Followers

Saturday, August 7, 2010

Adakah kita dah bersedia untuk mati?



Kematian itu adalah pasti.
Ada sesiapa yang tidak percaya dia akan mati bila-bila masa sahaja daripada sekarang?
Manusia yang hidup semuanya akan berakhir dengan mati.
Dan kematian tidak mengenal usia atau tahap kesihatan.
Tak semestinya bila dah tua baru kematian menjemput.
Tak semestinya bila sakit baru mati.
Sekelip mata sahaja Allah SWT boleh tarik nyawa seseorang itu tanpa sebab.

Contoh paling jelas ialah mati disebabkan kemalangan.
Orang yang paling sihatpun boleh mati bila accident kan.
Orang yang memandu dengan cukup berhemahpun boleh terlibat dengan accident sebab accident akan melibatkan 2 pihak ataupun lebih.
Kalau kita berhemah tetapi pihak satu lagi memandu secara berbahaya, accident tetap akan berlaku.
Adakalanya accident berlaku disebabkan brek tiba-tiba tak berfungsi, jalan tiba-tiba licin ataupun bermacam punca accident lain yang kita tak dapat jangkakan.
Penunggang motosikal paling tinggi risiko terkorban bila accident berbanding kenderaan lain.
Itu salah satu contoh paling mudah kematian tidak mengenal usia dan tahap kesihatan.

Ada banyak contoh lain seperti kematian akibat dibunuh.
Huhu..
Yang ini minta dijauhkanlah ye.

Selain daripada itu, ada juga yang mati akibat kompilasi selepas pembedahan (jantung, buang tumor, dll)
ataupun selepas beranak (perempuan) --> macam yang berlaku pada Ayu dalam novel Lagenda Budak Setan tu. Tragis sebab dia hidup lagi lepas lahirkan baby tapi mati beberapa minit selepas itu.

Bila kita tengok di TV (Berita-berita) dan baca surat khabar atau artikel di blog-blog berkenaan mati, adakah kita terfikir yang kita juga akan mati suatu hari nanti?
Adakah kita dah bersedia untuk hadapinya?
Maksud saya bekalan untuk bertemuNya nanti dah cukup ke?
Uhuhuuu..susah juga ye bila terlalu memikirkan pasal ini tapi itulah yang sebaik-baiknya.
Dalam pada kita mengejar dunia, jangan dilupa bekalan untuk akhirat.

Sedikit tertarik dengan kata-kata di bawah ini;

"Apabila bangun daripada tidur setiap hari, panjatlah rasa syukur padaNya kerana masih diberi peluang bernafas di bumiNya sehari lagi, bekerjalah pada hari ini seolah-olah akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu hari ini seolah-oleh kamu akan mati keesokonnya"

p/s : tiba-tiba mode jadi ustazah datang. Sebenarnya peringatan ini untuk diri sendiri jua.
Blogpun boleh dijadikan medium untuk saling ingat mengingat. Ohh..mungkin juga mode bertukar sebab Ramadhan dah makin hampir. Selamat datang Ramadhan yang dirindui.

picture sumber : google

14 comments:

NAZ said...

orang cuma mahu hidup kekal tanpa tahu lebih baik mati hahaha

Sharinginfoz said...

semoga kita dipermudahkan dalam urusan yang berkaitan dengan kematian

noorafzan.blogspot.com said...

naz..
betull...
semua ingat nak hidup je.
tak ingatpun nak mati..

sharinginfoz..
betul.
=)

Nur Suaidah Bachok said...

entah esok. entah hari ini. entah seminit lg, nyawa kita akan diambil~

noorafzan.blogspot.com said...

achu..
entah kejap lagi..

dayah said...

mmg kena beringat sebelum terkena

faizalnizam said...

tp ada orang yang rasa mereka hidup selamanya..ada orang yang merasa mereka akan sentiasa selamat di sana esok.

sebab itu orang seperti ini tidak kesah buat dosa. kerana mereka sangka cukup sekadar amal yang wajib akan terus selamatkan mereka dr api neraka. langsung tidak ada rasa mau bertaubat.

noorafzan.blogspot.com said...

dayah..
bila dah terkena, menyesalpun dah tak guna kan?
ermm..

fyzal..
yup, lagi2 mereka yang begitu seronok mengejar kenikmatan dunia ni.
dan juga pada mereka yang rasa diri mereka dah cukup bersedia padahal process untuk menghadapi mati itu kena berterusan bukan berhenti pada takat tertentu sahaja.
betul tak?

cikpia said...

sama2 kita beringat dan bersedia.... insyaallah.....

noorafzan.blogspot.com said...

sofia..
huhu..
betul2..
=)

Linglung said...

errgghhh..gua tak tau gua nak klasifikasikan perasaan gua lps baca entri ni apa..seram? cuak? insaf? entah..

Anonymous said...

bile2 je Allah akan tarik nyawa kite..

slamat berpose:)

noorafzan.blogspot.com said...

lionteen..
ketiga-tiga klassifikasi yang awak mention tu lead kepada sesuatu yang positif.
tahniah bro.
maksud saya buat entry ini 'sampai'

noorafzan.blogspot.com said...

lionteen..
thanks..
selamat berpuasa juga.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics