Followers

Sunday, October 3, 2010

Perkahwinan : Perlu ke buat grand-grand?

Baru-baru ini di FB kecoh pasal video perkahwinan grand pasangan anak perempuan kepada boss NAZA. Seriously nama penuhnya panjang sangat dan saya tak ingatpun. Tapi tengok kepada video itu memang majlis mereka amat-amat mahal belanjanya kan. Semua orangpun memberikan komen untuk video. Antara yang saya ingat ialah;

"Macam fairy tale sahaja majlisnya"

"gempak betul cinematography dia"

"kena pastikan kekal ni... sudah berabih banyak.."

"Aku kagum dengan video editing ni.. memang klass.. tapi wedding ni dah ala ala barat dan tak sesuai dgn orang yang beragama Islam.. siap tepuk tangan lepas akad, ada pulak ala2 rome, lepas itu baling bunga selepas kawen tu.. dah macam kristian.."

Komen-komen inipun ku ambil ramdom daripada pautan video yang memang menarik tu kan.

Kalau ikutkan hati sendirikan tentu semuanya berbisik kagum. Ada jugalah yang teringin perkahwinan yang grand macam ini tapi kenalah 'ukur baju di badan sendiri' atau 'kira duit di akaun bank sendiri'. Adakah cukup untuk cover majlis se'grand' itu tambah dengan untuk cover expenses selepas majlis tersebut. Untuk hidup sebagai suami isteri selepas itu mestilah banyak pakai duit kan. Kalau orang kaya macam anak Allahyarham pengasas NAZA ini memang tak ada masalah dengan duit. Itu dari segi kalau nak ikutkan hatilah.

Kalau ikutkan agama kita, Islam pula perkahwinan grand-grand begini menang tak digalakkan walaupun kita lebih daripada mampu untuk membuatnya. Sebab Islam tidak sukakan 'pembaziran'. Apa yang lebih penting ialah keberkatan majlis itu dan juga paling penting bagaimana nak mengukuhkan masjid yang baru di bina. Memanglah material untuk membina masjid itu penting untuk menguatkan stuktur tetapi pengisian dan tujuan masjid itu sendiri dibina wajib dititikberatkan 'pembina'nya kan. Kalau tidak jadlah seperti masjid yan besar dan indah tetapi jemaahnya tak penuh satu saf pun. Biar tak grand tapi meriah. Betul tak?

Bab tiru-tiru budaya itu memang ku tak nak komen banyak-banyak. Meniru budaya mungkin tak salah tapi kena tengok jugalah budaya itu berkait dengan agama mereka atau tidak. Kalau sekadar budaya semata-mata rasanya tidak menjadi masalah besar selagi tak memudaratkan.

16 comments:

Jue Nazrin said...

Jue ada tgk gak aritu..mmg dh lain benar ngan adat kita yg beragama islam ni...yg plg tkejut tu boleh tepuk tangan pas berjaya jawab akad nikah..apa nk jadi la..mmg dh lari dr adat kita..

Raji and Yeen said...

erm sebenarnya byk ak nk comment
ak pun sndri belum kawen nk wat cmner
huhu
grand2 cmner skalipun
kalau boleh kena jaga juga lah batasan kita ;D
erm
boleh jer dia berpegangan tgn dgn lelaki greek tuh mse nk nek keta kuda
(dia xpakai glove kan? ke ak yg slh tgk lol)

AtieAbid said...

mmg sgt sgt sgt grand. 7 keturunan aku pun x kan dpt wat majlis grand mcm tu. tp perlu ka? harap berkekalan la hendaknya.
ya, tekejut gak bila tgk lepas akad tu ni tepuk tangan. patutnya aminkan. tang baling bunga pun sama. terdetik di hati, bukan ke ni cara kristian. ehmm..

yott said...

dah tak tau nak buat apa dgn duit tu..

cikpia said...

no komen gak. sebab aku lum kawen..... ntah2 aku buat lagi hebat dari tu. he he............

lan_ax said...

aku ada sorg member yg agak kaya.. dulu dia penah cakap kt aku sbb ape dia boros brbelanja.. dia kata dia nk merasa idup mewah n malas nk pk pjg sbb time kecik2 dh lama idup susah. lgpn dia ckp kt aku, ko x rasa lg macam mane jd org senang.. ko dh jd nnti baru ko tau np org senang agak boros(x sume). bg aku psl anak bos naza ni, 1st dia dh terlebih banyak duit.. so lantak dia la nk wt cmne pn asalkan x pnjm duit aku or pakai duit rakyat.. memang dia mampu n layak create majlis cmtu.. pasal bazir, dosa n pahala, tu pandai2 dia menjawab sendiri la ngn Tuhan.. kita ramai2 doakan dia bahagia jelah.. kita pn dapat pahala.. bnyk mengata kang kita yg tambah dosa sendiri lak..

ana said...

tak sempat tgk la..masa nak cr cari balik dlm youtube mcm dh kena buang jer...ada link yg available lg ke nak tgk?

Nabiel said...

huhuhu~
mmg grand sgt2..tk penah lagi tgk majlis cmtuh..
tp nk bt cmner kn afzan..dorang terlebey mampu..so bleh la bt~
bagi kita tk mmpu nie, klu ade gak psgn yg mtk nk bt cmtuh..rsenye tk kawen kot..hehehe

mjlis dh grand..hope kekal la smpi ke akhir hayat~=)

cik helena said...

majlis dia sangat mengarut,,huh tp imaginasi dia memang tinggi,.cume banyak sasar lah.tak sesuai.boleh pulak ada gigolo pakai cawat?hahaha

kalau aku kawen,seboleh boleh aku nak jimat sebab lepas kawen lagi banyak nak pakai,hehe sebab tu aku kawen tanak tuka2 baju pakai satu baju je :P tak nampak macam kedekut kan?mihahaha

aishahumairah said...

kawen simple but nice kn da ckup..;)
hrap2 t xmembazir la..

Fetry Dan Hidayah said...

setuju dengan kata ko afzan.. ukur baju di badan sendiri.. kalau mampu.. terpulang.. persoalannya kalau tak mampu..

buat yg berpada2... jgn sampai cari duit yg tak halal semata-mata nak majlis yang grand..

aku nak kawen.. & aku mengaku.. mmg segalanya aku buat serba sederhana.. bukan apa.. kita kene fikir kehidupan lepas kawen pulak..

fikir satu je, lepas kawen.. kalau kita ssh, orang yg puji2 kita time majlis kita ke nak tlg..??

jangan sampai cari rezeki yang tak halal semata-mata nak majlis yg grand.. tu je..

Unknown said...

setuju..
kalau nak tiru budaya boleh asalkan budaya tu tak ada unsur2 keagamaan mereka.
sesiapa yg meniru perbuatan sesuatu kaum maka mereka tergolong dalam kaum tersebut.

NAZ said...

i dah tgk video nya memang kebabom beb. sendiri mahu ingat kebabom akhirat nanti haha kemain melencong sambutan nya

meoafzan said...

bukan semua yang buat grand2 tue nk menunjuk2... cuma nk buat terbaik utk famili...

:D

hentakbelipat said...

kehkehkeh..bab kawen2 ni mcm2 fatwa dah dgr..ad dah skarang budaye kawen sbijik mcm holywood..

noorafzan.blogspot.com said...

jue..
erm..tu la.
lari dari adat bila camtu kan.


fakhrur razi..
yup, ada masuk greek punya style dlam majlis dia ni.
uhuhu~
ye la kan.
kok dah batas camtu tak jaga mmg nampak tak elok la kan.

atieabid..
7 keturunan.
mana tahu kot2 anak cucu kak atie kawen bilionnaire.
haha!

yott..
tul2..

cikpia..
haha..
jgn lupa jemput saya.

lan
betul2.
tu la.
tapi kita kena mengingatkan juga diri sendiri dan orang lain as part of our duty as khalifah kan.
blog juga boleh jadi medium terbaik.
=)

ana..
entah la. vid ni pun mmg tak sepatutnya di sebarkan.

nabiel..
tu la.
harap2 ia kekal ke akhir hayat dorang.
dah banyak belanja tu kan.

cikhel..
dia just melaksanakan impian yang turut juga merupakan impian ramai orang.
tu la. kalau dah orang biasa macam kita kenalah berjimat kan.
sayapun nak 1 baju je.

aishahumairah..
tu la.
harap2 tak membazir je majlis sendiri.

fetry&Hidayah.
ye, betul sangat2.
buat ikut budget yang ada je.
kalu hutang kat bankpun kita dah sokong riba.
tak elok juga kan.
pastu nak bayar lepas kawen tu memag susah.

Azmi..
ye, tu la. kena berhati-hati bab budaya ini.
kalau budaya yang relate dengan agama kaum lain mmg dah lari akidah la.

naz..
haha..
memang kebabomkan.
harapan saya mereka bahagia hingga akhir hayat.
=)

meoafzan..
yup, sayapun yakin dorang bukan nak menunjuk.
cuma dorang dah banyak duit tu yang buat grand tapi tu la.
bab2 cedok2 budaya tu yang tak best sikit.

hentakbelipat..
huhu..
tu la.
kadang2 family yang decide camtu.
pengantin pun takleh wat pape. ikut je la.
tapi kenalah berpada2 kan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics