Followers

Wednesday, October 13, 2010

Niat Puasa : Kerana apa?

Kenapa berpuasa?..

Walaupun puasa Ramadhan sudah berlalu tetapi hari-hari lain selepas itupun ktia digalakkan puasa kan. Contohnya puasa sunat 6 di bulan syawal, Puasa sunat Isnin dan Khamis dan juga lain-lain puasa. Puasa ini kan bagus untuk kesihatan dan juga dapat pahala juga. Tapi apa sebenarnya niat terbaik untuk puasa.

Adakah puasa untuk menjaga kesihatan?
Adakah puasa untuk kurus?
Adakah puasa sebab mak, adik, abang atau kakak kita puasa?
Adakah puasa untuk suka-suka?
Adakah puasa sebab nak berjimat bila hujung-hujung bulan?

Niat sebenar berpuasa..

Sebenarnya tak salahpun kalau nak berpuasa kerana sebab-musabab di atas tapi niat itu biarlah untuk mendapatkan keredhaanNya. Niat itu biarlah untuk belajar menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa itu sendiri contohnya maksiat. Dan niatlah juga untuk belajar menginsafi diri, bersyukur dengan nikmat pemberianNya dan juga belajar untuk memahami penderitaan masyarakat seluruh dunia yang tidak cukup makan dan minum akibat bencana seperti yang berlaku di Pakistan. Paling penting belajar bersabar!

Puasa hari ini..

Kalau niat semata-mata kerana nak kurus, memanglah dapat jadi kurus juga tapi macam tak ada kesan pada rohanilah bila berpuasa disebabkan itu sahaja kan.Begitu jugalah kalau niat puasa itu untuk sebab-sebab lain kan. Sama sahaja. Tak ada peningkatan pada tahap kesabaran diri.

Cuba share di sini selain daripada alasan di atas, korang puasa kerana apa? Skop puasa ini terlalu luas kan untuk diperkatakan.

Akhir kata,
http://dalmuji.files.wordpress.com/2010/08/puasa.jpg

p/s : dah ganti puasa ke belum?
Align Center

23 comments:

azzey said...

yg penting.....niat mesti betol! bkn niat sampingan je....:)

nazirulhazwan~ said...

benar2, semua amalan, bukan sje pose kene niat kerana Allah:) tidak boleh ade secebis pon rase niat kerana yang lain:)

aishahumairah said...

wah..
camat berpuasa..~

noorafzan.blogspot.com said...

azzey..
hehe..
betul2..
untuk bekalan akhirat juga kan.

kobejordan..
setuju sekali.

aishahumairah..
thanks.
nak puasa bila la nih.

cik helena said...

niat macam biasa tp nak sampingan sebab nak kurus,,bleh.hahaha

kite dah ganti puasa.eh mana ada ganti.PENUH!HAHA

Redbloodsnow said...

HAAA BETOL TUH. SETUJU AKU NGAN ENTRY KO NIH YANG...HIKSS

noorafzan.blogspot.com said...

cikhel..
wow, penuh sis.
untung2..


zie..
tekan like kalau setuju..
wahaha~

Fnd Rocka said...

Puasa sebab kalau puasa tuhan sayang kat kita.ehhe

noorafzan.blogspot.com said...

fndrocka..
cakap pasal sayang ni kan.
sebenarnya Allah sayang kita semua.
Cuma kadang2 kite je yang selalu terlepas untuk bersyukur dan sayang pada Dia kan.

Mario said...

puasa saya penuh...weee...

errr...thanks tuk ingatan

noorafzan.blogspot.com said...

mario..
bagusle penuh.
lelaki yang sihat walafiat kalau kena ganti posa tu pelik la juga kan.
haiihh~

pompuan takpe =)

ISA said...

Salam Afzan,

Lama tak komen di sini.. hehehe..

Tak kiralah apa saja perbuatan/pekerjaan kita selama hidup di dunia ini.

Yang penting mulakan dengan Bismillah dan niat kerana Allah. Selagi tidak melakukan perkara2 Haram dan Syirik kepadaNYA.

Insyallah selamat dunia akhirat.

Anonymous said...

nawaitu kena betul..

ProfHariz said...

Alhamdullilah x tinggal puasa :) maka x perlu ganti hehehe.. Semuanya berdasarkan niat.. Perlu betul nawaitu yang penting!

noorafzan.blogspot.com said...

Isa..
Salam..
lama dah bro tak ke sini.
btw, thanks ye atas ingatan tu.
=)

yott..
nawaitu kerana Allah =)

profHariz..
Betul tuh.
Betul niat, betul cara.
Serah je kat Dia untuk menilainya.

Sharinginfoz said...

niat sangat penting kan

noorafzan.blogspot.com said...

sharinginfoz..
yup, betul2..
niat tu kalau baikpun dah dapat pahala =)

Unknown said...

hik3..tuan badan dah ganti ke???
hahaha

Nabiel said...

puasa pnuh thun nie~=)
hehehe..
btui tuh..klu niat dh laen~
msti puasa tuh jdi xsuperb laa..
sbb niat dh laen kn?

darkbatman said...

niat berpuase cz menunaikan kewajipan sebagai muslimin sejati.. :)

NAZ said...

rasa nya niat adalah ibu segala perkara :) kalau niat sudah lari susah nak kejar haha

ckynwan said...

alamak belum ganti!

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
ahaha..
tentu2 belum habis..
tu yang kuar entry ni.

aie..
ahaha..
muslimin dna muslimat juga yea.

naz..
ibu dan ayah juga..
=)

cykn wan..
cepat ganti!
haha!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics