Followers

Friday, July 3, 2009

Bengang-Sedih-Happy..

Tajuk entry nih turutan perasaan saya bermula dari rabu malam..
sampai la pagi tadi..
Lam tul..

Baik la,
Kita mulakan la ikut turutan yer..

Memula BENGANG..
actually lepas maghrib rabu, dapat call..

" awak, saya rasa saya tak dapat nak pergi la ahad nih sebab...bla bla bla..."


Saya jawap,

" takpe la, kalau sayapun saya akan buat macam awak juga.."


Dia jawap balik,

'"Awak bagitau la pada kawan awak tuh yang awak tak dapat pergi sebab nih.."


Agak terkejut juga la dengan jawapan dia tuh..

"tapi, saya nak pergi juga la.huhu~"


"Awak nak pergi dengan siapa"


"Nanti saya fikir balik. Saya tak tahu lagi nih.."

Lepas itu panggilanpun tamat.
Saya bengang bukan sebab dia tak dapat pergi. tapi saya bengang sebab dia macam nak sayapun tak pergi.
Macam la. Walaupun bila saya fikir2 balik memang itu la jalan penyelesaiannya di mata dia.
Sebab saya cakap semua kawan2 saya nak pergi hari sabtu..
Saya jer nak pegi ahad..
Macam tak ada harapan la..
Dan saya tahu dia rasa tersepit juga la.

SEDIH pulak yer..
(Khamis la)
Sedih sebab bila pergi office, member2 membincangkan planning mereka untuk hari sabtu..
tiada satupun nak plan pergi ahad..
Harapan saya sedikit tipis la kan untuk pergi majlis tersebut..
Sedih sebab kawan nih agak rapat dengan saya sejak awal masuk office.
Sepanjang masa kami bersama..
Sehingga la kami terpisah sebab group kami berbeza..
Sedih lagi sebab sepatutnya pergi belah dia hari sabtu tapi saya ada komitmen lain menyebabkan sabtu 'cross finger'.
Ahad belah lelaki..itupun dah tak ada harapan jugak gamaknya kan..
tentu la sedih dan frust..

HAPPY...
Hmmm...(ni berlaku pagi nih)..
Pagi2 pergi sarapan dengan M*z ngan Ca**l.
Tiba-tiba saya bersuara,

"Saya sedih la sebab tak dapat nak pergi majlis hana sebab..bla bla bla. BF tak dapat nak pegi."


Tiba-tiba M*z bersuara..

"Ooo ye ker..Orangpun mula2 nak tanya juga kat awak, sebab orang pun ada hal sabtu tuh..klau awak pergi dengan BF , saya tak nak la. Tapi bila awak cakap BF awak tak dapat pergi.., bloeh la kita pergi.."


Ca**l pun mencelah..

"Kalau macam tu sayapun nak pergi juga la.."


Maka selepas itu tersenyum la saya kegembiraan..
Alhamdulillah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Saya masih lagi berpeluang untuk ke majlis kahwin sahabat saya..
So, kepada kawan2 jangan mudah berputus asa walaupun adakalanya benda tuh nampak macam mustahil.
Sebab tiada yang mustahil bagi Yang Maha Esa..

Di sini saya nak sampaikan ucapan tahniah kepada sahabat say Hana Fazreena dengan Encik Zebiq atas pernikahan dan perkahwinan mereka berdua esok..
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu..

4 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics