Followers

Tuesday, August 24, 2010

Bulan Puasa : Bulan untuk diet ke?

Salam semua..

Mesti ada yang perasan yang akhir-akhir ini.
Ku jarang dapat jejak blog kawan-kawan.
Mana yang sempat sahaja saya pergi.
huhu~

Sebabnya ialah demam yang saya ceritakan itu hari.
Itu bukan demam biasa sebab demam itu disebabkan ada radang tonsil di anak tekak.
Kamu tahukah apa itu radang tonsil?
ermm..kejap ye saya bagi link yang menerangkan secara lengkap berkenaan sakit ini.
Klik SINI untuk maklumat lanjut.
[tonsil.jpg]
Ini radang tonsil yang telah kritikal. Saya punya tak teruk.=)

Gejala yang saya kena ialah;
  1. Demam yang agak teruk.
  2. Sakit tekak tapi tak berapa teruk.
  3. Selalu ada kahak.
  4. Sakit badan ( lemah gitu)
  5. Suara dah lain macam.
  6. Memang ada bengkak dekat anak tekak.

Fuhh...
Banyak juga ye yang saya kena.
Demam tu sekejap sahaja.
2 hari kot.
Tapi gejala lain tu memang sampai sekarang masih terasa.
Ohh...lupa.
Lagi satu gejala ialah saya akan jadi extra kuat tidur.
Memang tahap mengantuk itu tak dapat ditahan-tahan dan ubatnya ialah tidur.
Paling tak tahan semasa sedang bekerjalah.
huhu~

Malam tadipun saya langsung tak mengadap PC selepas berbuka.
Tarawikh ke mana..Isyak ke mana..
Memang tidur selepas tengok berita sampailah ke pukul 4.40 pagi.
Masa itulah saya solat Isyak dan seterusnya sarapan (err..sahur)..

Kesan yang baik (eeerrr..baik ke ek?)
Bila kena radang tonsil, makan memang tak banyak.
Saya makan hanya ketika berbuka dan juga sahur.
Memang langsung tak lalu nak makan di antara waktu tersebut.
Itupun masa berbuka dan sahurpun tak berapa lalu.
Nasi sesenduk sahaja dapat ditelan.
Mungkin bagus untuk mereka yang nak berdiet.
hehe~

Oleh kerana tak mahu diselubungi misteri kelemauan di bulan ini, saya dah mula minum nescafe ketika sahur.
Kesannya memang bagus sebab saya berjaya tidak tidur selepas subuh.
Yeaaahooo~
(err..ke disebabkan tidur terlebih malan tadi?)
Dan berjaya juga menaip entry ini.
Seronok-seronok.

Ok, jom jalan-jalan ke rumah kawan-kawan.
Blogwalking time!

p/s : sumber gambar : google

25 comments:

Anonymous said...

jgn lupe mkn ubat2..
sihat2 selalu..
nnti dpt bw..
hehe

Nur Suaidah Bachok said...

kite pun tgh demam lg~ huhhuhu

azzey said...

x pe2....yg penting jg kesihatan....dh ok nt sambung blogwalking sakan!

cikpia said...

kurang air kot.... maklum la, posa....

apapun, get well soon dear....

noorafzan.blogspot.com said...

lionteen..
dah makan ni.
tapi nak pantang makan tu yang susah.

achu..
aii..demam sebab jalan2 kot.
=)
semoga cepat sembuh tuk kamu.

azzey..
thanks dear.
baikk!!

sofia..
betul2..
tu la.
dah cuba minum byk air ni.
thanks ye =)

aurikelsan said...

take care & get well soon.. sy pn diserang demam, tonsil bengkak,sakit tekak & batuk since first day puasa..badan rasa lemau je..

bila slera makan xde, tekak tak lalu nk telan..memang turut gak la sekilo dua

noorafzan.blogspot.com said...

aurikelsan..
oo..
samalah kita.
hmm..mmg berat badan surut la.
tapi siapa yang suka sakit kan.
get well soon juga untuk kamu.

Unknown said...

oookamu samalah dengan akak..kalau salah minium ais kat luar selalu kena radang tonsil..doc srh buang tapi akak takutlah

zool said...

marah sikit leh??? mana cerita pasal tajuk tu?? baik tukau pasal gejala tonsing berleluasa.. huhuhuhuhuhuh

Zida said...

mak aihh mesti sakit kan? huhuh takpelahh. cabaran di bulan puasa. nak tunjuk Allah sayang kat kita. take care yekk ;)

noorafzan.blogspot.com said...

zool..
ada la..
sikit je tapi.
gejala tonsil buat kita berdiet maa..

zida..
betul2..
redha je la.
thanks ye =)

noorafzan.blogspot.com said...

kak ina..
itu dah tahap teruk tu.
isk2..

saya masih diperingkat awal.
harap2 tak jadi teruk la..
aaminnn~

Unknown said...

jgn selalu plak minum nescafe..bnyk kafein...
azmi kalau minum nescafe mesti kencing berbau..pekat pulak tu..
hehe...citer pasal kencing plak...

meo said...

take care!

NAZ said...

dugaan berkali ganda. pahala lagi lah berlipat lipat kali ganda. apa lagi bolot semua haha

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
haha..
kalau nak segar masa keje mmg kena la awak.
huhu~
=)

meo..
thanks meo =)

naz.
insyaAllah.
Akan terus berpuasa selagi mampu =)

Anna Boleyn said...

take care yerr.. :) orang kata sakit ni penghapus dosa. jangan lupa makan ubat. :)

Faizalpj said...

mkn bnyak lagi ada le...huhu

Sharinginfoz said...

macam2 manfaat bulan puasa kan

hentakbelipat said...

radang tinsil mmg buat kita nak meradang kn?

noorafzan.blogspot.com said...

hana..
thanks dear..
baik2..=)

faizal..
ahaha~
=)

sharinginfoz.
betul2..
macam2 ada yang tak ada dalam bulan lain =)

hetakbelipat.
haha..
memang rasa nak meradang je tapi tahan je la sebab puasa kan.
sob2..

Sofie Sofiah said...

afzan, kite pn br kene tonsil...masyaallah....xleh nak makan, tido berckp....sakit sgt kt tekak....

noorafzan.blogspot.com said...

sofiah..
bulan puasa ramai yang kena tonsil ni kan.
betulla sebab kurang air nih.

mario said...

laaa...patutla...semoga cepat sembuh...mesti kena cepat weh...ni nak raya ni...ekeke

WNA said...

qemmal pun same, kena tonsil :((
dah nk masuk 5 hari ni.sob3.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics