Followers

Thursday, August 5, 2010

Khasiat Budu~

Siapa tak pernah kenal budu? Isk2, bukan orang Malaysia lah kalau tak tahu budu tu apa kan.
Padahal budu ini dah jadi macam makanan ruji lagi-lagi bagi orang-orang di Pantai Timur.
Dulu memang famous di sana sahaja tapi sekarang bukan setakat dalam Malaysia yang kenal budu.
Orang luarpun dah mula kenal dan siap membuat kajian berkenaan budu serta khasiatnya.

Saya dah 25 tahun lebih hidup di Malaysia dan memang dari kecil kenal budu.
Tapi masa itu saya tak suka budu. Cubapun tak hingin sebab baunya yang errrmm..(paham2 sahajalah kan)
Tapi masa balik kampung hujung bulan lepas, saya beranikan diri mencuba.
Dan, sekali cuba memang rasa nak lagi.
Sedap rupanya budu ini ye.huhu..
Rugi dah 25 tahun sebab tak menikmati rezeki yang Allah bagi ini.
huhu..


Jom, kita check it out apa rahsia budu.
Antara kelebihan makan budu yang menarik hati saya ialah;

1) budu ada gluthaione sebagai antioksida, mengeluarkan toksin tak baik dan meningkatkan imunisasi tubuh di samping halang kanser(terutama barah payudara).

2) budu menghalang proses penuaan (ke melambatkan eh?)

3) budu dapat mencegah sakit kencing manis (err..nape mak eden tetap kena walaupun suka makan budu eh?) dan koroner jantung (samalah dengan sakit jantung kan?).

4) budu juga ada anti bakteria penyebab cirit birit dan hipertensi (boleh atasi rasa tension eh?)

5) budu meransang sel-sel otak dan mengukuh ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah secara tak langsung meningkatkan IQ seseorang. ( patutlah orang kelate ramai bijok2)

Ada banyak lagi tapi eloklah pergi baca sendiri sebab saya hanya mengemukakan point-point yang saya tertarik hati.
Rugilah sepanjang hidup saya selama 25 tahun lalu sebab tak suka budu (padahal takut nak mencuba). Baru sekarang nak mula makan. Haihh..



Budu Cap Ketereh ni memang sedap.
Ada kat umah saya.

13 comments:

Unknown said...

I'm a budu lover...ahaks
wah baru raso budu ko
hahaha

Unknown said...

tau budu
tp x penah makan pon
hohohoh

noorafzan.blogspot.com said...

Miro..
ahaha..
budu cap ketereh tu memang superb la.
budu lovers ada cuba kah yang itu?

ery..
tak penah makan?
isk2, rugi tak cuba.
baik tuk kesihatan tuh.

NAZ said...

erkkk cam tak caya je haha

hamzah ian said...

sakit tekak la.. masin..

Unknown said...

i'm lovin it!!!
makanan feveret tu....sy ore klate..jadi meme minta makan budu...

nurayunni said...

budu mmg best..

noorafzan.blogspot.com said...

naz..
tak percaya tapi tulah kenyataannya..
cepat pegi cari budu naz.
ahaha~

hamzah..
uhuu..
bukan semua budu masin oo.
yang kat atas ni sedap.

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
wah..
budu lover eh?
apa eh jenama budu yang sedap selain cap ketereh ni eh?

noorafzan.blogspot.com said...

nurayunni..
ahaha..
awakpun suke busu eh..
jom geng..

cik nur said...

mkn dengan sup ayam sedap
tak pn singgang huhh mmg mkn berpinggan-pinggan la jwpn nyer..

yahaya said...

cap ketereh mmg sedap..

noorafzan.blogspot.com said...

cik nur..
betul.
singgang dah la senang je nak masak.
memang sedap.

yahaya..
betul kan.
nasib baik ada bekalan tuk bulan posa.
haha~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics