Followers

Friday, October 15, 2010

Masalah air bukan masalah kecil!

Sebenarnya ku tak suka sangat tulis entry dalam bahasa inggeris sebab secar automatik ku kaan jadi skematozoid bila menulis dalam bahasa itu dan ku rasa macam tak kreatif je. Ye, betul penguasaan bahasa inggeris itu penting sekarang tapi itulah memang ku tak berbakat menulis dalam bahasa itu. Kalau tulis sahaja mesti rasa tak menarik. Rasa macam tak ada orang bacapun ada. haha~

Lagi-lagi entry sebelum ini yang pasal air. Sebenarnya entry itu saya buat khas untuk support Blog Action Day 2010 yang jatuh pada hari ini 15 Oct 2010. Saya tak tahu sama ada kena buat entry itu dalam bahasa Inggeris atau boleh sahaja guna bahasa Melayu. So, untuk play safe saya guna sahaja bahasa Inggeris.

Cakap pasal air ini kita memang tak pernah nak fikir secara serius. Sebab kita di Malaysia jarang menghadapi masalah air. Kalau adapun semua itu disebabkan masalah paip bocor/pecah atau Syabas sedang buat penyelenggaraan. Sedikit sahaja bilangan tak ada air sebab masalah tekanan air di area tu rendah dan juga disebabkan musim kemarau (Malaysia pernah sahaja menghadapi saat genting musim kemarau yang seserius negara lain).

Kita patut berterima kasih kepada pihak yang menguruskan air di negara kita sebab mereka dah melakukan yang terbaik untuk membekalkan air bersih kepada semua pengguna walaupun kalau kita tengok semakin lama sungai kita semakin berwarna dan tak sejernih dahulu. Dan bekalan air bersih semulajadi semakin berkurang sebab kawasan bukit yang menjadi tempat tadahan air semakin banyak yang ditarah untuk pembangunan. Ya, demi pembangunan kita terpaksa mengorbankan sumber air kita tanpa kita sedari. Ingat pokok-pokok dan habitat tempat tinggal haiwan liar sahaja ke yang terkorban?.

Syarikat yang menguruskan air kena menyediakan logi untuk membersih air yang kita dah cemarkan untuk kegunaan harian kita yang lazimnya akan masuk longkang dahulu kemudian ke parit dan seterusnya ke sungai dan merawatnya sehingga bersih semula. Kita hanya tahu bila buka paip mesti keluar air. Betul tak? Dan kita anggap kita dah 'bayar' segalanya dengan melunaskan bil air setiap bulan. Memang betul kita dah melunaskan satu hutang kita iaitu pada syarikat yang menguruskan air itu tapi cukupkah dengan itu?

Cukup atau tidak itu subjektif. Bagaimana pula dengan hutang kita kepada alam? Kita boleh membantu untuk mengurangkan punca pencemaran pada sumber air kita dengan mengikuti 4 cara yang saya selitkan dalam entry INI. Itu salah satu caranya. Ada banyak lagi sebenarnya tapi baik korang check sendiri di SINI pula.

p/s : ini kira entry luahan saya pasal isu air dalam bahasa melayu lah ye.haha~

4 comments:

azzey said...

noor afzan: air penting utk kehidupan seharian kannn...

Anna Boleyn said...

salam.

good luck untuk contest tu nanti. :)

p/s : ini misi membalas 172 komen! batch kedua selepas membalas komen dari 98 blogger. wawawa.. its okay.. demi kalian semua yang selalu tinggalkan komen di HLN. Tanda penghargaan. Thank you so much! :)

aishahumairah said...

ya..air sgt penting..!!

mcm krangan spm plak rasa..hehe

noorafzan.blogspot.com said...

azzey,..
betul..

anna..
ni bukan contest hana.
suka2 je..

aishahumairah..
betull!!

betul juga.
tapi rasa macam karangan PMR je..
ahah~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics