Tadi baca entry Kaizen Shinobi pasal undang-undang manusia :failed
Alkisahnya datang daripada berita berkenaan seorang yang dah terang lagi bersuluh di tangkap dengan dadah 753kg bersamanya boleh terlepas hukuman dan dibebaskan begitu sahaja.
Senjatanya ialah 4 orang peguam yang pandai bermain dengan akta.
Ku tak mahu nak komen panjang lebar pasal kes itu. Tapi zaman sekarang ini memang kes yang lebih kurang macam ini makin hebat dan makin banyak berlaku. Dunia sudah hampir sampai ke penghujungnya kan.
Itulah yang cuba ditunjukkan oleh Allah SWT tanpa kita sedari. Kejahatan dan kemaksiatan berleluasa dan kadang-kadang tak mampu disekat undang-undang. Bukan tak ada undang-undang. Bukan mahkamah dan peguam tak buat kerja. Tapi kerana undang-undang manusia tidak akan pernah sempurna. Maka mampu dimanipulate oleh insan-insan yang terlebih cerdik pandai. (kita hanya mampu berusaha dan berusaha untuk jadikan ia sesempurna mungkin)
Kenapa ye hukum manusia tak pernah sempurna?
Saya bagi 2 sahaja asas yang menjawab soalan itu.
Satu sebab manusia ada nafsu. Apapun keputusan yang dilakukan oleh manusia sedikit sebanyak akan ada sikit pengaruh nafsu. betul tak? Kecuali yang betul-betul berlandaskan agama dan bagi orang Islam yang betul-betul ikut Al Quran dan Sunnah. Nafsu tu termasuklah rasa amarah, rasa emosional dan rasa kasihan. Kasihan terlebih pun nafsu juga tu. Lagi satu nafsu pada kemewahan. 4 orang peguam terbaik yang berjaya buat pesalah itu bebas sudah tentulah telah dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. Kes serumit itu mestilah kena charge mahal kan. Lagi-lagi bila menang.
Dan satu lagi ialah sudah terang bahawa manusia dikurniakan akal tetapi akal fikiran kita terbatas. Sebab ada batas itulah juga menjadikan hukum manusia tidak pernah sempurna.
(kita hanya mampu berusaha dan menggunakan semaksimum mungkin akal fikiran kita yang terbatas itu).
Akal fikiran kita terbatas. Betul. Kita bila disogok dengan pelbagai fakta mulaah rasa macam keliru. Sudah tidak tahu nak membezakan mana yang betul dan yang mana yang salah. Akal fikiran manusia juga terbatas sebab tak tahu apa dalam fikiran orang lain. Hanya boleh buat andaian berdasarkan apa yang nampak dari luar yang terbatas juga.
Siapakah yang paling sempurna?
Ya, sudah geharu cendana pula.
Tentulah Allah SWT (bagi orang Islam).
Tiada yang sempurna melainkan hanya Dia.
p/s : blog kaizen inipun merupakan blog yang ku suka terjah juga. Tapi sebab dia jenis yang rajin update kadang-kadang terlepas jugalah membaca entrynya.

17 comments:
tapi yang bermasalah tak nak buat hukum Allah...
sharinginfoz..
tu la..
macam2 hal kan.
senang je sebab pakai undang2 manusia..
cikhel..
ahah..
tu la..
undang2 manusia byk kelemahannya kan.
=)
Allah yg ciptakan manusia..jadi tentulah hukum Allah lebih baik sebaba dia dah tahu apa yg baik utk manusia...
hohojhoho, kadang2 rase hukum dunia ni lemah sgt.
Azmi..
yea..
betul2..
miss lolly..
tu la pasal.
kadang2 apa yang kita buat pun orang judge differently.
so, not fair kan.
mana ada ciptaan manusia yang sempurna
zaman sekarang duit bley beli apa saja......... sebab nafsu mendahului akal......
zah..
yup,tapi sampai yang nampak terang salahpun boleh terlepas camtu je kan.
memang ada something la.
pia..
betulll...
duit duit duit..
dimana kau duit.
dadah macam tu punya banyk pun leh terlepas, memang tak de "mata" sungguh la dorang ni
ni baru kes dadah.. jangan terkejut la yg bunuh sosilawati pn boleh terlepas nnti.. lg2 dia tu dh mmng lawyer.. sy rasa dia mungkin x terlepas sbb ni kes berprofil tggi.. tp ada kemungkinan juga dia akan terlepas.. sbbnyer dia tahu kt mane kelemahan undang2 manusia..
SALAM,
TERLEPAS DI MAHKAMAH DUNIA, TETAPI DI AKHIRAT TAK ADA PEGUAM2 NAK MEMBELA
hazzy..
tu la pasal..
ada mata tapi tak mampu melihat.
lan_ax..
itulah awak.
kes sosilawati mmg saya ada rasa tak sedap je.
LF..
Betul.
Hukum akhirat sekecil kumanpun terhitung.
setuju..mengikut pengalaman.bila orang tu ada wang,pengaruh ( keluarga terdiri dari kalangan org2 berpangkat )...senang2 je tindas orang-orang yang bagi mereka rendah..namun Allah Maha Mengetahui..biarlah mereka menang di dunia..!

kita doakan ajelah dorang ni insaf =)
Post a Comment