Followers

Wednesday, July 29, 2009

Ayamku mati tinggalkan anak~

Cerita sedih lagi hari ini..
Ermm..
Lepas je accident, saya balik umah la kan..
Then, saya pergi belakang rumah sebab mak bagitahu ada ayam mati.
Sayapun pergi la tengok..
Kasihan dia. Bahagian kepala dah tenggelam dengan lautan semut.
huhu~



Saya bersuara..

'Eh, inilah ayam yang ada anak sekor tu kan.?Anak dia dah tak ada ke? Tinggal dia saja kat sini.'

Mak saya jawab dengan confidentnya..

'anak dia dah mati jugak kut?'

Saya panggil pula adik alep saya ,minta kebumikan bangkai ayam ini.
Adik saya datanglah tengok.
Pastu pergi cari cangkul semua.
Tiba2 dia bersuara..

'eh, anak dia ada la kat sini'

dia tunjuk kat kawasan berpokok yang terlindung dek mataku. Tiba2 telinga dapat tangkap kicauan anak ayam tersebut..
Kasihan la pulak..
Mak dia dah mati.
Anak dia tinggal la sekor2..

Saya masukkan dalam kotak berlapikkan kain buruk..
Kotak tu saya letak di satu tempat yang saya rasa selamat.
Apalah nasib anak ayam ni yer nanti..
Cuba tengok anak ayam nih..
sangat comel..




Kita tunggu esok la untuk tahu nasib anak ayam tersebut..
hmmm..

Hard to write here~saya accident

Hmm..hari nih messy~
lagi messy dari semalam..
teramat-amatlah messy..

First,
bangun tidur, mandi..bersiap nak ke office..
tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Ok, masa ni belum messy lagi..
Then saya redah hujan ke office..
Tiba-tiba ada kerete himpit dari kiri saya..
saya pulak tak sempat nak tekan brake.
akhirnya..duummm!!
Pertembungan 2 object yang sedang bergerak menghasilkan hentaman..
Bahasa mudahnya saya accident~
Kasihan dia..(kereta saya..opss, kereta kakak saya)

Terbang jugalah duit saya nampaknya..
Tak apa. Ada hikmah disebaliknya.
Mungkin duit yang saya terima daripada gaji kureng bersih..(sebab berblogging masa kerja..)
So, dengan melayangnya duit itu maka bersih la duit saya kan~
huhu~
(very postitive..)

Masa accident tu entah macam mana saya rileks sahaja.
Langsung tak call siap2 untuk tolong..
Saya just jumpa owner kereta lagi satu tuh..
Tukar2 nombor phone..
Setelkan kemudian..
Sebabnya jalan dah mula sibuk.

Sayapun ambil keputusan balik sahaja ambil EL.
Minta maaf ye encik Boss..emergency..
Saya bawak je kereta tu walaupun side mirror belah kiri dah berderaian..
Kepala hampir teleng sebab asyik toleh kiri check kereta belakang sebelum tukar lane..
Nasib baik perjalanan balik tiada masalah.

Sampai rumah sahaja saya terus mengadu kat ayah..
(ayah belum pergi kerja lagi masa tuhhh..)

Akhirnya semua kes settle juga tepat jam 4 ptg tadi..
Lega saya sebab dah selesai..
Kena tumpukan macam mana nak repair balik la kan..

Kakak saya cakap benda ni akan jadi pengajaran..'biasalah baru2 drive..'
Adik saya pulak terus pergi kat kereta. Check sikit2 pastu dia cakap..'sikit je nih.., ingatkan teruk sangat..'
Memang tak teruk tapi tetap kena repair jugakkan.

Lepas itu dalam facebook saya letak gak cerita pasal accident ni..
lebih kurang beginilah ayat pengkomen Incik Lutfee..

'Nasib baek bukan kereta baru..'

Tak kurang jugak la yang bertanya kat mana accident?
Saya jawab la accident kat jalan nak pergi kerja..dekat PJ..

Mari kita kongsi sikit nasib yang menimpa kelisa emas kakakku itu..


picture bawah ni bahagian depan yang kemek sikit..dan calar..(cacat2..)

ni pulak crmin yang pecah..nasib baik lekat lagi sampai umah..leh la rujuk sikit2..

ni side view bahagian depan yang bengkok ke dalam..bumper depan tuh..nampak tak?

ni pulak bahagian belakang yang kemek jugak..
Nasib baik lampu selamat..
kalau tidak lagi haaruuu..


ok la..
Sedih..sedih jugak..
ada berita gembira sikit la..
Kereta baru akan dapat Jumaat.
So, dis jumaat saya akan ambil EL lagi..
Aduh la~
Turun la reputasiku sebagai pekerja yang tak pernah EL tahun nih..
(err...tahun lepas pernah sekali..)
Sorry again Boss..

Tuesday, July 28, 2009

Pagi yang Haru...

Ape kes?
Dua benda yang berlaku ni memangbuat saya rasa diri ini hampeh hari ini..
First, pagi tadi entah macam mana saya tersilap masuk lane nak bayar tol..
Termasuk kat lane smart tag padahal ada tng card je di tangan..
adeh la~

Nasib baek la budak penjaga tol tuh on kan tng nyer sensor..
lepas jugak..
fuhh..
puas juga la kena hon ngan kete belakang..


n then masa parking kete kat office.
rasa cam dah confident masuk parking lot yang betul..
tetiba ada member ketuk tingkap..
Bila saya turunkan tingkap sebelah penumpang depan, diapun bersuara..

'u sudah tukar parking ka? bukan sebelah sini ka?'

Dia cakap sambil tunjuk kat parking lot sebelah kiriku yang memang kosong..
Then, dia blah cam tu je..
Sayapun wat spot check..toleh belakang, kiri kanan..
Laa..betul la salah tempat parking..
Nasib baik la dia tegur..
Kalau tidak.. tunggu saya keluar kereta baru perasan kut..
Adesss...

***********************************************************************************

Pagi tu jugak kawan saya serahkan baju kurung yang saya tempah..
wah..cantik2..
jahitan kemas..
Sekarang saya sudah ada baju raya.
Tak perlu lagi pening kepala nak pikir pasal baju raya..
Satupun cukup la..
Pakai pada hari raya pertama je..
Yeay..

petang tadi jalan still ada sikit jam..
itupun sebab aktiviti korek2 jalan tak habis lagi.
tapi saya sampai umah before 6.40..
OK la tu kot~

Monday, July 27, 2009

Hari ni..jalan jammed~

Tak tahulah nak describe perasaan hari ini.
Pagi pergi office segalanya berjalan lancar.
Bangunpun awal..jalanpun smooth seperti biasa.
Kerja di office banyak juga seperti biasa..
Dan seperti biasa juga sempat saya terjah blog orang lain di waktu kerja~
eheh..
untuk hilangkan ngantuk..

hari ini groupku ramai tiada..
Daripada 13 orang, 5 orang tiada..
Termasuk boss besar..
hehe~
tapi boss tiadapun sama sahaja.
First day mesti kena settle report itu ini..
Pastu kena pi jenguk production line bagai..
Itulah rutinnya.
Sampai tak sedar jam dah menunjukkan 5.30ptg..
Yahhuuuuu...dah boleh balik nih..
Cepat2 saya cabut.
Kalau lambat akan sangkut dalam jam la..
Biasanya before jam 6 kalau dah lepas tol, maka terselamat la dari bahana jammed.
Tapi hari nih tak seperti biasa.
Lepas tol je jalan dah start jammed.
Pelik juga.
Accident tiadapun..apatahlagi hujan (cuaca panas berlebihan adalah..)
Dalam 10 minit jalan slow2..brek2..slow2..
baru la lepas dari azab pertama..
Ingat dah habis ..
Rupanya tak sampai 10 minit kemudian sangkut lagi dalam jam.
kali nih lama..
Dekat 20 minit rasanya stuck..
Dah la banyak kereta yang terlebih terror..
Asyik nak selit2 jer..
Geram den~

Lepas 2nd time jam tu ingat dah settle, rupenya ada lagi..
dekat2 simpang 4 yang ada traffic light tu pulak jam..
kali ketiga lampu tukar hijau baru lepas..

Ingat dah lepas, rupanya tidak lagi..
Jalan daripada 2 lane jadi 1 lane..
Bayangkan lah..
Lagi sekali sangkut jam...
Adehla~
Rupenya ada orang dok buat keje korek2 jalan..
ape kes?
time balik kerja inilah dia tunjuk rajin nak baiki jalan..
bikin susah orang ramai sahaja..

Sudahnya, biasanya saya sampai rumah paling lewat 6.15ptg..
Kali ini dekat pukul 7.00ptg..
Penangan jammed di hari isnin..
Giler argghh..
Kena cari alternative way tuk balik umah nih..
Hari isnin jer..jalan tadi tuh memang blacklist la kan~
dush2..

Kisah & Lagu

Salam..
Oleh kerana tarikh tutup penyertaan contest Mamamanja dah makin hampir.
Saya bertekad untuk karang entry secepat mungkin.
Saya rasa segala syarat telah saya penuhi kecuali letak iklan kat sidebar..(sebab saya letak kat bawah..)
Dipersembahkan..taraaaa~


Tajuk lagu :

Kau ilhamku..

Lirik lagu:

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam,
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...

Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

kisah disebalik lagu :

sebenarnya lagu ini BF saya berikan kepada saya bersama hadiah birthday yang ke-20 saya lebih 4 tahun lalu..
Masa tu kami baru 20 hari couple..
Memang ngam2 20 hari couple.
So, setiap tahun jenuhlah sang BF nak sediakan hadiah sebab beza Anniversary dengan birthday saya tak sampai sebulan katakan..
hehe~
Sebelum dia kenal dengan saya, dia selalu jalan kaki seorang diri ke kelas..
Hiduppun tak macam kawan-kawan lelaki yang lain.
Pandai bergaul tapi tidak terlalu sosial.
Dan agak pemalu dengan golongan wanita.
Memang padanlah sebab sejak dari tingkatan 4, dia berada dalam aliran kejuruteraan mekanikal.
Kawan2 perempuan hanya sedikit sahaja.

Selepas dia bertemu saya.
Saya telah merubah corak hidupnya.
Dia seolah-olah mendapat ilham baru dalam hidup..
Dia seolah-olah dilahirkan semula.
Dia rasa dihargai, disayangi..
Dia tidak rasa rendah diri lagi..
Sebab itulah dia menghadiahkan saya lagu ini..
Kini dia dah tidak lagi malu seperti dulu..
Lebih peramah..
Malah, lebih ramah dari saya..
adeh..

Lupa pula, dia bagi video slide show picture-picture saya dan ada sikit picture dia dengan lagu tema 'kau ilhamku' ini..
Saya sangat terharu.
Video itu masih ada lagi tersimpan sehingga sekarang~
terima kasih sayang..
Dikau juga ilhamku..

Sunday, July 26, 2009

Update terkini Kebun Kami~

Tadi saya ada bagitahu mengenai kebun perkongsian ayah dan abang di Sijangkang..
Tadi juga saya ada upload gambar sang kebun sebeum transformasi sebulan lepas..
Kini saya persembahkan..(ceh..cam wat show laks..)
transformasi yang dah berlaku pada sang kebun tersebut..
taraaaa~~~~



ni keadaan kebun kecil yang dah ditebang pokok dan dibersihkan oleh ayah, abang dan adik alip..
saya dan Aida datang tolong kutip2 dahan kecil sahaja~


Abang saya enterframe. Salah satu pokok yang bakal ditumbangkan tak lama lagi sedang dipegang beliau..
Siap la kau pokok..


Ayah sedang merenung kawasan2 yang belum lagi dibersihkan.
Banyak lagi yang nak ditebang ni..
huhu~


Adek alip sedang menikmati nasi goreng bekal kami. Lepas penat menerangkan kebun mesti penat dan lapar kan..
sempat lagi senyum tuh..
haha~


mak yang comel kiut dan miut hanya lepak di tempat rehat dari awal sampai abes operasi..
Tak larat nak jalan masuk kebun sana.
Lagipun matanya tidak berkeupayaan tinggi.
So, better beliau hanya duduk di situ kan..


Last sekali saya pulak enterframe..
terpaksa la snap sendiri sebab yang lain sedang busy..
hehe~

AYah gILa BerKeBun di Sijankang

Hari ni mak tanya..

'B***ng , mak nak ajak gi Sijankang hari nih..Dengan mak, abang, adek alip..
Aida keluar hari ni..nak tak?'

Oleh kerana hari ini memang tak ada plan untuk ke mana2, sayapun bersetuju sahaja la..
Berkebun jugalah saya gamaknya.

Cuba check kat tajuk dan compare dengan senarai nama yang nak pergi sijangkang itu?
Kenapa tiada nama ayah..?Adakah ayah itu sama dengan abang?
haaa..tidak2...
Sebab nama yah tiada ialah..ayah dah perg lagi awal..
Seawal lepas subuh ayah dah bergerak ke kebun..
Sebab itu saya cakap ayah saya gila berkebun..
Hmapir setiap hujung minggu ayah,abang dan adek alip berkampung di sana..
Kaum perempuan jarang pergi sebab tak tahu nak buat apa..
Kerja menebas dan membersihkan hutan at the first stage memang hanya larat dilakukan lelaki..

Sebenarnya, ayah dan abang baru sahaja berkongsi duit membeli tanah seluas setengah ekar di Sijankang, Klang..
Baru sebulan rasanya.
Masa survey tanah saya ada juga ikut dua kali.
Tapi, selepas dah beli, saya dah tak pergi sehinggalah hari ini.
Kejap lagi saya akan bertolak.

Saya nak upload picture semasa kami survey tanah..
Lepas ini saya akan update kemajuan dan perubahan yang dah berlaku after a month dikerjakan...


Abang tengah kutip pucuk ubi yang tumbuh meliar di kebun untuk buat ulam..


keadaan kebun yang seperti hujan kecil..adeh la~


Ini kebun milik jiran sebelah kami..tanam pokok kelapa sawit sawit..modelnya ialah ayahku..


Aida tengah buat video..abang jadi model beliau..Beliau tak sedar, beliau dan model beliau telahpun jadi model picture ini..
agaga~


Ini bukan nama jalan kebun kami..
ni jalan shortcut ke kebun kami sebab kebun kami tidak ada jalan lagi..
huhu~



akhir sekali, saya sendiri..
bukti kukuh yang saya turut berada di tempat kejadian~
haha~

Saturday, July 25, 2009

Hari Sabtu~

Sabtu..
Cuti..
Hari ini plan saya keluar jalan-jalan..
tak tahu arah tuju..Poketpun nipis semacam..
Kul 12 katanya (BF)..
Jam 12 berlalu..
sayapun mesej BF tanya dia di mana..
Tapi tak berjawab..
Tetiba dapat call dari unknown number..
Rupanya BF, Katanya dia dah sampai..
BF saya tertinggal handset..tapi itu number siapa pulak?(soklan tu saya tanya dalam hati je..)
019xxxxxxx number tuh..

Jumpa sahaja BF saya tanya pasal number tersebut.
Die kata itu nombor public phone..
'Oooo...canggih la public phone sekarang..cam number handphone pulak..'
(Dalam hati rasa cam ketinggalan zaman la pulak~)
adeh la~

Dalam tak ada duit tuh dia suprise kan saya voucher 50 inggit..
Yeay..dapat shopping kat giant..
Saya beli barang makan saja..
Seronok sangat pick2 barang penuh satu bakul tapi bayar hanya RM1.85..
Bukan selalu kan~

Kul 6 petang dia hantar saya pulang.
Ada picture2 yang disnap tapi ada kat kamera BF.
So, entry ini tidak ada gambar la..
huhu~

****************************************************************
Malam tak pergi ke mana..
Sekadar duduk di rumah..
Sekarang pula sedang melayan cerita Tuah Kembali..
Wahhh...Aaron Aziz sangat hensem..
gagah perkasa lak tuh..
terjatuh kerusi saya tadi..

Friday, July 24, 2009

Alarm ku demam...adeh~

pagi nih terpaksa la ke office tanpa drive..
Mengharap belas ehsan daripada ayah untuk menghantar saya ke office..
huhu~

sebabnya?
sebab itu dah tertera kat 'title post' ini..
Entah kenapa saya hanya tersedar bila alarm kakak berbunyi..
Masa tu memang saya sedar la saya dah lewat~
Jam dia berbunyi 1 jam selepas jam saya berbunyi..
Jam saya kul 6.00.
Jam dia akan 7.00..
Huarrrgghhhh..
office saya jauh..dan biasanya saya keluar seawal 6.45 pagi untuk elak jem..
Paling lewat saya kena keluar kul 7.00..
Kalau tidak kemungkinan lewat ke office memang tinggi..
Sebuah company jepun memang pantang la kalau lewat datang kerja..
Samalah dengan company saya.

Tadi, mandi..solat..bersiap..
makan masa dekat 30 minit gak..
Kalau dah 7.30 baru nak drive ke office alamat say good bye la kan..
k, nak masuk office hour dah nih..
tata~

Thursday, July 23, 2009

Hari ni..tak best~

Kenapa?
Hmm..hari ini saya dapat berita tidak best..
Kereta saya tidak akan dapat this week..
Next week KOT?
Ermmm..serius saya kecewa..(rasa macam tak mahu beli kereta lagi selepas ini..)
Dan saya tahu BF yang bantu saya bagai nak rak pun kecewa..
Yup..selalunya tak sesukar ini..(berdasarkan kepada rekod kawan dia yang membeli kereta sebelum ini..)
Tetapi bila tiba giliran saya, ada sahaja masalahnya..
Ini membuatkan saya terpaksa bermuhasabah diri dan seterusnya berfikir secara munasabah..
Memang setiap yang berlaku itu ada hikmahnya yang saya tak nampak sekarang..
Haaa..agaknya nak tunggu mendapat plat number yang cantik..
Tetapi, WSU dengan WSV rasanya sama jer cantiknya..
sebab, U and V nampak sama saja di mata saya..
V seperti U tetapi berbucu tajam..
Ataupun nak tunggu WSW..
agaga~
tak sanggup rasanya nak tunggu lama macam itu..
huhu~

Tadi, mak tanya..

'Bukan hari ni ke dapat kereta?'

kakak pulak terus berdesup bersuara bila saya bagitahu dapat isnin..

'Haa..kalau macam itu kau cuti lah hari isnin..'

Masalahnya benda tu tak pasti lagi..
tak sahih..
Kalau minta cuti hari isnin tetapi dapat kereta pada hari selasa..
no point..

So, tak dapatlah saya untuk menepek picture kereta barusaya yang suprise itu pada minggu ini..
Next week okay kawan-kawan..?
huhu~

Oleh kerana mood saya tidak best, maka entry ini tidak ada gambar..
harap maklum~

Wednesday, July 22, 2009

PC Saya pengsan lagiii..




Tak tahu la kenapa ubat yang saya bagi kali ni pada dia tak berkesan.
Inilah ubat terbaek pernah saya bagi..
saya siap fully format..
langsung tak tinggalkan walau sedikitpun virus..
Tapi wat pertama kalinya selepas format dia pengsan 2 kali..
Memula pengsan tuh, saya terus on kan..
tapi dia macam dah lemah jer..
Terus pengsan semula~
alahai..

Ye, saya tahu..
Saya patut upgrade RAM nyer yang hanya berkapasiti x sampai 1GB..
Motherboard diapun dah uzur gamaknya~
CD writer pun dah x berapa function.
Nasib baek,DVD writer yang berjiran dengan beliau maseh OK..
Kalau tidak, rasa macam nak campak sungai jer PC tersebut..

Dan ye saya tahu..
PC tuh dah lama..
Sejak saya masuk tahun 1 di U dia digunakan..
Jap, kira dah berapa lama usia dia..
Haaa...dah 5 tahun~??
(aikk..buat2 terkejut la pulak..)

hajat dihati memang la nak beralih ke lappy..

comelnye kucing nih tido atas lappy..


tapi apakan daya duit simpanan udahpun disalurkan tuk downpayment kete..
Kena start semula la kan kalau nak jugak..
alahaaaiii lagik..

InsyaAllah..
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
Tapi ingat..kena ada usaha la..
Biar la usaha itu yang halal dan diberkati orang~
renung2kan dan selamat beramal ye..

Tuesday, July 21, 2009

Officemate saya dapat baby~

Hmm...
Selasa lepas, officemate saya, Jojo yang duduk berjiran komputer ngan saya telah mengambil half day leave.
Petang barulah dia muncul.
Itupun sekejap sahaja.
Menjelang jam 3.30 petang dia sudah tidak keruan.
Terus minta balik rumah.

Rupanya isteri beliau telah start sakit macam nak melahirkan anak tapi macam tak pagi selasa..
So, dia pergi office pun resah gelisah sahaja kan petang itu..
Terus esoknya, kami dapat berita gembira yag isterinya telah selamat melahirkan baby boy tepat jam 2 petang itu (rabu la kan.)
Saya hanya berpeluang mesej ucapan tahniah kepadanya.
Sekarang dia sudah menjadi bapa..
haha~

pagi nih saya tengok muka Jojo ceria..
Berseri2..
terserlah wajah kebapaan..
Dia cerita anak dia kena tarik sikit masa beralin sebab susah nak keluar.
Katanya tali pusat bersimpul..
Orang tua2 kata kalau macam gitu gayanya anak itu sedikit buas..dan nakal.
haha~

lagi dua tips.
jangan bagi anak hisap jari time kecil2, nanti giginya jongang..
jangan tanam uri terlalu dalam..nanti gigi lambat tumbuh..
Ini golongan bapa2 muda yang bagi yer~
sedang syok2 tengok picture anak2 si jojo nih tetiba terkeluar topik petua orang2 tua..
hehe~

Seorang officemate saya bagitau yang urinya dulu telah ditanam bersama buku..
So, kesannya dia sudah boleh membaca ketika umurnya 3 tahun..
Tiba2 salah seorang yang lain bersuara.
'kalau macam tu kau tanam la dengan buku pasal algebra, Jojo. Nanti anak kau keluar2 je terus buat persamaan x=2..'

Memang tak dapat bayang la kan baby pandai algebra~

p/s : lupa nak bagitau..nama baby boy Jojo ni ialah Adam Darwish..
Darwish tu maksudnya warak tau..
Kini berada di kampung di Penan. Nampaknya Jojo sudah jadi bujang sekejap la
sekarang nih.
Gambar akan di upload kemuadian yer~

Monday, July 20, 2009

Esok dah start kerja~~~

Salamz all~
sepanjang seharian bercuti di hari biasa (bekerja)..
Saya dapat rasa bahawa cuti ih tak berapa best sebab.
1) saya je yang cuti..orang lain kerja..
2) saya duduk rumah tak tahu nak buat ape. Asyik layan internet sahaja~
3) tadi rumah saya tiada elektrik selama 2 jam.Saya terus blur sebab secara
automatiknya internetpun tiada..
4) saya rasa letih semacam..sebab tak banyak bergerak~
5) saya tak dapat ke mana-mana kerana kereta tiada (telah digunakan oleh kakak)~
6) saya tidak dapat ke mana-mana juga keraan hujnug bulan duit dah kering~
7) tv tak banyak siaran menarik di hari biasa..(bekerja)

Satu-satunya yang saya suka dan rasa best sikit hari ini ilah bila saya dah full format PC saya..

lalalalalalala~

apa pulak pandangan anda tentang cuti di hari bekerja~??

AWARD DARI MAMAMANJA KEPADA SAYA~

hehe~





Mamamanja telah memberikan award kepada voters beliau
tuk contest umahku syurga yang disertai beliau..

Taraaaaa~



Tak sangka pulak dapat award.
terima kasih yer Mamamanja..
Cantik award nih..

**Teka Teki**Pemenang**NurKasih**Cuti**DVD**

salam to all..
kelmarin saya ada buat satu teka teki dan 2 orang telahpun menjadi pemenang..
Saidah dan Faarihin..
Tepuk2..

Tahniah yer..
Tapi ujung bulan nih baru saya post hadiah..
itupun kalau anda berdua sudi tinggalkan alamat, no fon dan nama penuh anda kepada saya di email..
bejangutm@gmail.com
kalau tak de email tu saya anggap anda tak berminat yer~
(mode majuk datang pulak dah~)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk pengetahuan anda saya cuti hari nih..
Ya, company saya begitu baek hati memberi cuti di kala ujung bulan..
So, seperti yang saya bagitau, saya tak ke mana-mana hari ni sebab fulus sudah kering~

semalam saya agak busy sehingga tidak sempat untuk update blog..
Dalam masa busy2 tu pun saya sempat jugak la layan last friday episode for Nur Kasih..
Sedih la pulak kan bila Nur terpaksa menipu keluarga sampai dah nak gradpun~
So,tak dapat bayangkan la grad without family tercinta kan~
sedih wooo~

Lagi satu, abang ipar tu sekali lagi menaruh harapan laks kat Nur walaupun harapan tu dok samar2 sebab Nur tu pun ibarat digantung tak bertali oleh Adam (jahatnya Adam..)

Tak sabar la nak tgk sambungannya jumaat nih..
cepat-cepat la hari jumaat tiba.
hehe~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam saya pekena nasi ayam penyet kat The Curve, Damansara.
BF ku yang demam teringin nak makan nasi ayam penyet.
Demampun maseh lalu makan tau..dasyat2..
hehe~
Lepas tu ingat nak ushar2 DVD..
Saya nak burn semua data dalam PC sebab nak full format PC tersebut memandang keadaannya yang tersangat la uzur.
Ni pun update blog guna laptop akak..
(die keje, so laptop nih saya punya la wat sementara nih..)
Tapi, kedai computer tutup pulak kat Cineleisure.
Terpaksa la balik jer..
Ingat nak cari area rumah saya tapi macam tak jumpa.
Haripun dah petang sangat lagipun..
Dah la die demam kan~
So, dia hantar la saya balik.
Tapi semangat nk DVD tuh tetap ada.
Dikacaunya kakak yang sedang dating ngan BF.
Dengan BF nyer sekali diajak ke Digital Mall Subang Jaya yang baru je opened.
Saya beli DVD yang 50 keping dapat dengan harga RM33.
ok la uth..
murah dan cantik..
kaler pink..
hehe~
entry kali nih tidak bergambar yer sebab gambar semuanya di PC saya.
(belum format lagi..japgi la mulakan operasi..)
Harap maklum..

Saturday, July 18, 2009

Guess what?

Saya nak tanya anda semua la~
Semalam kan saya pergi majlis kahwin kawan saya sehingga jam 11 baru sampai umah..
Ada satu event penting yang saya terlepas untuk buat..

Huhu~

Cuba anda teka apakah ia?
Betul2 lupa pasal benda tuh sehingga la saya terima mesej daripada BF saya dalam kul 9.30 waktu Malaysia..
Tapi saya x menyesal la sebab event penting tu saya boleh je buat kemudian tapi dah tak se'best' semalam la..

huhu~

Cepat teka yer.
Kalau ada yang dapat jawab, saya bagi hadiah..
hehe~

MajLis Kahwin Bazilah dengan Anwar~

Salam semua..
Hari ni dah sabtu..
Saya bercuti sehingga hari Isnin..
Yabedabedooo..
Copany ku baek hati bagi cuti di kala tengah bulan..
Sume dok dendiam je la kat umah..
tak de duit~
lalalalalla~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seperti yang dijanjikan dalam post sebelum nih..
saya nak kongsi cerita mengenai majlis perkahwinan saya..
opss..
perkahwinan sahabat saya di office,..
Bazilah dan Anwar.
Dua2pun adalah teman se office tapi lain department.
Tema mereka warna Pink..
Sangat cantik dan sepadan..
Yang pompuan macam orang Jepun..
Yang lelaki macam Cina..
Jom tengok picture dorang..
Maaf sebab kamera saya hanya 2 MP..

Cantik da segak mereka berdua kan?
Sebenarnya mereka nih bukan sahaja bekerja di bawah bumbung yang sama..
Department sama..
Group pun sama..
Pertemuan mereka bermula masa si lelaki baru masuk bekerja..
Masa tu bulan 7 tahun 2008..
Masa tu kami memang tak nampak apa2 perbezaan..
Semetelahan si perempuan seorang yang cukup menjaga pergaulan..
Jad langsung tak perasan..
Saya rasa saya lah yang paling ketinggalan zaman..
Bila dapat kad jemputan majlis kahwin, barulah saya tahu.
Dapatpun hujung bulan 6..
huhu~

Malam tadi ada la pegacara menceritakan sejarah perhubungan mereka.
Rupanya mereka dah mula serius bulan 2 lalu..
Saya memang langsung tak sangka..
Adeh lagi..
Majlis merisik bulan 4..
Bertunang bulan 5..
Kahwin bulan 7..
Begitu mudahkan perjalanan mereka..
Semoga mereka bahagia dan hidup sentiasa dipermudahkan..
Aaaminnn..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Saya nak kongsi la sikit gambar2 dalam dewan sivik, PJ walaupun tak berapa jelas..
Maaf sekali lagi..
Kamera saya hanya berkeupayaan 3 MP..
huhu~



Atas nih gambar tempat makan beradap pengantin..
Untuk pengetahuan semua, majlis ini tiada istiadat pesandingan..
apatahlagi istiadat berinai (tepung tawar tu..)
So, sampai2 jer pengantin akan terus ke meja makan beradap..

Atas ni pulak tempat seperti untuk bersanding..
Tapi bukan yer..
Sebenarnya kat situ lah pengantin akan buat sesi bergambar bersama keluarga..
kami tak dapat la nak bergambar bersama pengantin..
Sedih wooo~
Di sana la juga pengantin dan bapa pengantin memberi upcapan..
Upacara memotong kek 3 tingkat..


Atas nih pulak picture slide yang telah menayang gambar semasa majlis risik, pertunangan dan seterusnya pernikahan pasangan bahagia..
Yang enterframe dalam picture nih..belah kanan, Kak Fida..dan yang sdang menoleh ke belakang itu Ross..(dua2 officemate saya~)
hehe~

Ni pulak keadaan dalam dewan ke hujung..sangat banyak meja jemputan..
Maklumlah ayah si pengantin pompuan orang kenamaan..
Menteri Besar Selangor pun turut hadir memeriahkan suasana..
(tapi kat sini tak ada gambar Menteri Besar yer..)



Ni pun sama..


Masa ni pngantin dah nak masuk ke dewan..Pembawa bunga manggar enterframe first..


Sempat lagi mabil gambar apa yang ada atas meja..Cantik kan?

Ni air sirap oren..sangat sedap woo~
tapi malangnya dorang tak refill lah kat gelas saya nih..
adeh~


Comelnyer kanak2 pengiring pengantin..terselit kat celah2 pembawa bunga manggar..



pengantin pulak enterframe..sangat comel Bazilah..



Ok, ni saguhati yang saya dapat sebagai jemputan..
Coklat made in Japan..
Halal tau..
Mesti sedap nih..
(belum rasa lagi..sayang nak habiskan..)

Friday, July 17, 2009

Hari yang penat...Lepak offce lepas kerja~

Pagi tadi bangun pagi ..
siap2 pergi kerja..
sampai je OFFICE terus bukak PC, Layan blogwalking..
Masa tu jam baru jer kul 7.30..
Awal kan saya..
Lepas tu mesti pergi sarapan..
Nasi impit sama sambal kerang (pedas gila..)

Then, kerja..
ke hulu ke hilir..
print itu ini..
godek2 PC..
Jalan2 pi department lain..
kacau2 orang lain ajak borak sebab ngantuk...
tup2..
dah abes office hour..

Lepas tu dah standby kat office lagik..
pi pulak layan tgk orang POCO-POCO..
Nak join malas..
agaga~

pehtu kete saya jadi mangsa tuk bawak geng pi minum kat benteng..
Kitorang layan otak-otak jer..
Abes je makan kami berempat dah nak blah la..
Si 'A' bersuara..
'ok, kamu bertiga kira berapa otak-otak yang kamu makan...lebih tu saya punya..'
Si 'B' makan 4..
Si 'C' mAkan 2..
Saya makan 3..
Jumlah yang dah kena ngap 17..
Cube kire bape Si 'A' makan?
haha~
Terkejut Si 'A' tau..
(kami apetahlagi..)
X terjangka~
Tapi otak2 nya memang kellasss...
sedap!..
x payah la nak turun johor..
kat PJ pun dah ada..

Apekah tujuan kami stay di area office..?
Kenapa tak balik umah jer terus..?
Hehe~
Sebenarnya kami nak tunggu sampai lepas maghrib kat office.
Nak pergi majlis perkahwinan sahabat kami yang dibuat malam..

Saya nak sambung tapi dah ngantuk..
penat benar drive balik tadi..
Sampai umah dekat kul 11..
Isk2...
sok saya sambung lagi yer..
siap picture2 gah dalam dewan lagik~

Thursday, July 16, 2009

internet slow tapi nak cite gak..

Adeh la~
internet slow?
bukan2..
internet lembab sebab komputer saya dah sarat ngan viruspadu..
tapi malas nak format ..

hari nih saya dapat call dari cik abang..
DIa kata x lama lagi saya akan dapat kete yang saya idamkan..
err..x de la idamkan sangat..
jadi idam2 nihpun sebab terlalu lama tunggu sejak dari apply nak beli ..
huhu..

takpe...sabar tu kan separuh dari iman~
pasnih kalau kete da kuar saya akan tunjuk rupe die~
kete biasa jer..
dah banyak atas jalan kat mesia nih..
hehe~

**********************************************************************
semalam saya terkejut tengok pemandangan yang dicemari debu dan jerebu~
padahal pagi tu baru je hujan..
Saya ada amik satu picture..
pemandangan dari ofis..



Ni la harga yag perlu kite bayar bile terlampau mengejar kemodenan..
huhu~
Fikirkan la wahai insan..

TAG DARI EYNA-UNTUK SUME~

1. Bekas kekasih saya adalah :
> baik..(x mo kutuk owang..x baek tau..)

2. Saya sedang mendengar :
> kakak ngan abang berborak pasal henset baru yang dibelinya(rujuk post sebelum ini)

3. Mungkin saya patut :
> habiskan jawab tag nih kendia wat stu post baru..untuk malam ni..

4. Saya suka :
> tidur jugak..sebab selalu x cukup tido..

5. Sahabat-sahabat baik saya :
> ada di mana2..sume sahabat baik bagi saya~

6. Saya tak faham :
> kenapa la keliwon nih kadang cam tak logik jalan citenyer..


7. Saya kehilangan :
> kucing saya yang bernama KAKA..dan Embun again..

8. Ramai yang kata :
> saya nampak serius tapi selalu membuat lawak secara tiba2..

9. Makna nama saya :
> cahaya yang membesar..

10. Cinta itu adalah :
> indah..

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
> melayan doyan~sambil tengok KELIWON..

12. Saya akan cuba :
> Melakukan kerja saya sebaik mungkin..mencapai cita2..

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
> Allah yang Abadi..


14. Telefon bimbit saya :
> baru guna 7 bulan..

15. Bila saya terjaga dari tidur :
> saya terus bangun sebab takut lewat pi keje~(huhu~)


16. Saya paling meluat bila :
> ada owang hipokrik..menci2...

17. Pesta/Parti adalah :
> err..besday party or nak raikan sesuatu..takat makan kek atau makan2 beramai2..kat opis selalu jer buat..

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
> Kucing saya la~Diko dan Kaka

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
> Masa kat U...

20. Hari ini :
> Saya makan kopok lekor dua inggit masa lunch tadi..(lapo betul)

21. Malam ini saya akan :
> tidor awal kut~x larat la..

22. Esok saya akan :
> balik lewat sebab nak pi majlis kahwin member kat area office..yeay!

23. Saya betul-betul inginkan :
> kete..bila la nak dapat nih..

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
> saya tengok sama jer cam biasa~comel pe~

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
> banyak kat sini..paling selalu..OU ngan TheCurve

26. Makanan barat atau Jepun :
> Jepun..sedap2~

27. Bilik yang terang atau gelap :
> gelap kalau nak tidur..

28. Makanan Segera adalah :
> Burger King~hihi

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
> jahatnya hantu keliwon tuh~geram~

30. Siapa yang anda mahu TAG?

>saya baek..saya bagi kat...

semua yang komen kat post saya 'Handphone Kakak mati lemas'
Biar saya senaraikan di sini..

1) Cik Qemm
2) nizamsani
3) sHaH
4) Taz
5) Zairi Baharom
6) Mamamanja
7) Ayu

Akhirnya berjaya bayar tag~
kepada yang berkenaan seperti diumumkan di atas sile bayar kat kaunter depan yer~


Award lagi..yeay!


Saya telah terima award dari CINTA..
CINTA cakap ini first time die create award..
seronoknya dapat first award from her..

Dia minta saya copy n paste ke blog..

ok, saya dah buat..

Dia minta saya describe sikit pasal FRIENDSHIP..

ok, bagi saya persahabatan itu abadi..
bercinta tak semestinya bersatu..
tapi berkawan memang akan kekal selamanya..
persahabatan yang dibaja elok akan membuahkan hasil yang cantik dan membahagiakan..

thanks a lot CINTA..

Wednesday, July 15, 2009

Handphone kakak mati lemas~

kakak saya sangat sedih a few days ago..
Sebab handset dia telah masuk air..
mati kelemasan..

bukan masuk longkang..
apetah lubang jamban..
tapi..
masuk washing machine..
Yang bestnya dah siap cuci..rinse..spin..
mau tak nangis..
Ini la die rupa handset dia yang tersayang..





Macam nih la keadaan hansdet selepas lemas dan diberikan CPR..




Lepas dah baraikan..rawatan haba pulak dikenakan..
pakai hairdryer jer..
hehe~



lepas itu, dia hantar pergi service kat kedai..
semalam dah elok..
Tapi die nak jual...
Handset masuk air nih kureng dah kualitinya~
Itu saya akui la~

Hari ni die balik dengan senyum..sengih samapi ke telinga..
Beli handset baru yang lagi canggih maaa~
Sony Erricson W705..
Tak tau rupe bentuk macam mana..
sile search di google yer untuk keterangan lanjut~
hehe~

ok la~
saya udah mau beradu~
esok kerja lagik..
tata all.

Kenduri Encik Lut - Kak Ai~

Last few weeks saya ada join kendir kahwin cousin BF ..
Rasanya cam dah cite dalam pos yang lepas2 tapi tak ada pictures.
Ingatkan nak tunggu pictures2 menarik dari camera2 canggih tapi ..

tunggu..

punya tunggu..

punya tunggu..

x kunjung ada..

So, dipersembahkan macam biasa 2 megapixels pictures snapped by me using my handphone..
So layan la yer..




paling penting kerusi pengantin tuh menarik..
tinggi 6 kaki tuh kusinyer~
tu pun masih tak nampak lagi kat mana takat tinggi kusi tuh..
pengantin bukannya rendah tau..effect kusi tuh menyebabkan beliau nampak begitu~




adeh..blur sket la picture yang last nih..
jadi la kan~



ok, kalau ada picture menarik lagi akan saya upload..
Istimewanya sebab sume perhiasan, backdrops, kerusi pengantin semuanya di taja~
macam artis pulak kan~
hehe..bertuah badan..

Tuesday, July 14, 2009

Tag Form LadyKiki-kite lihat sapa yang kena pulak?

Saya telah ditag oleh LadyKiki..

♥APAKAH PERASAAN ANDA?


Tadi time keje tensi amat...
balik umah ceria sket~
Mak belanja makan nasi goreng kerabu tadi..yeay!



♥SAYA NAK MAKAN..

buah duku langsat or dokong..
Memang tiap2 kali musim saya borong x hengat~
pehtu nak prosperity burger for McD (adeh la..CNY baru ada..+ kan ke saya sedang boikot?)


♥SAYA TAK SUKA

jenis orang yang talam 2 muka..(sama dengan LadyKiki)
hipokrasi..menci2..


♥IMPIAN SAYA

nak jadi anak dan isteri(belum lagi) solehah..(doa-doakan la yerr)


♥HAIWAN YANG AKU TAK SUKA

lipas- kotor
semut 'mayat'- x makan saman


♥HARAPAN SAYA

Nak membahagiakan ibu dan ayah..
Nak sambung master..(tapi masih lagi dalam 'harapan')


♥JIKA MASA BOLEH BERPUTAR.

nak kembali membetulkan kesilapan lalu~(banyak silp tuh..)
nak belajar betul2..(kalau dulu score mesti boleh amek mechi pure..)


♥hp saya adalah

Sony Erricson W660i dan Nokia NGage..


♥saya pernah bercinta sebanyak..

err..
biasa la zaman budak2..
ada la cinta chimpanzee..yang penting skang dah jumpa dah..
InsyaAllah dialah jodoh saya..


♥SAYA SUKA PADA

orang yang nampak cantik..dan hensem tapi humble (pandang je la..)
orang yang lain dari lain (outstanding)
kucing..arnab..(sangat comel..)
kanak2 yang comel dan manja..
blog..dan blog yang saya lawati..(including LadyKiki's blog)
kelab kesayangan saya @lambaian
kawan2 bloggers tegar yang selalu singgah blog saya serta meninggalkan jejak di ruangan comment dan shoutbox..


♥PERNAH DI KHIANATI

Entah la~
tak ingat..benda2 x best nih memang cepat lupa la..hehe~
wat sakit limpa jer kalau ingat..



♥APA YANG ANDA LAKUKAN KEPADA ORANG YANG MENGKHIANATI ANDA?

saya hanya doakan keselamatan dan kebahagiaan die..
saya tak suka nak simpan2..saya lepas je semua bila ta dikhianat..
lepas tu..fuhhh..free dah~



♥SENARAIKAN 8 ORANG YANG ANDA INGIN TAG:


top 8 commenter tegar blog saya..
iaitu,

-Firol

-sHaH

-ayen=D

-cik intanurulfateha

-amaNI

-FdausAmad

-Kotak Hati

-Eyna's


tag dari Cik LadyKiki sudah dibayar..
dadadada~

Tag 'Semua tentang Tiga untuk Anda..

Semua Tentang Tiga
Tagged by Ayu..


THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU
1. afzan
2. noorafzan..
3. zan

.
.
.
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

1. 12-04-85 (birthday aku)
2. 15-9-09 (masuk keje kat kilang skang)
3. 22-3-05 (?) .

.
.

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES

1. minum air kosong
2. tgk citer La Dolce Amira
3. tgk diko..kucing kesayangan..
.
.
.
THREE WAYS TO BE HAPPY

1. bila bersama famili..
2. blogging
3. keje (cam tipuu jerk..ngeh2..)
.
.
.

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE

1. kamera..hehe~
2. tiket free gi makkah..
3. deko bersama eric(umah cam dah sezen jerk..)
.
.
.
THREE OF YOUR FAV. HOBBIES

1. blogging...
2. tgk tivi citer best..layan DVD..
3. Sudoku maniac..
.
.
.
THREE FAVORITE DRINKS

1. air teh tarik..
2. teh o limau suam
3. limau ais
.
.
.
THREE FAVORITE COLORS

1. white
2. pink
3. hijau pucuk pisang
.
.
.
THREE U LOVE SO MUCH

1. Allah swt
2. Rasulullah
3. Family (bakal suamipun ley include kan..)
4. yer..nak 4 gak..friends..
.
.
.
THREE WHO DO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY

sama la ngan Ayu..x cukup 3 jer..
sume yang terbaca post saya ini sile tinggalkan comment sebelum jawab tag yer~
saya nak track record..(ceh pasan betul saya..cam ramai jerk nak wat tag nih..)


Monday, July 13, 2009

Award from Lionteen..

Finally, dapat lagi award..
Kali nih dari Lionteen

Ni lah awardnya..cantik..



Thanks Lionteen..

Dah lama nak tunjuk...

Isk2..
hari2 balik geram je tgk die..
Tiap2 pagi duk merengek minta makan..
Petangnya pulak elok landing..tidur jer kerjanya..
Tapi umur die dah 9 tahun..
Tapi tak penah nak pegi sekolah..
Asyik nak duk umah jer..
Semalam saya teringin nak snap pic die..
Sekali die tengah menguap daa~
ngantuk le tu..



sian lak kat die nih..bosan tak de teman..Dulu adik beradik die ramai..tapi semuanya kena sakit kulit..mati akhirnya..die saja yang survive..
Lepas itu banyak la kucing2 lain datang dan pergi silih berganti..
Tapi at last tinggal die juga yang maseh setia..
Kami memang sayang habis la kat dia nih..
Ohh yer..nama dia dulu Cico..lelama jadi Ciko..lepastu sekarang jadi Diko..
Lekat la Diko tuh saja..
Dia sangat comel..mari saya tunjuk picture dia..




Comel tak..Member adik lelaki saya memanggilnya Megat sebab dia nampak GAGAH dan KUAT..
HENSEM..(kucing hensem?)
x jelas yer..k..
saya bagi gambar last punyer yer..
taraaaa~



Dia memang suka nak tamak sampai amik sekali 2 kerusi..
Dia nak selesa je..
hehe~

Sunday, July 12, 2009

Blood Donation -Phobia to Addicted..

Dulu masa belajar saya cukup takut bila dengar pasal derma darah..
Terfikir tidakkah ia menyakitkan..?
Tidakkah ia mengganggu kesihatan?..
ye la..darah keluar satu bag..
Cedera sikitpun dah pening kepala la..lemah la..
apetahlagi satu bag darah kuar..
huhu~

Tapi bile dah besar sikit.(masa kat U la nih..)
Ada la keberanian sket..
Lagipun bila pikir logik..tiada orangpun yang sakit teruk lepas derma darah..
tak ada lagi orang yang hilang nyawa sebab derma darah..
bak kata member saya..
"Derma darah je..bukan derma dara.."
ngeee~
Jadi dengan semangat berkobar-kobar..
Ditemani teman depan bilik dulu..(tak ada room mate sebab duk bilik single..)
Try la pergi derma darah..tak jauh pun..jalan kaki je dari bilik-bilik kami..
Isi la borang bagai..
lepas itu check darah..
Alahai.x lepas..hemoglobin rendah..
Terus pudar semangat nak derma..
Tiap kali ada program blood donation mesti x mau join dah..

Bila dah besar banyak..(ah abes belaja..n dah kerja..)
Rasa cam ada semangat ingin mencuba nasib..
Company ada buat sesi medical check up bulan 6 lepas..
Masa tuh tekanan darah rendah dari normal..
Then, ada program derma darah pulak awal bulan 7..
Walau apapun ,saya letak juga nama untuk menderma..
Nak dijadikan cerita, sehari sebelum tu saya pergi klinik.
Doktor bagitau saya kurang darah.
Saya tanya kalau2 saya ada peluang tuk derma darah ..
tapi jawapannya mengecewakan..
adei~
So, memang saya tak derma la darah keesokannya.

Tapi dek semnagat yang berbaki tu..
Saya tetiba bertekad tuk pergi derma darah juga pada hari terakhir program tersebut..
Saya siap dah makan kerang banyak2 pagi tuh..
Lepas tu saya pergi la isi borang..ambil sampel darah..
n the check tekanan darah..(tempat paling scary..)
jeng3..akhirnya tekanan darah saya NORMAL..
Saya boleh derma..
MALAYSIA BOLEH..Sayapun boleh la kan~
hehe~

Akhirnya darah yang mengalir dalam tubuh ini dapat dimanfaatkan oleh oang lain yang memerlukan..
Anda bila lagik?

Baik la.
Saya tunjuk sikit proof yang saya telah donate darah saya hari tu..
Mari lihat..


Tertarik dengan benefit tuk penderma darah..
Dapat buat rawatan percuma selama 4 bulan~(ni tuk 1st timer jer..)
Lagi banyak derma, lagi banyak la benefitnya kan..
Lagi banyak derma, lagi banyak yang dapat dibantu..
itu yagn paling utama..

Layan lagu lagik from Akim..+MENTOR..

Selalu kalau bukak blog AKIMFAN..
akan dengar la lagu single pertama dia time konsert akhir..
lama2 dengar cam suke laks..

so, pelagik..
layan la yer..



Lirik nih telah saya dapat daripada blog AKIMFAN (sama link seperti di atas..)..

Bengang (single) ~ Akim AF7

aku bosan dengan cintamu
aku rasa buang masa
kau selalu mendustakan cintaku

aku fikir kau tak searus
lebih baik ku beralih
biarkan diriku terus bersendiri

ku tak sanggup engkau setia
walau jasad dan juga nyawa
sebagai tanda cintamu padaku

katamu..

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa

cukup berkali kau berkata
jangan diulang lagi dusta
jangan kau pujuk hati yang terluka

tak mungkin akan ku kembali
jika janji sekadar mimpi
tak mungkin aku sanggup
bersama dengan mu

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku

setiap liku diserang pilu
setiap liku teringat janjimu
ooh caramu..
akan ku teruskan diriku oh tanpamu

tak mungkin ku percaya
kata-kata yang penuh dusta
hanyalah bibir berkata
yang memilukan
menambah bengang rasa hampa
terus tinggal diriku terasa
ooh..


*lagu: Amir
*lirik: SQ

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

K, next..
Tengah layan MENTOR..
Tapi sedang tunggu resultnyer..
lambat betulla~
adeh@..
na tido dah nih..
sok keje..
Korang rasa sape yang patut menang.?
Kira, Black or Chaq..
isk2..tak patut tanya dah kan sebab kejap lagi dah tau..
sabar2..

Tukar Kulit~

Blog saya udah berwajah baru~
berkulit lebih cantik..
ye ker cantik?

Sudah lama nak tukar..
Sebab nak yang 3 column template..
Hari nih baru berkesempatan nak buat..

Enjoy visiting my blog...
Thanks Taz sebab bagi akak tips..
Sayang kamu~

Saturday, July 11, 2009

Hantu Sudoku..

Adakah anda tahu ape itu SUDOKU..?
SUDOKU tu satu game yang bermain dengan number..
Game nih popular kat Jepun..
Ia bagus itu mantapkan fikirn dan menguatkan ingatan..

Saya mula kenal game nih masa tahun akhir di UTM..(akhir 2007)
Masa tu coursemate saya Nina suka sangat main game ni..
Game nih ada dijual dalam bentuk buku..
So, ke hulu ke hilir buku nih di bawaknya..
Bila free jer dia akan main game nih..
So, satu hari tuh saya tertarik tuk cuba..
Dia bagi saya peluang untuk cuba satu..
Mula2 mmg susah..
Lama2 rasa macam addicted lak..
Terus saya cari buku SUDOKU..
Dan masa lapang banyak la di isi ngan game nih..

Sampai la saya dah grad, saya terjumpa sudoku yang pelik sikit..
Biasanya number cuma daripada 1 hingga 9..
tapi kali nih lain..
SUPER SUDOKU katanya..



Bentuk game nyer seperti di bawah nih haaa~(12 kotak..kena guna nombor dari 1 hinggga 12 la~)



memang susah sangat game nih..
Saya selalu lambat nak siapkan setiap game..
Kadang2 x berjayapun..
tapi saya suka..
Skang nhi games dalam buku nih dah makin kurang sebab banyak dah yang berjaya saya selesaikan..
dan saya cuba tuk cari lagi games unik nhi tapi tak jumpa la..
Adakah ia Special Edition only..

Friday, July 10, 2009

Friendly Award from DODO..

Saya sebenarnya baru jer kenal ngan Dodo..
itupun sebab Dodo ada wat blogwalking ke blog saya..
Tiba2 semalam tgk ada award yang die bari kepada sesiap yang baca entry tersebut..
sayapun rasa cam kena amik..
So saya amek la..
hehe~

Thanks Dodo..



Syarat untuk terima award ni:


1. Copy paste award ini di blog anda


2. Sila copy paste award ini di side bar blog anda


3. Passkan award ini kepada rakan anda
Sesiapa yang baca ni boleh la amik

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics