Ramai sudah yang bagi ucapan ini di blog masing-masing.Sayapun tak mahu lepaskan peluang untuk turut memeriahkan sambutan Ramadhan yang mulia ini dengan ucapan yang sama kepada seluruh bloggers dan juga readers blog ini yang beragama Islam.Kad ucapan puasa dariku untuk kalian.
Sudi? copy n paste je la ye ke blog kalian =)
Apa yang menariknya bila datangnya bulan Ramadhan?
1) Tentulah masa inilah kita akan teruji ketahanan diri menahan bukan sahaja lapar dan dahaga tapi juga menahan mata, telinga, serta anggota lain daripada melakukan maksiat serta dosa.
2) Masa inilah nafsu kita diuji tanpa hsutan syaitan sebab semuanya telah diikat. Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
3) Mulai malam esok, kita sudah dapat menunaikan solat tarawikh berjemaah. Meriahlah masjid dengan kehadiran luar biasa jemaah. Korang buat berapa rakaat?
20 rakaat?, bagus2..anak siapalah ini..
8 rakaat?, dah cukup bagus juga sebenarnya asalkan join tarawikh kan.
4) Masa ini sahajalah kita akan bangun pukul 4 pagi semata-mata untuk bersahur (bagi yang berfamily memang wajib bangun sahur makan nasi atau makanan lain secara berjemaah)
5) Masa ini jugalah berdirinya bazar-bazar ramadhan di merata-rata tempat. Matapun naik rambang nak pilih menu untuk berbuka puasa nanti. (masalahnya kadang-kadang rupa makanan cantik, tapi rasa tak sedap.. patah selera betullah dengan peniaga yang nak kejar untukng sahaja tanpa menjaga kualiti kesedapan makanan)
6) Masa inilah tiap-tiap waktu berbuka semuanya duduk semeja untuk makan bersam-sama. Laukpun semuanya nampak special hari-hari. Siap ada juadah tambahan yang dibeli di bazar seperti kuih muih atau pencuci mulut. Air pula memang special punya. Air manis berais gitu.
Meriah sahaja bila makan malam di bulan mulia ini.
7) Masa ini jugalah lagi-lagi bila penghujung ramadhan, semua orang sudah mula menghias rumah, membeli langsir baru, baju baru, cat rumah baru semata-mata sebab nak menyambut Hari Raya pula. Masa ini penat berpuasa dah tolak ke tepi gara-gara excited. Dah mula juga bancuh tepung untuk buat biskut raya pula.
8) Biasanya masa bulan inilah anak-anak yang duduk jauh akan balik bercuti ke rumah mak bapa lagi-lagi bila seminggu sebelum raya. Anak cucu semua dah ready nak berkampung sempena raya. Meriah lagi..
Ok, ok..
Saya dah mula mengarut.
Belum puasa lagi dah fikir pasal raya.
Saya stop sini dululah ye?
Dah ready untuk berpuasa?
Dah ingat macam mana nak baca niat berpuasa Ramadhan?
Bagaimana pula niat berbuka puasa?
Kemudian, cara-cara nak solat tarawikh? Maklumlah setahun, 30 hari sahaja kita buat solat ini.
Kalau sudah ingat, maka terbuktilah anda dah ready macam saya.
=)
16 comments:
semoga ramadan kali ini lebih baik dari yang lepas..
tak saba nak pgi bazar ramadhan..
saya_arief..
InsyaAllah..
aaminn~
manggasteen..
haha..
tu la pasal.
esok dah mula.
salam ramadhan jua ^^
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak! :)
nina..
thanks dear =)
baincardin..
terima kasih =)
salam ramadan gak yang :) semoga ramadan kali ini lebih baik n sempurna dgn yg lepas kan, Insya'ALLAH :)
Salam Ramadhan buat zie sekeluarga gak.
selamat berpuasa :)
selamat berpuasa
Gardenia Yang Sedap
miss lolly..
thanks yerp =)
same goes to u dear.
salam.. dengar kata puasa kensel besok teros raya! :D
irwan..
ahaha..
pandia aje kamu ni..
kok esok terus raya tak nikmatlah.
ahaha~
selamat berpuasa.
salam ramadhan..
nizamsani..
salam ramadhan..
miss cloudy.
salam ramadhan kembali.
Post a Comment