Followers

Sunday, October 17, 2010

Jalan-jalan weekend : Roselle dan Arnab masak rendang!

Dengan semangat wajanya saya gigih taip balik entry saya. huhu~

Hujung minggu sekarang ini memang full dengan aktivit-aktiviti. Minggu inipun sabtu dan ahad saya dah ada program. Kejap lagi dah nak pergi kenduri kawen kawan lama. Kawan semermainan saya masa kecil dahulu, Hafiz akan bersanding hari ini.

Dahulu saya, kakak saya, Hafiz dan adik Hafiz, Nor pernah jadi sangat kamceng. Hampir setiap hari kami berkomplot. Setakat panjat pokok gajus, menjadi petani berjaya dengan menanam kacang hijau untuk jadikan taugeh, dan juga main game tikam-tikam di kedai Cina Ah Long memang dah jadi 'makanan' kami. Kami cuma mula kurang contact bila masuk sekolah menengah. Buka tak contact langsung tapi jarang-jarang.

Semalam saya dengan tunang telah berkunjung ke Ladang Arnab sahabat dia. Ladang arnab ini hampir dengan Selayang (ke dalam kawasan Selayang ye?). Sebelum jumpa Ladang Arnab, akan jumpa kawasan rekreasi air terjun. Masa saya lalu situ semalam ramai jugalah pengunjung yang mandi manda di situ. Tak sangka pula di situ ada air terjun. hehe~

Apa yang ada di Ladang Arnab aka Rabbit Valley?

Bukan tak pernah bermain dengan arnab. Pernah sekali di Bukit Tinggi tapi arnab di sana tak jinak. Asal nak pegang sahaja dia lari. Arnab-arnab di Ladang Arnab di tempat kawan tunang ini khabarnya jinak. Itu yang rasa semangat nak pergi. Lagipun tempat ini dibuka untuk pengunjung pada hujung minggu sahaja. Hari weekdays pun boleh datang tapi dapat tengok sahajalah dalam sangkar. Selain daripada perkhidmatan bergurau senda dengan arnab, korang juga boleh mendapatkan bekalan daging arnab segar dari ladang. Kalau rasa macam malas nak masak-masak boleh juga mencuba Daging Arnab masak rendang. Tuan ladang dah siapkan dalam bentuk frozen jadi cuma perlu panaskan sahaja dan siap untuk di makan.

Mana pula datangnya roselle?

Kebetulan mak kepada pemilik ladang tiap-tiap hujung minggu datang support anak dia berbisnes. Sambil-sambil itu dia ada juga berkebun secara kecil-kecilan. Salah satu hasil yang menjadi ialah buah roselle. Alaa..yang orang buat air tu. Kalau nak beli yang dah siap memang mahal jadi makcik itu mengambil inisiatif untuk menanam sendiri. Kebetulan pula masa saya datang itu makcik itu tengah nak petik buah roselle itu. Memang lebat hasilnya. Jadi dia hulurkan kepadasaya sedikit. Katanya boleh lah buat air di rumah. Alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Betul tak?

Segan juga sebab dia bagi free sahaja tapi lega bila makcik itu cakap;
"rezeki jangan kedekut-kedekut. Kita bagi orang, Allah SWT bagi kita lagi dan lagi. Bertambah-tambah rezeki." Baik betul hati makcik itu. Selain daripada itu dia siap bagi saya terung 2 biji dan peria katak 5-6 biji. Macam sebenior la pula.

p/s : Dah dekat maghrib baru saya balik. Sampai rumah hari sudah malam.
p/s/s : Lain kali saya kalau saya pergi saya akan snap gambar.

8 comments:

Unknown said...

bila afzan cerita pasal rabbit ni teningaat pulak arnab azmi kat rumah...
makan ke belum beliau..
hehe...

Mario said...

rendang arnab tu sedap tak?dah lama teringin nak makan...errr...selayang tu kat mana ek....i mean ...ladang arnab tu...bole bg specific alamat tak? or maybe dia ada website ke...

miss lolly a.k.a luvfareda said...

peria katak tu camane yangg ? keke

segitujuh said...

terima kasih. Kejap lagi saya nak sembelih dua ekor arnab pet saya. Nak masak rendang!

Unknown said...

SALAM,
SEDAP KE DAGING ARNAB ? LF TAK PERNAH MAKAN !

MR Bang Miji said...

rendang arnab??/eiihhkesiannye...

cikpia said...

peria katak tu apa??

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
ada bela rabbit eh?
byk ke?

mario..
tak pernah makan.
pasal details tu saya akan update 1 entry yea =)
kira tolnog promote bisnes member tu la.=)

miss lolly.
peria katak tu macam peria biasa cuma saiznya kecil comel.
dan pahit dia lain macam.
=)

segitujuh..
betul ke ni?
ke ternak kat fb.
haha!

LF.
Entahlah tapi harga dia agak mahal.
tadi saya pegi survey di kedai 3 keping daging burger arnab pun dah RM7.00 ++

Bang Miji.
Kalau nak makan, better beli yang dah siap potong2.
baru tak rasa kesian.

sofia..
sejenis peria yang saiz kecik daripada peria biasa.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics