Followers

Sunday, October 10, 2010

Open House Raya : Marathon 5 rumah.

Sabtu 02/Oct/2010..
Perghh..dah seminggu simpan story tapi mahu share juga.

Gembiranya hati.

Sebab dapat pergi Open House ke 5 rumah sekali harung sabtu lepas. Dimulakan dengan Bukit Beruntung di sudahi dengan Rawang. Semuanya ialah rakan officemate tunang saya. Buat pertama kalinya dalam hidup saya pergi drive menjemput dia. Selalunya dia yang datang menjemput saya. Pagi-pagi dah redah highway takut-takut tersesat al maklumlah tak pernah drive sendiri di area rumahnya.

Dia tinggal dengan family serupalah macam saya. So, memang kena ber open house di rumah dia dahulu. Segan-seganpun habis jugalah popiah goreng buatan tangan kakak dia. Sedap sebab inti dia macam ada isi ayam. Lain daripada yang lain tu.

Rumah pertama kami cuma makan cheese cake. Sebab masih lagi kenyang sebab baru makan di rumah si tunang. Rumah kedua pula kami makan mee goreng plus ayam rendang ( ke bihun goreng?). Pencuci mulut sekeping kuih bakar dan buah tembikai potong. Rumah ketiga pula ada satay. Apa lagi kami hanya bantai satay 3 cucuk seorang. Rumah ke empat pula makan bihun sup. Memang sedap sangat bihun supnya. Air soda bandungpun layan sampai 2 gelas sebab sedap sangat. Rumah ke lima?

Tensionnya rasa..

Sebab kena merempuh kesesakan jalan raya selepas tol rawang. Almaklumlah rumah terakhir di Rawang. Entah macam mana elok elok berkonvoi lebih 5 kereta at last hanya tinggal 3 kereta. Lagi 2 kereta membuat kesilapan besar sebab ikut jalan dalam yang confirm lagi sesak daripada kami yang ikut highway. Kesudahannya mereka hanya tiba menjelang maghrib. Kami yang sampai awal ini sudah siap makan. Menunya semua masakan kelantan. Ada lakse, nasi dagang dan juga lauk-lauk typical raya seperti ketupat rendang. Tapi seriously biskut coklat chip dia memang sedap sangat. Tak jumpa lagi biskut chip sesedap itu.

Lagi bertambah tension rasa..

Sebab rasanya ramai juga yang snap-snap gambar sepanjang beropen house itu siap ada 2 DSLR tapi satu gambarpun saya belum dapat tengok lagi. So, terpaksalah saya buat entry ini tanpa gambar. Aci tak?.

p/s :Kalau ada gambar esok-esok saya cerita di blog. Suka sangat dengan si kecil Danish yang sangat-sangatlah sweet dan cepat mesra dengan semua orang.

8 comments:

saya_arief said...

besh nye dapat makan2..
xkesah ape halangan yang menimpa..
;p

Sharinginfoz said...

hari terakhir katakan

Unknown said...

best la kan..kalau kat kelantan raya cuma 2-3 hari..kalau keluarga tu modern..adala buat open house...

Faarihin said...

wah.. hari2 terakhir pun ada umah berbuka.. bestnya.. tgh menunggu pic2 itu.. huhuhu..

cikpia said...

agak2 nya dah naik baper kilo minggu nie??? =)

Unknown said...

SALAM,
LIMA RUMAH DALAM SEHARI! HEBAT TU ! ORANG JEMPUT, KITA MACAM MANA CUBA DATANG. BERSAMA DENGAN TUNANG PULAK ! TAK RASA PENAT PUN !

noorafzan.blogspot.com said...

saya_arief.
haha..
tu la pasal arief.

sharinginfoz.
bukan hari terakhir bro.
ni last weekend.

Azmi..
betul tuh,..
tapi orang kelantan suka buat kenduri kawen masa raya kan.

faarihin..
oraito..
tunggu gak nih..

pia..
entah le.
tak timbangpun.
huhu~

LF..
Hehe..
tu la..
Lagi2 bila tuan umah bagi makan sedap2.
lagilah best.

akubiomed said...

La gi Bukit Beruntung kenapa tak singgah rumah saya dekat Bukit Sentosa tak jauh tu<---macam kenal je pada baru tulis komen kat blog ni ;-)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics