
tipula fail geografi..
hehe~

oo.kena gak eh..
jap2 pikir idea sat..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics