Followers

Wednesday, July 29, 2009

Ayamku mati tinggalkan anak~

Cerita sedih lagi hari ini..
Ermm..
Lepas je accident, saya balik umah la kan..
Then, saya pergi belakang rumah sebab mak bagitahu ada ayam mati.
Sayapun pergi la tengok..
Kasihan dia. Bahagian kepala dah tenggelam dengan lautan semut.
huhu~



Saya bersuara..

'Eh, inilah ayam yang ada anak sekor tu kan.?Anak dia dah tak ada ke? Tinggal dia saja kat sini.'

Mak saya jawab dengan confidentnya..

'anak dia dah mati jugak kut?'

Saya panggil pula adik alep saya ,minta kebumikan bangkai ayam ini.
Adik saya datanglah tengok.
Pastu pergi cari cangkul semua.
Tiba2 dia bersuara..

'eh, anak dia ada la kat sini'

dia tunjuk kat kawasan berpokok yang terlindung dek mataku. Tiba2 telinga dapat tangkap kicauan anak ayam tersebut..
Kasihan la pulak..
Mak dia dah mati.
Anak dia tinggal la sekor2..

Saya masukkan dalam kotak berlapikkan kain buruk..
Kotak tu saya letak di satu tempat yang saya rasa selamat.
Apalah nasib anak ayam ni yer nanti..
Cuba tengok anak ayam nih..
sangat comel..




Kita tunggu esok la untuk tahu nasib anak ayam tersebut..
hmmm..

17 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics