Followers

Tuesday, October 26, 2010

Ku sasau :Normalkah perasaan ini?

Amaran : Entry ini ada berbaur jiwang atau sentimental sedikit. =)

8.54 Pagi

Ku mesej pada dia seperti biasa dengan ucapan selamat pagi. Dia terus bagi tahu yang dia MC, demam panas. Ku reply mesejnya dengan nasihat supaya dia makan ubat, banyakkan berehat dan minum air masak banyak-banyak. Lepas itu dia terus senyap tak ada balas-balas dah.

01.30 tgh hari.

Ku cuba hubungi tapi tak berjawab. Waktu lunch ku tamat dengan seribu persoalan. Risau.

3.10 petang.

Sehingga saat ini tiada call balas daripada dia. Ku hantar mesej bertanyakan tahap kesihatan dia. Demam teruk sangat ke?Dan ku minta dia rest banyak-banyak. Tiada balasan juga. Bertambahlah risau.

6.17 petang.

Ku cuba call semula tapi tak berjawab juga . Ku mesej sekali lagi bertanyakan tahap kesihatan dia. Pun tak ada balasan. Bertambah-tambah risau.

7.37 malam.

Ku cuba call dia sekali lagi. Panggilan pertama tak berangkat. Panggilan kedua akhirnya berjawab. Suaranya kedengaran lemah. Ku sedikit lega. Alhamdulillah. Kucuba untuk berbual dengannya tapi ku kasihan, ku risau sebab suaranya amat lemah. Dia jarang demam. Dan paling akhir dia demam seingatku masa dia terkena demam dengan. Dia jarang MC. Dan dia akan ambil MC bila dia betul-betul sakit teruk. Dan bila dia tidak mampu untuk membalas mesej, menjawab panggilan lagilah buatku cuak. Kucuba nak nyatakan rasa risau tapi makin lama makin berat rasa nak luah. Makin lama makin sarat dengan perasaan hiba. Sebelum hujan air mata turun ada baiknya kuputuskan talian. Beratnya nak cakap betapa ku rasa sangat ‘care’ pasal kesihatan dia.

7.53 malam.

Ku di depan PC. Menulis rasa hati. Ku amat risau. Ku amat sasau. Ya Allah, kudoakan semoga dia cepat sembuh daripada demam panas. Ya Allah, kau panjangkanlah umurnya dan panjangkanlah jodoh kami. Ku tak tahu kenapa ku berperasaan halus sebegini ketika ini. Inikah yang dinamakan 'rasa cinta' (kugeli nak tulis tapi tak tahu nak tulis macam mana lagi tuk buat korang faham)

p/s: sebenarnya ku takut untuk hadapi kemungkinan yang pahit. Tolonglah NoorAfzan, jangan fikir yang bukan-bukan!

19 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics