Followers

Showing posts with label alumni lambaian. Show all posts
Showing posts with label alumni lambaian. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

@Lambaian KL Reunion : Kegilaan terhadap Daytona

Minggu lepas adalah buat planning berbuka dengan kawan2 kelab masa di UTM dulu.
Kelab Lambaian.
Planning penganjur nak buat makan2 di Ikea.
Konon-konon nak try buffet Ikea la kan.
Oleh kerana semua orangpun sampai lambat makanya buffet itu full booked.
Dan kami terpaksa tukar planning lst minute.
Menggagaulah beramai-ramai mencari-cari kedai-kedai makan area The Curve pula.
Tapi langsung tak ada.
Semua pun dah penuh di booking termasuk la Waroeng Ayam Penyet.
huhu~

Sudahnya masuklah ke Cineleisure pula.
Nasiblah dapat makan kat Station Kopitiam walaupun masa itu kena cari-cari kerusi sebab tak cukup.
huhu~

Lepas dah makan, kamipun bergerak ke surau.
Surau yang dekat dengan Cinema tu.
ehehe~
Keluar sahaja daripada surau, ini yang saya nampak.
haisssh..

Tengok tu kemain suka dia layan daytona.
Eh, apa yang awek cina tu buat kat sebelah.
Amboiii... kemain senyum lebar dia pula.

Laa..
rupanya awek cina tu tengok boifren dia kat sebelah tu main.
hehe~

Ini antara penonton dan penyokong yang hadir pada malam itu.
Aleeerr..2 orang je ke..?
isk2..

Aik, dah surrender ke?
Siapa pula yang jadi champion ni?
ingatkan si tunang sorang je main.

Lorrh, rupanya ada 2 orang lagi participant.
Nampaknya ini game penentuan tempat pertama dengan kedua je.
Walaweehh..hebat tak hebatlah dorang ini kan.
ahaha~



Akhirnya yang menang ialah seat No 8..
Memang ONG la number 8 tu kan.
haha~

Pelik tak kenapa berenam (termasuk saya) sahaja dari tadi?
Sebenarnya ramai yang join reunion ini tapi disebabkan semuanya masih di surau, maka hanya mereka berlima yang kelihatan dalam ini gambar.
Nanti-nantilah saya story kisah sadis kami sepanjang perjumpaan itu.
Memang sadis kisahnya.
huhu~

p/s :
Petang ini ada Gathering Geng Blogger di Shah Alam.
Tapi, saya tak boleh pergi daa..huhu~
Alasan memang tak boleh belah tapi itulah hakikatnya.
Kat rumah ini ada 2 je anak perempuan bila time cuti.
Salah seorang kena ada untuk masak2.
Kalau tak, tak berbuka la family ku.
Dan atas alasan itu mak ku tak bagi berbuka di luar. --> tak baik melawan cakap mak kan..
Jadi, dengan ini saya ingin memohon maaf kepada penganjur dan kawan2 yang pergi.
Enjoy ye nanti walaupun tanpa saya..sob2..

update malam :
Mesti ramai kan yang tak berblogwalking sebab pergi join Gathering Geng Blogger.
Jeles seyh tapi dah tak ada rezeki untuk berjumpa geng blogger hari ni.
Hari ni saya masak Sup Tulang, Ikan talapia masak cili api dan juga daging masak kicap nyum-nyum..=)
Selesai sudah Ramadhan ke 18.
Malam ini sudah tarawikh yang ke 19.
Cepatnya masa berlalu.

Saturday, November 14, 2009

Makan sedulang buatku rindu~



Kak Syila..
Kak Ikin..
Kak Annur..

Kak Syila baru last week jumpa..
Tapi tak puas sebab kejap sangat..
itupun kacau daun dia tengah bekerja..
next time kite sembang panjang ya..
=)

Kak Ikin lama dah tak jumpa..
Last sekali masa hari dalam pic nih la..
Masih dalam mood syawal..
Tapi last berhubung thru email..
Masa tu Kak Ikin nak ke Jepun..
Rasa-rasanya dah balik Malaysia dah sekarang nih..
Bila lah lagi ada chance nak jumpa dia..

Kak Annur yang suka buat lawak tapi serius..
tapi yang pasti memang garang la gayanya..
Tapi hati baik maa..
Last contactpun thru blog..
Masa saya ada update pasal program yang buat kami makan sedulang..

Kesimpulannya saya rindu nak buat aktiviti2 dengan @lambaian..
tak pernah lupa..

Friday, November 13, 2009

Geli Gelak yang dirindui~



Entah macam mana rindu pulak pada mereka2 ini..
Entah bila lagi dapat menjejakkan kaki ke JB lagi yer..
Haiishhh~

Kita buat aktiviti samapun ok gak..
Sukaneka versi 'dewasa nak jadi kanak2..'

Thursday, October 8, 2009

Berkampung di JB~Part 4

Disebabkan kes lewat bangun, kami sekali lagi lewat ke projek kedua yang juga projek terakhir kami..
Geli Gelak Lambaian..
Kul 9.30 baru kami sampai ke tempat kejadian..
Ingatkan kami yang paling lewat, rupanya acara tak mula lagipun..
Malah ada lagi beberapa orang yang tiba lewat daripada kami..
Pekena sarapan roti jagung gardenia + air teh o dulu..

Kul 10 gitu barulah cabaran bermula..
ececeh..x adalah cabaran sangatpun sebab kami cuma 'bersukaneka'..
Kami dibahagikan ikut group yang ditetapkan..
Group saya mula2 ada 6 orang sahaja..
kemudian bertambah lagi seorang..

Awal2 lagi nak minta maaf sebab lupalah nama adik2 sekalian..
yang diingatan cuma Gig, Acu dan Izat..
Yang lain2 nanti saya try recall back..
Mana tahu dengan kuasa minda berkuasa tiga saya mampu untuk ingat semula..
Kami enjoy walaupun akhirnya kami menjadi pasukan yang juara kalau dikira dari belakang..
Apalah nasib..

Masa nih memang tak tahan nak ketawa sahaja lagi2 melihat perangai alumni2 termasuk saya yang gila2..
Abg Afiq, Abg Azwar, Abg Sport,Aufa, Kak Syila, Kak Anur, Kak Ikin..memang gila2 semuanya..
Tak dilupa, Fizah dan sang suami Acu, Aufa dan Aimi..

Adik2 lambaian especially lelaki memang 'masuk' sangat dengan kami..
Nama2 yang saya ingat buat masa ni Faiz, Madi, Syazwan, Syahrul dan Gig..
Yang perempuan kebanyakannya still malu2..tapi boleh diasah lagi tuh..
hahah~

Plan asalnya nak buat EXPLORACE tapi pagi tersebut ramai yang tewas dengan tilam empuk kolej yang menggoda perasaan menyebabkan hanya kami yang lebih sikit'kekuatan iman' berjaya sampai ke gelanggang..
itu yang plan asal di tukar kepada acara ala2 sukaneka..

Mulakan dengan sesi suai kenal..
Kemudian, setiap group kena ada nama, cheers dan buat maskot kumpulan bertemakan RAYA~
Maskot kena guna surat khabar, plastik sampah, tali rafia dan juga cellotape (betulkah ejaan nih?)
Maaf gambar maskot gagal dirakam..
Tapi kat Syila ada ambil, saya tepek jap eh..
Maskot group saya yang berseluar merah itu..

Group Semperit yang bermaskotkan Abg Afiq..


Apa pulak ya selepas itu..?
Aaaa..Tiup belon dan belon kena dipecahkan oleh maskot2 group..
Kemudian, acara anyam ketupat, pancing botol sambil usung buluh beramai2..
Diikuti acara cari gula2 dalam tepung..
Ada tak acara2 yang saya terlupa taip?
haissh..macam ada saja..apa dia ya?
Haa~ game kemuncak ialah 'kira2 number'
Ada berpuluh kad dengan number2 bertitik perpuluhan yang perlu dikira tanpa bantuan pen, kertas apatah lagi kalkulator..
Susah woo..acara nih memang saya surrender awal2..
Ni ada sedikit gambar yang rentetan peristiwa bersejarah tersebut..


inilah dia game yang menuntut kemahiran tinggi dalam matematik manual..

Ni la aktiviti akhir kami makan dalam dulang beramai-ramai..

Inilah makanan yang tak sabar untuk dihabiskan oleh kami berempat..

Dulang kami yang dah licin..Nasib baik tulang ayam tu tak boleh dimakan..kalau tidakkkk...

>




Habis sahaja game2 itu, acara penutupan pula,
dimulakan ucapan pengarah projek..
Dikuti oleh Pengarah Kelab..
kemudian, ucapan daripada kami..
sorang2 warga alumni kena berucap..
Penyampaian hadiah..
Dan acara paling menarik, makan dalam dulang..
Satu dulang untuk 4 atau 5 orang..
Seronok sangat..
Lama dah tak makan macam itu..
Rasanya Kak Syila ada ambil gambar kami..
Nanti nak tuntut la..
Last sekali acara buka hamper..
Masa inilah baru saya berpeluang keluarkan kamera..
Tatapilah picta2 kami sepanjang projek terakhir kami ni~


Punyalah semangat amek gambar lepas bukak hamper..
from left : saya, acu, gig dan izat..Nilah kami tujuh serangkai menggilakan diri dihadapan kamera..
Acu dan Gig..
4 sekawan nih..
model iklan air hijau~

sayapun nak enterframe juge la..
bergambar ngan banner projek..
nape si baju biru tu ala2 action kameng..
syazwan kan tu?
si baju merah yang pegang banner tuh madi kan?
nak gelak tengok aksi sorang2..

Saya tak banyak gambar la..
Sesiapa yang ada gamabr2 tuh silalah kongsikan ya..
Ini je yang sya termampu..
Mungkinkah ada part5 laks..?
tunggu dan lihat ye..

Berkampung di JB~Part 3

Nak dijadikan cerita, kami sampai lewat..
Nasib baik kaunter tuk registration masih di buka..
Time tu saya dapat door gift berupa number cabutan x bertuah..
keychain projek..
button projek..
n then 2 keping kertas..
1st..tuk undi queen n king..
2nd.. kad ucapan..
macam ala2 'rancangan sampaikan aidilfitri' gitu~

Masuk2 je kami duduk meja belakang.
Kat meja bulat tu sume alumni2..
orang lama la gitu~
Mari2 ushar sikit picta..


Ni picta kak syila n kak anur..gelap sikit laks..
Lupa nak tepek si Zafran, anak Kak Anur yang baru bulan dan nak belajar berjalan..
Ni laks mangkuk2 makanan dan gelas minuman yang udahpun 'selesai' dikerjakan..
mee bandung tu SEDAP sangat..
k, 2 keping kertas tu telah saya jelaskan kepentingannya kat atas..

1st..yg putih..
2nd..yg pink..

Keychain dan button pula..
Ni la antara barisan hadiah cabutan bertuah yang satupun gagal saya menangi..
x bertuah la number tuh..
Saya lak enterframe dengan Kak Syila.
Macam berpakat pula kami punya kaler baju..

Saya, Kak Ikin dan Kak Syila laks..
Ni pulak Kak Is ngan anaknya..
Nape akak x join projek kedua ye..?
ni la yang duduk semeja ngan kami, Kak Easy dan Abg Mazlan..
Semua nih super duper senior saya~
Lepas itu Abg Adam tak bagi chances lama2 sangat kat Abg Mazlan..
Tak percaya..sila rujuk picta ni pulak..
(jangan marah ye..gurau je Kak Easy n Abg Adam..)
Anak teruna mereka Ammar yang cumel..
Ni la pentas projek gilang gemilang pertama yang saya sertai..
Ni side view pentas..
kecik je..
Malam jamuan yang nampak ala2 formal sebelum jam 10.30..
Sebab lepas 10.30, VIP dah pergi..
Macam2 permainan yang kami buat sampai nak pecah perut menahan ketawa..
Persembahan adik2 lambaian pun boleh tahan lawaknya..
Mereka ada improvise iklan2 raya dalam TV..

Bila acara hampir tamat, kami ambil peluang tuk bergambar beramai-ramai..
Tapi, kamera saya 'pemalu' time nih..
Err..sebenarnya saya saja tak bawa keluar..
Kalau saya sibuk ambil gamabr, tak adalah saya dalam gambar2 nanti kan?
bijak2..alahai~
Ni pictanya..
Dari kiri, atas; AbgSport, AbgMazlan, AbgAfiq, K, AbgAzwar..
Dari kiri, bawah; Aufa, Fizah, saya, KakSyila, KakAnur, KakIkin, AbgPilo, Aimi..

Jam dah dekat 12, baru kami mengundur diri..
Kali ni saya, Kak Syila dan Kak Anur gi Rumah Tamu..
Lepas je kemas2 bilik dan diri, kami tertidur dengan baju2 jamuan sekali..
penat sangat gamaknya..
Bangun2 je kena subuh dinasour.
Tak sedar diri sampai ke pagi..

Err..rasanya kena buat part 4 la..
Banyak lagi nak update..
ahaha~
see ya~

Tuesday, October 6, 2009

Berkampung di JB~Part 2

Sampai dewan, kami berkenalan ngan semua ahli2 kelab lambaian.
Pastu ada meeting antara MT Kelab Lambaian Masyarakat (KLM) dengan MT alumni lambaian..

MT KLM = ahli kelab yang menjadi MT KLM sekarang yang masih student
MT alumni lambaian = Wakil bekas ahli KLM yang sudah grad dan dah bekerja

Lepas meeting, kami beramah mesra dengan AJK2 projek pertama yang kami sertai.
Projek pertama ni namanya Jamuan Hari Raya..

Kak Syila sedang snap picta tuh..
Kak Easy sedang dukung Ammar yang manja amat~


Gugusan hijau kepingan kad cabutan bertuah versi ketupat raya..

Sempat lagi adik2 nih berposing time wat keje..

Kusyuk balik wat keje~
kalau dok posing je nanti keje x siap..
Kak Ayu bertudung oren kat belakang nun sempat enterframe~

Yang ni pula MC projek punya discussion..
Dari kiri, MC lelaki, Abg Azwar, MC Pompuan, Aimi dan Abg Sport..

Daripada ratusan kepingan ketupat tadi, ni la number yang saya dapat.
Tapi tak bertuahpun..=(
Adik2 lambaian dengan Kak Ayu di tengah..
(minta maaf sangat2 sebab tak ingat nama2 ahli2 lambaian junior..ramai sgt..)

Selepas itu, kami bergerak ke Rumah Tamu UTM laks sebab nak ambil kunci rumah yang kami booked.
Sebab satu lagi ahli keluarga alumni yang dah berfamily baru sampai dari KL iaitu Kak Anur.
Rasa segan juga la kalau ramai2 nak sumbat ke teratak Keluarga amANI..
Setelah berurusan secara call (sebab office tutup hujung minggu), staff bertugaspun datang bagi urusan serah kunci dan bayaran sewa.
RM150 untuk apartment 2bilik semalam.
Kami terus bagi kunci pada Kak Anur.
Kami pulak kembali ke rumah Keluarga amANI tuk bersiap dan dalam masa yang sama packing barang sebab kamipun nak pindah juga ke Rumah Tamu.

Dalam pada sibuk mengejar masa nak balik ke rumah tu,
sempat lagi singgah Jusco dulu untuk beli buah nenas dan jambu batu..
Sempat juga saya dan Kak Syila cari brooch..
Kemudian, singgah ke kedai Bismi (kedai serbaneka berhampiran teratak amANI) untuk beli mangga muda..
Tujuannya nak sediakan rojak buah sebagai menu pencuci mulut tambahan malam jamuan.
Kuah Rojak Aji Kak Easy jual memang sedap..
Lepas tu, kami bergilir potong2 buah..
Saya sempat potong buah mangga sahaja.
Nenas dan jambu sudahpun selesai dek suami isteri terajin di dunia nih..
Then ,mereka bersiap..
Nak siapkan Ammar dan Aqil lagi..
Tung tang tung tang..
dah pukul 9.00mlm..

Kami gerak agak lewat..
Dah pukul 9.00++ kalau tak silap.
Sampai sahaja, ucapan terakhir daripada penasihat KLM, Abg Azwar seterusnya acara makan2..
Untuk pengetahuan semua, majlis sebenarnya dah mula sejak pukul 7.45 lagi.
So, kami datang hanya tuk makan je..
lalala~

Apa jadi seterusnya ek?
kena sambung part 3 kut sebab macam banyak lagi je yang nak si story kan..

Berkampung di JB~Part 1

Projek kat JB dah langsai..
Dah succes dah pun..
Yeay!

K la..
Biar saya terangkan apa projeknye..
Kami gerak dari KL bertiga..
Saya, Kak Syila dan Abg Sport.
Saya duk belakang jer sepanjang perjalanan.
Kami x singgah mana2 pun.
Sebab dah maghrib dan makan nasi kat umah Abg Sport kat Bangi..
Macam pergi beraya laks.
kendian isi minyak+beli air minuman sorang sebotol.

Sampai je kat JB,kami terus ke Taman U.
Kami sampai di rumah tumpangan kami..
Teratak keluarga amANI lebih kurang kul 10 lebih malam.

Keluarga amANI nih keluarga alumni lambaian sebab suami isteri tu pernah jadi sebahagian daripada kelab lambaian masa bergelar student dulu.
Abg Adam, Kak Easy serta dua orang putera Aqil n Ammar yang boleh tahan la kenakalannya~
Lepak2 minum air, makan kuih muih dengan kopok goreng..
Abg Azwar ngan sorang student yang juga ahli lambaian sampai masa kami sedang lepak2 tuh..
Lepas makan2 sempat lagi layan Upin n Ipin atas permintaan si kecil berdua Aqil n Ammar tuh..
Lepas tu, kami yang perempuan sambung berborak.
Sebab Abg Sport dah ikut Abg Azwar dan ahli lambaian yang namanya saya gagal tuk ingat.
Dia bermalam di rumah Abg Azwar.

Borak2 sampai jam dah menunjukkan kul 3 pagi..
Saya tewas dulu dan terus masuk tidur..
Esoknya, bila saya tanya bila mereka tidur, mereka kata kul 4.
Sejam selepas saya tidur rupanya~
Hehe~

Esoknya bangun2 terus bersiap..
Yang menyediakan sarapan Abg Adam.
Kak Easy keluar ke kedai.
Manakala anak2 mereka still tidur.
Sarapan kami ala2 barat.
Ada roti bakar, kacang dalam tin (saya x makan), telur goreng hancur ngan sosej..
Sos cili dan serbuk lada sulahpun ada~
Air teh o kalau x silap~

Lepas tu lepak2..
Tolong2 sediakan lunch pulak..
Lauk ayam masak merah, sambal, acar ngan satu lagi lauk..
Alahai cam terlupa laks apa die lauknya~
Minuman Air oren sedap~

Kul 3 kami gerak ke UTM..
Dewan Alumni dah melambai-lambai..
Masuk je UTM memang syahdu je rasa.
Teringat memory2 lama semasa masih bergelar student dulu~
Apa kami buat kat dewan alumni kul 3 petang tu..?
Dan apa pula kaitan ngan aktiviti malamnya?
Tunggu sambungan kisah projek kami di part 2 laks..
x larat nak naip lagi nih..

wat masa nih x de picta..
Sebab saya mula amik gambar sebaik sahaja tiba di Dewan Alumni.
Part 2 ada la picta keyh..
see ya~

Friday, October 2, 2009

Malam ini punya planning..

Mulai malam ni sampai ke ahad saya berada di luar rumah..
bukan takat luar rumah sahaja, berada di luar negeri gitu..
Yeee..saya ke selatan tanah air..JB..
Ada project dengan geng2 UTM..

Dah abes belajarpun lebih setahun lepas..
Apa kaitannya saya ngan UTM lagi selain daripada gelaran EX-STUDENT je?
Convopun dah lebih setahun lepas..
Haa..hati saya sebenarnya yang masih tertinggal di sana~
Sile nyanyi lagu 'cintaku tertinggal di malaysia' dalam versi special sikit 'hatiku tertinggal di UTM' untuk menambah perisa~
Tertinggal kat kelab kesayangan yang saya join sejak tahun 1 di UTM dulu.
Sebab tu saya ke sana lagi..
Konon2 nak buat program gabung ngan geng2 kelab sekarang~

Kadang2 terfikir terlalu cepat masa berlalu.
Rasa macam baru semalam jer saya habis belajar..
Tup2 dah lebih setahun saya kerja~
Dah ada pendapatan sendiri..
Mampu nak beli kete sebijik..
Walaupun masih duduk di rumah keluarga..
x perlu bayar sewa rumah, bil air, bil letrik, bil astro..bil internet..
saya cuma bagi belanja bulanan je kat mak..
Hoho~

Cuma lepas akakku kahwin, bil internet dah tentu saya kena take over..
sebab yang banyak gunapun kami berdua je~
ehehe~
adeh, dah merapu ke mana ntah..

Nanti saya update pasal PROJECT tersebut yer..
Sebenarnya bila kita jadi student, banyak kelebihannya join kelab2 camnih..
Dulu masa saya active kelab, saya manage to get good result for that semester.
Sebab masa tu la kita akan betul2 hargai masa.
Setiap masa terluang kita guna tuk study betul sebab bila active kelab, masa memang kena banyak dihabiskan tuk aktiviti2 kelab.
Once saya mula kurangkan aktiviti kelab, result saya tak seINDAH dulu..
Rasa amat bosan untuk belajar je...
Kesannya, saya beralih ke aktiviti tak berpekdah pulak seperti lepak di bilik TV..
Layan cerita korea kat PC..
Dan paling best ialah tidur..
Main game..layan Friendster..(yer..masa tuh Friendster lebih glemer~)
Yer, nikmatnya tidur masa jadi student dulu..
Dah la duk bilik single..
Lagiii la sedap tidur tanpa gangguan sesiapa..

k, see ya next round~

p/s : saya tinggalkan 2,3 entry wat pengubar rindu anda kat saya nanti..
(ayat poyo macam ada je orang nak terjah blog nih..hehe~)

Sunday, September 6, 2009

Kagumas resturant updates..

Kelmarin..
Saya kena kerja..
hoho~
sabtu..di bulan puasa..kena kerja...
selalunya sebelum balik kerja, akan solat asar di ofis tapi..
apakan daya..
banyak pula kerja yang kena settlekan..
So, saya terpaksa solat di rumah..
Nasib baek sabtu jalan tak jam..
Sampai rumah terus solat..
dan seterusnya ikut planning la..
Buka puasa bersama alumni lambaian di bangi..
Kali nih BF saya ikut..
yeay..

So, 5.30 camtu kami gerak ke Bandar Baru Bangi..
Oleh kerana jalan smooth dan restoran yang dicari mudah dijumpai..
Belum 6.30 dah sampai..

Jumpa Kak Shila..
Katanya kali nih ada 22 orang yang join.
Huih ramai jugak..
Kamipun masuk restoran tuh..
lepak2 sambil sembang2 kosong semetara tunggu kawan2 lain datang..
Dekat kul 7 barulah cukup korum..
Batch saya ada 4 orang je..(termasuk BF saya..)
Yang ramai batch pertama lambaian..iaitu batch 1997
Saya batch yang ke sembilan..
Bayangkan dah berapa lama kelab nih wujud..
Dan dah berapa generasi grad..
dah 10 generasi..

10 minit sebelum berbuka, kami dah boleh ambil makanan (sebab style buffet)
saya dengan ayen..(salah sorang dari batch saya)
ayen nih dah jadi tutor kat johor sana tapi dek kerana x sempat nak join yang JB nye, die terus mintak join KL nyer..
Actually, majlis berbuka puasa alumni lambaian nih buat kat 2 tempat..
Kat johor dan kat KL(Bangi la..)
Dan pada hari yang sama..

Lepas dah makan2,,
terus pergi solat maghrib dulu..
Lepas tu sambung makan lagik samapai konyang..
Lauk sedap2 belaka kecuali daging bakarnya..
macam 'daging masin'
Agaknya garam tertumpah kot masa masak..

Member cakap memang confirm2 tukang masak nih berpuasa betul2..
tak rasa langsung masakan dia..
haha~

Air yang dihidangkan air mata kucing..
saya ada ambil tapi tak sempat minum..
sebab, saya minum air masak dulu..
last2 masa nak minum, cawan pinggan dah kena angkut..
pekerja restooren tuh dah clear kan meja kami..
alahai..
x merasa air manis..

lepas dah makan, sembang2..
Tiba lah sesi bergambar beramai2..
tapi saya takde gambar la..
hoho~
Nanti saya minta dari kawan2 yang ada kamera masa tu..

Lepas sesi bergambar..
aktiviti wajib kelab apalagi..
ice beraking ..
sobab masing2 ada yang tak kenal..
lagi2 batch pertama dengan batch kami mmg tak pernah jumpa..
Rata2 mereka semua bekerja area KL dan Selangor..
Dan ada juga yang bekerja sendiri..
Seronok dapat kenal dengan mereka..
Harap lepas ni ada lagi program macam nih..
Kami balik dalam kul 10 camtu..
Kedai dah nak tutup dah pun..

k, la~
nanti saya update lagik..
jumpa di lain masa~

Thursday, September 3, 2009

Majlis Berbuka Puasa 5hb Sept ni tuk alumni Lambaian sekitar KL..



Salam semua..
Saya nak buat saya pengumuman tapi hanya kepada sahabat2 alumni lambaian masyarakat UTM Skudai yang kini menetap, bekerja, bermastautin di sekitar KL-Selangor serta yang berhampiran..

Pada 5hb September 2009 (Sabtu depan..), satu majlis berbuka puasa akan diadakan dan ia terbuka tuk semua bekas2 ahli KLM aka Kelab Lambaian Masyarakat..
Tempat yang telah dipersetujui ialah di Bandar Baru Bangi..

Details adalah seperti berikut;

Tarikh : 05/Sept/2009
Tempat : Kagumas Catering, No 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Masa : Sebelum waktu berbuka..

Pasal menu saya kurang pasti..
Segala maklumat boleh didapati dengon google 'Kagumas Catering' ..
Maklumat lanjut boleh hubungi saya, Abg Sport dan Kak Syila..
Sile drop comment di sini ataupun ke bejangutm@gmail.com..

Dan lagi satu..
Sila confirmkan kehadiran anda secepat mungkin..
Kerjasama amat dihargai..

p/s : Abang Afiq dengan Abg Zairi boleh join x?

Monday, August 17, 2009

Layan tag from Mr. Teratakindah~


Dengan penuh besar hati saya telah menerima tag dari TERATAKINDAH...



1) Anda rasa anda HOT?


HOT..Agak panas gak cuaca hari ni..
HOT..rasa nak minat air yang panas2..
HOT sebab tak dapek pi kerja hari nih..aduiyai~~


2) Upload FOTO kegemaran anda




3) Mengapa anda suka foto ini?

sebab saya rasa saya cute dalam picture nih..
lalalalala~
(mode perasan dah on pulak..adesss~)


4) Bila kali terakhir anda makan PIZZA?


pizza..?
pizza la boheme baru je makan sabtu lepas..
ehehe~
boley consider ke tu?


5) LAGU terakhir yang anda dengar?

lagu pe ek namanya..?
adehla~
dengar..suke..
tpai xtau sape yang nyanyi..
n tak tau lagu ape..

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan TAG ini?

sambil angkat kain di jemuran..
sambil goreng ayam tadi..
sambil layan tivi~


7) Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan NAMA apa?


err..nama sendiri sudaa~
x de gelaran lain kut~


8) TAG lagi 6 orang

Kak Syila
Abg Afiq
Aemi Biskutrajin
Luvida
cikYana
dayah isyak



9) Siapa no 1 bagi anda?

kakak senior saya dalam alumni lambaian~
kalau ada program selalu pergi bersama-sama~


10) Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?

Entah la..sayapun tak pasti.
Sila tanya beliau sendiri yer..


11) Kata sesuatu berkenaan dengan no 5

blognya sgt warna-warni dan sweet..
baru jer memulakan hubungan istimewa dengan sesorang..
samoga bahagia serta bertemu jodoh dengannya.


12) No 4?

sahabat blogger yang cute dan sangat rajin melawat blog saya~
saya mula kenal dia from blog intanurufateha.


13) Siapa orang no 2?

senior lambaian juga..
bekerja dengan produksi yang menghasilkan Upin dan Ipin.
Blognya banyak cerita pasal dunia bersama produksi tersebut..


14) Bagi pesanan kepada orang no 6

semoga cepat bertemu jodoh dngan si dia..
semoga cepat habis belajar..
ehehe~
rindu laks kat UTM..


Hmm..
Alhamulillah dah habis..
Jenuh pikir nak bagi siapa tag nih..
Kepada yang TERKENA..
Anda adalah orang yang bertuah..
ehehehe~
Sile2 la yer..

Wednesday, June 10, 2009

Happening Event at Glory Beach Resort PD..episod akhir

Assalam to all..

Hari nih nak update lagi pasal Perintis di PD..
Untuk pengetahuan semua saya memang amat la suka berkongsi perkara2 yang menggembirakan dalam hidup ini dengan orang lain..
Dan saya menceritakan dari my point of view..
Setiap orang ada cerita yang berbeza walaupun melalui perkara yang sama...
Betul tak?

Kami bergerak ke Auditorium Room..
Masa tunggu kat lif nak turun, ummu mendapat panggilan from Kak Syila.
Minta tolong kami ambilkan file program sebab Abg Moy baru sampai..
Actually tak sure bile Kak Ikin turun sebab sedar2 jer tinggal kami bertiga jer yang turun bersama-sama..
Kak ikin ajk, so die turun awal untuk tolong setup tempat AGM..

Asalnya selain kami bertiga,
Abg Mazlan pun ada..
Sama2 lewat..
Tapi kami terpaksa pergi ambil file dulu..
So, die gi solo jer la..

After ambil file, kami turun ke bilik penting tersebut..
Dari jauh dah nampak signboard AUDITORIUM atas pintu sebuah bilik..
So, kami pergi la serbu..
Aikkk...Kunci la pulak..
Rupanya salah pintu daa..
itu pintu belakang..macam pintu dapur la kalau kat umah..
Nak masuk umah orang kena la ikut front door..

Masuk2 jer meriah..
Walaupun berapa kerat je yang ada..
Mesyuarat pentingpun bermula..
Kena isi form.. dan lain2 la..

Sebelum mesyuarat berakhir, sesi suai kenalpun dilakukan..
Tapi special sket sebab setiap orang kena memperkenalkan orang lain..
Sampai masa aku dapat tugas mencabar..
Memperkenalkan Abg ST aka Hafiz..
Last program dengan diepun masa pergi rumah anak2 yatim kat area Johor jugak..
Kami jadi facy dalam kumpulan yang sama..
Apa nama program itu yer?
Masa tu saya first year..tapi senior2 suruh bagitau 3rd year masa introduce diri..haha~

After habis semua dah kenal, kamipun bergambar..
walaupun tak cukup korum..
sebab ramai yang dah naik ke bilik untuk berkemas before check out..
After check out, kami berkumpul di bilik operasi..
Lunch sambil menonton slide show and video aktiviti sepanjang program di PD..
Sempat lagi Abg Adam buat video masa tengah lunch tu..
hehe~

Bilalah nak dapat pic dari abg jup ngan abg adam nih..
Aemi dah upload sikit kat blog dia..
Saya tak bawa kamera masa tu..
Sebab itu tiada gambar dalam blog saya ini..
Mungkin saya akan mintak ihsan dari Aemi untuk upload picture dalam post2 saya..
Baru la lebih menarik dan orang dapat berimaginasi dengan lebih baik..
haha~
Lagipun visual lebih attractive daripada tulisan kan..

Lepas dah lunch..
Kamipun bergerak ke lobi hotel.
Sempat lagi bergambar..
Sekali lagi kami ikut trend..
Melompat pulak di lobi hotel..
Dah hilang rasa segan..excited pulak sebab Kak Iez pun join sama..

Then,Berbual-bual buat kali terakhir sebelum next event..
Bersalam-salam...
Sedih sebab dah nak balik..
Lagi sedih sebab esoknya dah kerja..
huhu~

Kat dalam kete Abg Sport,
kami bertiga(saya, Kak Syila dan Abg Sport) bersembang sakan..
sambil makan maruku perisa udang..

Abg Sport bersuara..
Lebih kurang macam ni la ayatnya..

" Aku rasa macam 2,3 hari lepas kita baru bertolak ke PD"
"Aku rasa macam 'lama' jer program nih.."

Bila fikir2 balik, memang x rasa macam 2 hari satu malam kami berkampung di Glory Beach Resort tuh..
Rasa macam lama..r
asa maca mesra je dengan semua orang..
Macam dah kenal lama gitu..
Padahal ada yang memang tak pernah jumpapun sebelum ini..

Betul cakap Kak Ikin dalam blognye (walaupun bukan die yang cakap)..
Lebih kurang macam ni la maksudnye..

" saya tak pernah menyesal kalau pergi program lambaian sebab program lambaian x pernah x best.."

kata2 nih memang menyentuh hati kita yang sayangkan kelab..
saya rasa dah dipenghujung story..
Sila tinggalkan komen membina jika saya ada salah silap dalam menyusun perkataan..
Jumpa lagi di next event..
InsyaAllah..

Tuesday, June 9, 2009

Happening Event at Glory Beach Resort PD..episod 3

K, saya nak sambung sikit pasal trip di PD..
Pagi yang indahpun menjelma.
Kami berempat bersama Kak Iez dah wat planning semalam nak serbu swimming pool pagi nih..
menurut signboard yang kami tilik semalam..

Operation hour : 7.30am to 7.30pm..

So, decide nak turun 7.30pm tuk membuat cubaan berani mati..
Nak terjun kolam jugak..
Kalau kena halau baru kami naik..
hehe~

Idea bernas berunsur nakal kitorang tu sekali lagi gagal tuk dilaksanakan..
Sampai2 jer kolam tuh, ada mamat oversea berkulit golap (rasa cam ban*la) sedang menyodok2 dasar kolam tuh..
Means kerja pembersihan maseh x abes..
Memula kitorang x putus asa..
Siap menepek kat tepi kolam sementara nak tunggu process treatment tamat..
Dah dekat kul 8 maseh x settle..

Kitorangpun buat2 berani bertanya kat staff tersebut..
" Agak2 bila nak abes nih?"

Die jawab lebih kurang begini..
" lama lagi..dalam 2 jam.."

Dengan muka terkujat wakil kami bersuara..
"kata 7.30am dah boleh masuk..tipu la"

Yang buat kami bengang bila dia jawab..
" kalau you all pakai swimsuit dah lama boleh terjun.."

Mamat ban*la tu nak main2 kan kitorang agaknya.
Kamipun amek keputusan pergi jalan2 kat pantai..
Bila dah sampai pantai..
Hati ni melonjak2 nak main air garam..
Kali nih memang tak bagi chances..Siap buat aktiviti lumba berenang lagi..
haha~
basah kuyup la kami berempat.
Pic kami berendam di pagi hari tuh ada dalam blog aemi..
thanks aemi coz upload pictures yang cantek2..

Dalam pukul 8.15am. k
itorangpun balik bilik..
Punyalah lapar sampai dekat separuh cake yang ummu bawa kami makan (actually aku dan aemi je makan..)
Sementara tunggu turn tuk mandi..
Kitorang lepak sembang2 kat balcony..
Sebab kami berdua masih basah.
Ummu tak berendam air garam manakala kak ikin orang first masuk toilet..

Thanks ummu..sedap jugak kek yang dia beli di La Boheme, Tmn U..
Kami siap pass separuh lagi kek tu pada jiran sebelah..
Actually jiran sebelah bilik kami ialah family..
ada 4 family semuanya..
Mereka ada balas dengan sponge cake..

After dah siap..
Sarapan nasi lemak with air teh (air buat sendiri jer)Ada juga kuih karipap..
Then, kami kena pergi ke Auditorium Room.
Actually, Abg Sport ada datang ke bilik kami sebab nak tunjuk kat mana kedudukan bilik tersebut..
Tapi, disebabkan kami masih belum siap maka terpaksalah kami pergi sendiri dengan sedikit panduan map yang ditinggalkan oleh Abg Sport.
Bak kata Aemi masa malam BBQ, guna jari jer pun boleh..
Abg Sport tunjuk je kat area mana Auditorium Room..
hehe~

Kamipun bergerak ke sana sebaek sahaja semua siap.
Sebenarnya di Auditorium Room tu la sejarah bakal tercipta.
AGM Alumnai Lambaian Masyarakat akan berlangsung..
Untuk cerita detail pasal perjalanan AGM tersebut saya akan update dalam Episode 4..
Tunggu yer..
Tibe2 tersibuk pulak kat office nih..

Monday, June 8, 2009

Happening Event at Glory Beach Resort PD..episod 2

Rasa kat previous post Episod 1 ada kesilapan nama iaitu nama pembuat kek batik yang sedap..
Sebab x sure ejaan..
Sebenarnya Kak Easy bukan Kak Izi..
huhu..
Sorry yerk abang adam..

Berbalik kepada agenda seterusnya iaitu solat jemaah diikuti bacaan yassin..
Sebenarnya warga bilik saya semua lambat join..
Sepatutnya kami naek kul 8 camtu..
tapi..
err..
kami sedar bila sampai bilik jam dah kul 7.50..
Pastu dengan toilet yang hanyasatu sahaja untuk dikongsi 4 orang..
Ditambah pula dengan semuanya basah dek air garam..
maka keputusan di ambil tuk solat di bilik sahaja..
Kami berfikiran solat hajat akan dilakukan selepas bacaan yassin..
Sebab tu semuanya bertelekung ke bilik operasi..
tapi apakan daya..
kami hanya mampu meneka..
tapi hanya Allah yang menentukan..
Rupenya solat hajat telahpun selesai..
Kami sampaipun dah sekerat daripada seluruh surah yassin..
huhu~

After acara mendapatkan restu dan keberkatan dari Illahi, kami dikehendaki turun tuk Malam BBQ @Lambaian..
Kamipun bersiap n then terus menurunkan diri ke bawah..
Majlis nampak simple sebab kami x perlu mengerah tenaga menyediakan bara api dan juga membakar bahan2 makanan..
Semuanya telah terhidang bagaikan berada di hotel gayanya..
Tapi buffet la..
X der terhidang kat meja kan..
Kami tengok makanan dan membandingkan dengan bilangan dan kapasiti setiap perut kami semua..
Banyak sangat makanannya..
Boleh la senaraikan beberapa menu bagi menjeleskan kawan2 yang tidak join..
di samping mengimbau kemeriahan makanan2 tersebut kepada kawan2 yang join..
Daging lembu, daging kambing, ayam, pari, kentang dan sosej yang dibakar@panggang, salad bersama thousand island sauce..coleslow, kek coklat, buah2an, kuih castard, biskut yang ada honey star, puding2..
Rasanya Aemi ada snap pic..
jika ada sila war2kan yer..
hehe..
rasanya ada beberapa lagi yang terlupa nak senaraikan..
hmmm..

Anak2 ahli alumni sangat ligat dan berani di samping berbakat besar..
siap amek mic nak menyanyi jer..
lagu gagap stacy la..
lagu ketahuan la..
dan macam2 lagi lagu yang x dapat diteka melodinyer..
bayangkan budak2 yang baru 2,3 tahun..
lagi2 amar dan akil..
anak2 Abang Adam dan Kak Easy..
Belum masuk Nanu dan anak Kak Kiah..
Acara kemuncak pada malam tuh ialah persembahan oleh mereka yang kalah dalam sukaneka di sebelah petang..
hehe~
Saya tak pasti akan nama permainan..
tapi mereka yang terpilih kena jadi panel pakar yang ditemuramah oleh semua tetamu...
Selain daripada Kak Ikin dengan Abg Jup, Aemi pun kena join juga setelah dipilih oleh wakil juara iaitu Abang Adam..
Panel pakar tidak tahu apa kepakaran mereka tapi terpaksa jawab soklan2 dari tetamu2 yang telah tahu apa kepakaran mereka..
Memang lawak la jawapan2 yang dikemukan panel pakar ..
x percaya juga..?
kalau x percaya cuba sendiri...

Selepas habis bergelak ketawa, tibalah masa yang dinanti-nanti..
aktiviti bebas sehinggalah jam 9 pagi keesokannya sepertimana yang diumumkan semasa majlis BBQ hampir tamat..
Saya, Ummu, Aemi, Kak Ikin dan Kak Iez ambil keputusan nak pi ushar swimming pool..
Sampai2 jer ada 2 benda yang buat kitorang kecewa..
Satu sebab kat tepi kolam tuh ada notis ' Chemical Treatment bla bla bla..' ...
Lupa ayat sebenar..
Yang pastinya kolam tuh sedang dirawat..
Sebab kedua ialah track suit and tshirt long sleeves not allowed..please wear swimsuit..
Boleh dapatkan di kedai swimsuit mereka..
bukan free tau..kena beli..huhu..
Sebab KEDUA nih membuat kitorang terimbau kenangan di DESARU..
Sebabnya di DESARU pakaiannya bebas..
Sebebas burung yang berterbangan di langit biru..huhu~
Kat PD nih pulak..
aduhai..
Untuk mengubat kekecewaan..
kami beralih ke facility lain..
Teruja jugak bila tengok ada facility sauna kat hotel..
Tapi cari-cari x jumpa la..
Ditambah pulak dengan ramainya umat manusia di hotel tuh..
Menipiskan peluang kami tuk melunaskan keterujaan tersebut..
hmmm..
At last, balik bilik jer..
Layan cerekarama TV3..
Sampai jam dah kul 12 baru kami masuk tidur..

Punyalah selesa tidur sampai sedarpun bila alarm Aemi berbunyi..
Itupun rasa cam nak pi tutup jer alarm tuh..
Ye la baru 6.15 kan..
awal lagi tuh..
isk2..syaitan x pernah lari dari menghasut manusia lagi2 ketika subuh..
insaf2..

k..
rasa cam dah panjang nih..
kita sambung di next episode..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics