Followers

Thursday, October 14, 2010

Cabaran Menyelongkar Kebenaran 6 : Benda yang ku tak nak buat!

pSalam Rabu semua. Hari ini rasa macam nak sambung balik Cabaran Jardness ini. Sebenarnya bukan tak mahu buat tapi untuk hari ke 6 ini soalannya susah la pula. Ok back to the topic,benda yang ku harap untuk tak buat atau dalam erti kata lain ku nak elakkan..


Berkahwin..kalau..
http://2.bp.blogspot.com/_PruDBTwPQ8o/SfcyCwSNUBI/AAAAAAAABXI/UBT8PB_hjFk/s1600/kahwin.jpg
masa nak kahwin itu memang mudah tapi hidup selepasnya bukan semudah itu.

Kahwin? Woo..siapa tak mahu kahwin? Semua orangpun mahu kahwin kan. Tapi kahwin inipun bukan senang sebenarnya. Bukan simply-simply sahaja untuk kahwin sebab ini keputusan yang akan mengubah hidup kita sampai ke akhir hayat. So, ku akan elakkan kalau ku tak jumpa orang yang mencintai aku kerana Allah SWT dan bukan semata kerana rupa (err..masalahnya ada rupa ke eden nih?) dan kebendaan (err..masalahnya kaya ke eden nih?). Ye, mungkin sebab ku tahu ku tak ada rupa dan kebendaan la ku yakin sekarang yang si dia terima ku bukan kerana itu tapi keranaNya. =)

Beranak..kalau..
http://2.bp.blogspot.com/_qcQX5u5Y70E/TEnFghsY_kI/AAAAAAAADMI/bG1PRcIoH3A/s1600/anak-perjuangan.jpg
comelnya!, bukan senang nak didik anak kan?
Memiliki anak sendiri. Siapa tak mahu beb. Ruginya kalau tak mahu ada anak. tapi bila fikir semasak-masaknya, beranak ini kalau ikutkan bukan mudah. Nak mengandung 9 bulan, nak melahirkan dan lepas itu yang paling susah ialah nak pelihara sampai besar panjang. Ku memang nak elakkan selagi kurasa tidak mampu untuk mendidiknya dengan baik dan membekalkan dia secukupnya untuk menghadapi cabaran dunia hari ni.Tapi, apapun anak itu rezeki dan kenalah bersedia dan bersedia untuk menerima rezeki Allah itu dan memelihara dia sebaiknya kan. Dan bila dah kahwin sok mesti secara automatik korang juga akan sedia dah untuk dapat anak. Betul tak?

Bekerja office hour..
http://rosalindaoroh.files.wordpress.com/2010/05/office-romance_797135c.jpg
baru masuk kerja dah fikir nak balik. haihh!!

Sebab most of people bekerja office hour and most of the time sebelum office hour bermula dan juga selepas office hour berakhir ku kan meredah lautan kereta. Senang cakap setiap kali ku drive pergi dan balik kerja ku risau dan kalau boleh mahu sampai ke destinasi itu secepat mungkin. Ye la lately terlalu banyak keluar tv kisah kemalangan itu dan ini. Kadang-kadang kita dah cukup berhemahpun tapi kalau orang lain memandu secra bahaya, tetap terkena tempiasnya kan. Apapun sentiasa berdoa keselamatan diri dan kereta setiap kali drive.
Banyak pula alasannya ye padahal sebenarnya tak nak mengaku bahawa ku gila pemalas nak ke office pagi-pagi.

Membunuh nyamuk dan semut..tapi..
http://3.bp.blogspot.com/_E5FtOmxBypU/S7sCKcjUVoI/AAAAAAAAAFA/1QCr0LkQUQU/s1600/Mosquito_Bee.gifhttp://3.bp.blogspot.com/_SX-ksWjAy6w/TD0whdi-lBI/AAAAAAAAANg/PDpTXAChAow/s1600/semut+2.jpg
nyamuk memang scary tapi semut sebenarnya cute!see, cute kan mereka.

Aduh, semut suka mencuri makanan. Dan nyamuk suka mencuri perhatian. Sebagai pencuri berjaya sudah tentu perlu diperangi kan. Adeh..Tapi kuberharap akan ada tools yang boleh membuatkan nyamuk tak mencuri perhatianku tanpa mati tapi dia lari sendiri.
Serius teruja dgn application I Phone 4..Penggunaan kelambu memang praktikal tapi tak fleksibel daa..takkan nak mengangkut ala2 portable net pula kan.


p/s : point-point ini hanya pandangan peribadi ku sahaja ok. PEACE!!
p/st : gambar pula ehsan google semuanya.

15 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics