Followers

Monday, October 4, 2010

Jumpa Kawan-kawan yang kita suka! - versi bergambar

Salam Isnin kawan-kawan.
Hooo hooo..sudah 04/Oct/2010 hari ni. Maknanya syawal sudah hampir nak pergi. Dan open house season bakal berakhir. Baru beberapa hari ini sahaja ada masa nak kongsi keriangan ber 'open house'. Tahun ini memang ketara sangat perbezaannya berbanding tahun lepas terutama jumlah jemputan open house.

Mungkin juga faktor kegilaan kawan-kawan dengan makhluk bernama Facebook buat jemputan jadi banyak. Maklulah tahun-tahun sudah susah nak contact. Bila ada FB, member yang dah bertahun-tahun tak menghilangpun boleh jumpa balik. Dan hari raya hari paling sesuai untuk buat reunion selain daripada majlis kahwin. Memang seronok.

Itu cerita FB lah. Yang saya nak cerita ini event yang dianjurkan dengan hanya berbincang di email. Ya, email secara forum (ramai-ramai). Hasil perbincangan memang positif dan kami berjaya juga buat event jalan-jalan raya ke tiga rumah sekaligus pada 26/Sep/2010.
Memang dari pagi saya busy sampailah habis event di rumah Jetlin pukul 6.00petang.
Sebagai organizer, ku rasa event ini sudah cukup bagus untuk permulaan. Kami dah frad lebih 2 tahun tapi baru ini first time buat event untuk macam ini.

Nak tengok meriah tak meriah event kami ini bolehlah rujuk gambr kami ini.
Sorry sebab punyalah lama peram gambar ini. Gambar hanya dirakam di rumah kedua dan ketiga. Rumah pertama sahabat kami Fatin (lelaki ye) yang terletak di Shah Alam tak sempat sebab masa tu semuanya lapar sampai lupa kamera. Makaroni goreng mak Fatin memang marvelous. =)
wakakaka!

Rumah kedua ialah rumah saya di Puchong. Masa ini semuanya dah mula gila bergambar. Masing-masing dah kenyang gamaknya. Rumah saya jadi gamat. 9 orang rasa macam 30 orang meriahnya. Seronok bila sekali sekala dapat lepak bersama. Di rumah saya ada nasi lemak, sambal sotong dan juga agar-agar santan special saya buat.


Nampak macam 8 orang sahaja tapi sebenarnya ada orang ke 9 tersorok. Kesian dia.

Ini pula di rumah terakhir. Lagi meriah. Bertambah lagi geng kami jadi 11 orang. Kami makan mee kari special. Siap dapat tapau sebab kawan saya ini masak terlebih.


Muka-muka yang ceria first time beraya ramai-ramai.

Yang bestnya kami dapat jumpa mak buyung. Masa ini memang dah hampir due dah. Katanya lagi 2 minggu. Woops, mungkin minggu ini kami bakal dapat berita gembira =)

Punyalah lama tak jumpa tahu-tahu dah nak jadi ibu sudah!

p/s : Teringin nak jumpa seorang lagi mak buyung, Farah tapi jauh di Johor sana pula. Dia juga coursemate kami =)

10 comments:

azzey said...

noor afzan: mmg best jumpa kengkawan lama.....:)

Bro Framestone said...

bila mahu jumpa bro ek

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Jard The Great said...

hehe.. ku bnyk gmbr jugak. tp tgh tunggu sorang tu upload kat fesbuk dulu baru leh buat entri macam neh.

Zuwairi said...

wowowowow... best2.. makan.

noorafzan.blogspot.com said...

azzey..
woopss..
tahun ini meriah sikit jumpanya.
terlebih seronok rasa.

bro..
moh le jumpa.
buat potluck best!

jard..
nanti sudah dapat gamabr, buat entry keh.nak baca.

zuewairy..
makan mmg best.
nyum2.

NAZ said...

parti liar tade ke? haha

noorafzan.blogspot.com said...

naz..
parti liar tak story sini.
bahaya!

wakaka..takde la bro.
dah senja camni takde nafsu nak berparti liar.
haha~

Mario said...

huhu...tang nak jadi ibu tu yg best...hehe

noorafzan.blogspot.com said...

mario..
haha..
memang best kan.

Anna Boleyn said...

teknologi makin maju. yang penting dapat mengeratkan balik silaturrahim. :)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics