Followers

Monday, October 25, 2010

Tips Perkahwinan :pilihan Tema +Meja + Makanan

Salam to all.

Wah wah teruja bila tiba hari Ahad. Sebab hari Ahad hari hujung minggu. Eh, tiap-tiap minggupun akan jumpa hujung minggu kan? So, apa yang buat ku teruja pula ini. Sebabnya hari ini Hari persandingan pasangan romantis yang bercintaan palingggg lama di kalangan kawan-kawan kami. 1o tahun bercinta baru kawen. Ada seorang kawan kamipun mula bercinta lagi awal daripada mereka tapi diorang kahwin awal. So, tak sampai 10 tahun usia percintaan sudah kahwin. Alhamdulillah =)

Yang paling bestnya rupanya tarikh yang mereka pilih untuk bernikah 20hb 10 itu merupakan tarikh sama mereka mula bercintaan 10 tahun dahulu. Kiranya tarikh itu amat-amatlah cantik dek non. Mana tidaknya, Bernikah pada 20hb 10 ketika usia percintaan mereka tepat 10 tahun. Apapun ku mendoakan perkahwinan mereka berdua ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. There are sweet couple.

Makin lambat kahwin sebenarnya lagi bahaya kan. So, aku amat tabik tabik spring pada mereka berdua ini yang begitu setia kepada pasangan masing-masing sampai 10 tahun. Tipulah kan kalau tak ada dugaan dan cabaran lagi lagi mereka mula bercinta sejak masih bersekolah. Tingkatan 3 masa nak dekat-dekat PMR. Nak melalui zaman-zaman remaja yang tak matang lagi. Ku masa lepas SPM membawa ke awal tahun pertama di UTM agak ‘nakal’.Hanya orang-orang yang kenalku masa fasa itu sahaja yang tahu tahap ke’nakal’an ku itu.Tapi ‘nakal’ itu kan sifat remaja. Bila dah kenal tunang kupun jadi ‘baik’. haha~

Tema yang menjadi pilihan mereka merah+hitam dan putih.

Memang cantiklah kombinasi warna hitam, putih dan merah kalau pandai disuaipadan. Merah dan putih warna utama pada khemah dan juga pelamin tapi terselit juga warna hitam pada pelamin. Untuk pakaian mereka ini kombinasi merah dan hitam dikenakan. Segak bergaya. Tapi gamabr tak ada lagi. Semuapun belum upload. Sibuk barangkali. Khemah sampai 9 buah(maafkan saya yang begitu details sampai khemah ada berapa pun kira). Memang meriah sebab majlis ini menggabungkan majlis perempuan dengan lelaki. Kami yang duduk di khemah ke 8 memang dah tak tahu apa yang berlaku di pelamin yang terletak di khemah pertama. Jauh beb. Nak berjalan ke pelaminpun malas.

Penggunaan meja bulat yang digunakan sebagai meja makan tetamu.

Serius cakap saya memang kurang berkenan dengan penggunaan meja bulat. Akan berlaku ketidakselesaan pada tetamu tertentu dan dalam masa yang sama berlaku pembaziran ruang. Biasanya kita akan jumpa meja bulat yang boleh memuatkan maximum 10 orang. Kalau kita datang 3 orang lepas itu tengok setiap meja ada 1 atau 2 sahaja tempat kosong. Mesti kita sanggup tunggu sampai ada 3 tempat kosong bAru kita akan duduk makan kan?. Ini contohlah. Sebab yang jadi malu itu sebab bila duduk meja bulat ini tempatnya macam tertutup dan kita akan menghadap semua orang di meja. Kalau yang jenis tak berapa malu tak apalah. Tapi kalau yang jenis pemalu. Susah juga nanti.

Lagi satu, meja bulat ini ‘makan’ ruang yang besar berbanding guna meja 4 segi. Meja 4 segi boleh di sambung-sambung menjadi bentuk memanjang. Dan susunannya lebih sistematik dan organized. Orangpun akan jadi tak berapa malu untuk mengisi ruang-ruang kosong sebab ruang untuk makan terbuka. Hanya mengadap orang yang makan di depan kita sahaja.

Meja bulat ini sesuai untuk jemputan VVIP. Sebab mereka selalunya akan makan berhidang dan meja bulat memang amat sesuai untuk memberi keselesaan mereka mengambil lauk pauk.

Makanannya.

Makanannya okay. Ada kombinasi ayam dan daging, sayur dan ulam-ulamanpun sudah cukup baik untuk satu majlis perkahwinan. Cukuplah dengan satu lauk masak berkuah dan satu lauk masak rendang atau sambal. Ikan kering goreng pun ada. Ada sambal belacan lagi. Buah? Tak perasan pula ada ke tidak tapi buh paling biasa jumpa di majlis kahwin ialah buah tembikai, tembikai susu dan juga limau sunkist. Mungkin masa saya sampai itu sudah kehabisan. Air pula ialah air pilihan ramai iaitu sirap.

13 comments:

suffer8zine said...

wahhh perkahwinan pulak dah, nice tips!

Terkini : Keputusan penuh Festival Filem Malaysia ke-23

Unknown said...

wah.sejak dua menjak ni..saya asyik baca ttg kawen.suka! hahaa

abigemok said...

musim org nk kawen ni. hihihi. aku nak bercinta 20 tahun baru kawen la. hahaha.
anywy, congrats tuk membe tu.. :)

CT said...

Yes!! I likes...kalaulah dapat kawen2 semola...bess tu...nak warna itam-putih...pastu guna bunga segar...semua roses...

berangan...wakkkkakak

Ayu Zan said...

10 TAHUN?
Apekah sy akan begitu?
haha..
sgt lama ok..hhuhu..

then..psl meja bulat..
agree dgn akak afzan.
sbb mmg sempit dan kurang selesa nak menyelit kat keluarga org.
kalau nk guna meja bulat kena inform awal2..sbb nk bawak 8-10 orang geng penuhkan meja..wakakaka~

darkbatman said...

wahh..lately, asyik ckp sal kawen.. org 2 dh lame kan.. bbrp bulan je lg..tp bgs gak share.. nt sng sket nk cri pape...

noorafzan.blogspot.com said...

suffer8zine..
saja nak belai jiwa pembaca supaya nak kawen cepat.
ahaha~
*takbulehbelah alasan.

alinac lover..
kawen kan best.
kan?

kyuubi..
ahaha..
20 tahun.
buleh ke?

CT..
Amboi..nak kawen lagik.
haruu..haruu..

aYu..
akakpun tak lama camtu.
aYu sanggup berlama-lama?
yup, tu yang saja yang share pandangan pasal meja bulat tu.
=)

aie..
ehehe..
tak de la sebab diri nak kawen.
tapi sebab ramai benar member sebaya yang jemput kenduri kawen.
tu yang idea pasal kawen je ada ni.
=)

Unknown said...

blogwalking~~ hehehe~ boleh kan?

Einaz Shah Rizal Thomas said...

haiy owner belog yang super duper cute!

nice to see your blog.


love einaz (:

noorafzan.blogspot.com said...

said..
boleh2..
tadehal =)

einaz..
hai awakpun cute juga.
thanks.
visit again =)

Miss Pija said...

salam..pestime komen..hehe


pergh..sampai 9khemah..byk tu...huhu..mst meriah kan mjlis dia..

fiezah91 said...

haha..mcm best je kahwin tapi bila nak kahwin entah..wakaka..

noorafzan.blogspot.com said...

FiZ..
OO..ye ke pestime..
thanks ye sudi tinggal jejak.

yup,mmg meriah. sampai kul 4 pun orang ramai lagi.
=)

budak nakal..
bila sampai seru sok kawen je la ok.
hehe~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics