Followers

Tuesday, July 21, 2009

Officemate saya dapat baby~

Hmm...
Selasa lepas, officemate saya, Jojo yang duduk berjiran komputer ngan saya telah mengambil half day leave.
Petang barulah dia muncul.
Itupun sekejap sahaja.
Menjelang jam 3.30 petang dia sudah tidak keruan.
Terus minta balik rumah.

Rupanya isteri beliau telah start sakit macam nak melahirkan anak tapi macam tak pagi selasa..
So, dia pergi office pun resah gelisah sahaja kan petang itu..
Terus esoknya, kami dapat berita gembira yag isterinya telah selamat melahirkan baby boy tepat jam 2 petang itu (rabu la kan.)
Saya hanya berpeluang mesej ucapan tahniah kepadanya.
Sekarang dia sudah menjadi bapa..
haha~

pagi nih saya tengok muka Jojo ceria..
Berseri2..
terserlah wajah kebapaan..
Dia cerita anak dia kena tarik sikit masa beralin sebab susah nak keluar.
Katanya tali pusat bersimpul..
Orang tua2 kata kalau macam gitu gayanya anak itu sedikit buas..dan nakal.
haha~

lagi dua tips.
jangan bagi anak hisap jari time kecil2, nanti giginya jongang..
jangan tanam uri terlalu dalam..nanti gigi lambat tumbuh..
Ini golongan bapa2 muda yang bagi yer~
sedang syok2 tengok picture anak2 si jojo nih tetiba terkeluar topik petua orang2 tua..
hehe~

Seorang officemate saya bagitau yang urinya dulu telah ditanam bersama buku..
So, kesannya dia sudah boleh membaca ketika umurnya 3 tahun..
Tiba2 salah seorang yang lain bersuara.
'kalau macam tu kau tanam la dengan buku pasal algebra, Jojo. Nanti anak kau keluar2 je terus buat persamaan x=2..'

Memang tak dapat bayang la kan baby pandai algebra~

p/s : lupa nak bagitau..nama baby boy Jojo ni ialah Adam Darwish..
Darwish tu maksudnya warak tau..
Kini berada di kampung di Penan. Nampaknya Jojo sudah jadi bujang sekejap la
sekarang nih.
Gambar akan di upload kemuadian yer~

3 comments:

Mamamanja said...

tahniah kat kawan tuh

Ayu Zan said...

alhamdulillah..bertambah satu lg umat muhammad... semoga si baby se'darwish' namanya..

noorafzan.blogspot.com said...

insyaALLAH..
ayah diapun nampak baek..

tadi kat office pun macam x keruan jer..
asyik cari artikel pasal penjagaan baby jer..
dah la anak isteri jauh kat penang lak..
aduhai..
jumaat nanti balik on time la dia..
trus ke penang~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics