Followers

Thursday, October 28, 2010

Pengalaman dan Tips : Jawab Final Exam!

Malam tadi memang ber blogwalking tak hingat habis semua yang ada dalam bloglist, shoutmix, chatbox ku terjah baca. Bila jalan-jalan kebanyakan berkisar tentang final exam. Ye la kan sekarang ini memang musim final exam di IPT. Bila baca pasal Final Exam terus teringat kenangan lalu masa masih bergelar student. Rindu pula rasa. Ku mahu share pangalaman dan tips untuk score Final Paper. Benda inilah yang biasa kuamalkan masa bergelar student dulu.

Pengalaman 1:

Benda ini berlaku masa hendak jawab paper pertama final exam semester tu (tahun ke 2). Paper subjek Elektronik kalau tak silap. Beberapa hari sebelum itu memang terlalu busy bersengkang mata siapkan assignment-assignment terakhir. Lepas itu baru menggagau nak study. Malam sebelum exam itu memang fully used untuk study subjek itulah.

Oleh kerana masa suntuk, saya cuba guna pendekatan baca sekaligus semua nota. Lepas itu cuba jawab final paper sem lepas-lepas sebanyak yang mampu. Tapi dah kata satu malam sahaja for sure tak sempat kan.

So, saya cara paling mujarab cuba fahamkan 4 bab sahaja. Sebab menurut lecturer paper final itu ada 6 soalan pilih 4 (rasanyalah) Soklan 1 cover Bab 1, soklan 2 cover Bab 2 sampailah soklan 6 cover bab 6. Last-last tertidur. Sedar-sedar sahaja terdengar ketukan pintu. Member dah siap-siap sudah mahu pergi jawab exam yang diri sendiri masih mamai baru bangun tidur. Apa lagi terus berdesup mansi koboi, bersiap. Nasib baiklah ada geng, kalau tidak dah terbabas nak jawab exam. Haruuu..

Masa itu memang nasib kami baik betul sebab first time kena jawab 3 soalan sahaja daripada 6 soalan. 2 soalan memang confirm saya score. (sebab malam sebelum itu saya hanya sempat baca dan fahamkan 2 bab tersebut sahaja) Satu lagi itu main cincai sahaja jawab. Nasib baik carry marks tinggi. Kalau tidak memang hampehlah result eden.

  • Kepada adik-adik yang nak ambil exam, korang bolehlah gunapakai pendekatan yang saya ajar di atas itu. Lagi-lagi yang jenis suka sangat belajar last minute (macam saya!). Selamat mencuba.

Pengalaman 2:

Ini bukan paper final tapi paper test yang akan menyumbang 20 markah carry marks. Banyak tu beb. Nak dijadikan cerita lecturer saya masa itu memang jenis yang baik gila. Memang baik sangat sampai kalau ada test yang dia tahu soalan apa akan keluar, dia share dengan kami sama ada dua hari atau sehari sebelum. Dia bukan share soalan tapi share bab yang perlu kami baca untuk jawab soalan-soalan itu.

Tapi nak dikatakan malang itu tidak berbau ye jugak kan, ada lecturer lain yang 'dengki' pada dia (pada kami sebenarnya) dan tukar soalan last minute sampai diapun tak sempat nak inform kami. Sudahnya memang menggelupur kami semua nak menjawab paper test itu. Ada yang jawab ala kadar sahaja. Tak sampai setengah jam dah hantar kertas jawapan. Ku pula macam biasa tetap jawab walaupun tak tahu betul ke tidak. Memang paper itu saya dapat kurang daripada separuh markah penuh. Cacatlah result kami semua untuk subjek itu.

  • kesimpulannya jangan bergantung sangat pada hint-hint lecturer sebab tak 'selamat', Kalau nak selamat baca semua atau baca sahajalah yang termampu di baca dan yang penting faham.
  • Kalau baca semua tapi tak faham pun tak guna juga. Nak jawab paper nanti tiba-tiba jadi 'blank'. Paling geram bila soalan itu kita rasa baru sahaja baca jawapannya sebelum masuk exam hall tapi lupaaaaaa!!
  • Lepas itu jawab semua final paper yang lepas-lepas. For sure at least separuh daripada soalan lecturer akan ceduk daripada situ. Sebab lecturer kan busy manalah ada masa nak create semua soalan baru-baru. Mesti dia akan recycle juga sedikit daripada soalan lepas-lepas.
Kalau ikutkan banyak lagi pengalaman yang 'indah' masa final exam dahulu. Pernah saya tertinggal henset dalam exam hall. Nasib baik lecturer yang jumpa. Selamat henset saya. Masa itu saya pakai henset Nokia 'sabun'. Selamat hensetku.

12 comments:

angahfarah said...

salam..afzan..haha..teringat la zaman2 belajar tu..hehe..sapakah gerangan kwn yg duk ketuk pintu itu..hehehehe...

noorafzan.blogspot.com said...

farah..
yang ketuk tu mai sebab dia satu blok dengan aku dulu.
haha!

suffer8zine said...

wahhh smart jugak tips ni :P


Terkini : Konsert Amal 1 Malaysia di UM

hentakbelipat said...

aku dulu ujung2 nak exam ni bantai buat past year exam je..mintak2 mane2 lubang mesti ade..kadang2 kn die kua soklan same je..camtu je aku tgk pesen utm nih. papepun GUDLUCK!

darkbatman said...

klau aie time exam dlu ade toyol.ahahahaaa.. mesti kene bwk klau x mata mesti nk kenyit2 kt kwn2.ahaa

noorafzan.blogspot.com said...

suffer8zine..
sila2 gunapakai.
haha!

hentakbelipat..
betull!
UTM punya style mmg camtu.
Score la final paper past year punya.
confirm leh score juga final paper sendiri.
jap, hang dah grad eh? tahun bila grad?
=)

noorafzan.blogspot.com said...

aie..
'toyol'..?
oo..pandai eh sorok toyol sampai tak kantoi.

abigemok said...

lecturer x bagi hints pun utk exam. huhu. tpksa berhempas pulas gak la. huhu

noorafzan.blogspot.com said...

kyuubi..
ahah..
belajar je semua ubi..
good luck anyway.

fiezah91 said...

haha.. selalu nak jwb exam tu byk nota tp bila buat exam tu nota diabaikan x diguna pun..wakakaka

Fnd Rocka said...

Teknik2 ni semua aku dah pnah buat..hendset tertinggal kat dewan exam pun aku pernah buat.haha.kita sama.

noorafzan.blogspot.com said...

budak nakal..
isk2, rugi2..

fndrocka..
memang serupa la nasib kita nampaknya kan.
haha!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics