Followers

Sunday, August 30, 2009

Pergi Bazar pulaks...

Semalam menu spesel Ayam percik versi Kelantan -->makcik saya kata sedap..
Kami beli 2 ketul..(quarter belah peha..)
Habis RM10 hengget dah kat situ..
Tambah Air jagung 2 plastik besar(habis RM4) --> sedap sangat..
Murtabak daging n ayam (RM4 gaks) --> kali nih tak sedap..
Ada beli sayur kacang goreng telur..
Mak teringin makan Soto..(beli 2 bungkus)
My sis beli Mee Sup -->tapi mmg x sedap..nyesal beli..

Ada beli 3 jenis kuih..

1) Kuih lapis..
2) Kuih puding jagung..
3) Kuih Seri Muka..
Sebab kenyang makan nasi..saya tak sentuh kuih2 ini..

Balik je rumah dah pukul 5..
Solat Asar dan memanas lauk yang dibeli..
menambah lauk ikan goreng..(satu je lauk yang masak sindri..)



Memanaskan lauk semalam (telur goreng masak sos..)
dengan gulai lemak ikan masin feveret ayah..



yang ni laks kerabu mangga makcik bedah jiran saya bagi..sedap sangat..



Dekat kul 7.00 mlm camtu guest tu pun sampai..
yang bestnya dia bawak balik buah dokong 3 kg..
My feveret tuh..nyum2.

Masa berbuka tuh saya uma ambil lauk ayam percik, dan sayur kacang goreng dengan telur beserta kerabu mangga jer..





Memang x leh nak masuk lauk lain..hehe~
Air jagung memang superb..



Habis je berbuka bekas air tuh licin..
haha~

Malam sikit saya menikmati buah dokong tu sambil tengok tivi..
Bila guest tu dah balik, saya try la nak on PC ..
Boleh on..boleh bukak internet..
Tapi x lama lepas tuh dia padam..
On je padam..
Lemah je rasa..
Terus saya merajuk..
Masuk bilik tidur..
Hoho~

Alhamdulillah..
Berjaya jugak saya menghabiskan entry ni tanpa prob..
PC ini baik pulak hari nih..
k, see ya..

kepada yang tag saya..
Nanti saya jawab yer tag tuh..
Kebizian lagik menjelang petang tadi..
hoho~

PC saya dah nazak..

Semasa saya taip entry nih PC saya masih ok..
Harap2 saya mampu taip etry ni sampai habis dan publish..
Kalau lepas itu die nak pengsan lagi..pengsan laaa~

Dah 2 hari tak taip pape entry..
Dan dah 2 hari jugak la tak sempat nak blogwalking ke blog member2..
Mintak maaf banyak2 yer..
Saya agak busy 2 hari lepas..

Semalam pergi membeli belah di Giant bersama mak ngan kakak..
alamak tangan mak sya blur laks..
gelas itulah yang kami beli..

My sis berbaju biro..
Duta Troli.(lalala~)


Tujuan penting ada 5..

1) cari gula..(sebab kat area rumah dah kehabisan..)
2) cari ayam golek..(sebab ada guest datang umah time berbuka..)
3) cari ayamas drummet crispy..(kat pasaraya area mah dah kehabisan gaks..)
4) cari gelas2 minuman tuk raya~
5) cari alas meja cantik2..

Pendek kata kelima-lima matlamat tersebut tercapai siap ada tambahan2..
Biasalah kan..
Kalau dah shopping tuh..

Antara barang x penting..

5) coklat tudor gold..2 buku..sedap woo~(cosway ada jual)
6) mister potato chips..2 bekas..
7) strepsil vitamin C..(Mak nak beli..)

Belanja adalah dalam RM200++ kat Giant..
Sempat saya snap beberapa picta menarik..
pertama, bantal nih.. bantal tuk rayapun ada ka?



then, cawan MERDEKA..
Tapi saya x beli..



Dapat hadiah sampingan pulak tuh..

1)Buku Kupon Giant sempena raya..



dengan

2)setem (kalau kumpul at least 70 keping dah boleh beli 20cm Fry Pan dengan harga RM3.90 dan Harga sebenar RM80.00..) tapi baru ada 13 keping..

Lepas je habis shopping, pergi bazar pula..

Thursday, August 27, 2009

Tagged by Intanurulfateha~

tag from intanurulfateha..si comei yang dah menyambut 100th day anniversary dengan kekasih hatinya incik Hairi..

Peraturan yang perlu di ikut untuk tag ni..
bagitahu 7 perkara tentang diri kita:

1) nak nombr gak la..saya suke number 4..(walaupun chinese tak suke..)

2) suka drive kete kecik cam kelisa..(senang nak cilok2..)

3) suka dan mempunyai hobi tidur..tidur itu satu kepuasan..(lalalala~)

4) baru je keje setahun kat PJ..Alhamdulillah..

5) suke pakai baju blaus labuh ..tapi susah nak jumpa yang bagus..(ada yang jarang..x lawa..cerewet sungguh..)

6) suke teh tarik.. yeay!

7) Dulu suka colour kuning...skang suke pink ngan merah maroon..(kaler blog saya nih..)




mahu tag:

ladykiki...(buat ya..mudah saja nih..)

faarihin..(lama x jenguk sini yer..)

ayu..(pun lama x update..ke saya yang termiss nih..)

taz..(kalau free nanti akak gi gerai kamu..selalu je lalu tapi x sempat singgah la..)


sayangku intanurulfateha..
tag kamu udah selesai..
wink2~~~

Roti Arab..Roti Arab...juadah terbaru berbuka tahun ini..

Tak pernah saya story pasal topik hangat di bulan mulia Ramadhan nih..
Tiap kali saya blogwalking ada je blogger2 yang cite menu2 berbuka yang menyelerakan..
nyum2..
nak2 pulak saya blogwalking tuh pagi2 di opis..
kecur je air liur..
padahal Jam baru kul 10 pagi..
hohoh~

Biasanya bila bulan ramadhan dan jatuh pada hari cuti..
saya masak lauk best2 kat umah..
Sebab banyak masa kan~
Macam last weekend, sabtu tu kalau tak silap ada daging goreng kegemaran ayah..
ada ayam goreng quarter..
ada kailan goreng perencah udang..
Semuanya masak sendiri..(saya dan kakak saya masak..)

Masa tu tak lepas peluang gak pergi bazar ramadhan.
Beli kuih tepung pelita..(berterabur dalam plastik sebab x proper bungkus..)
popiah goreng..(sumpah x sedap...)
Beli juga kuah lemak labu..(sedap..rugi beli sikit jer..)
tomyam..

*******************************************************************

Hari kedua pulak..
Ada ikan goreng..
Ada sayur buncis goreng..
Ada sambal cili api..

Pergi bazar ramadhan laks beli..
murtabak ayam dan daging..(sedap sangat sampai mak kempunan x sempat rasa..)
solok lada..(sedap..)
pajeri nenas..(sedap gak..)
dan air soya..(kawan abang meniaga..)
then, kuih kemboja..( banyak sgt telur..x selera..)
masa pergi bazar ni saya tak ikut..
Kena tinggal~sob2
Ingat nak makan ROTI ARAB..
Tapi tak sempat nak pesan..

*******************************************************************

hari ketiga puasa dah mula kerja..
Sob2..
balik kerja kul 4.45..
Sampai umah dalam kul 5.20..
Ajak mak gi bazar tapi mak tak mau laks..
So, saya pergi secara solo..
Kali nih tercapai gak hasrat nak beli ROTI ARAB itu..
Tak sabar2 nak makan bukak posa nanti..

Selain itu, saya juga ada beli murtabak lagi..
air soya lagi..(kali ni tawar sket..)
err..solok lada lagiii..
Balik tu saya masak kuah kurma daging..
Dari kul 3.30 ptg tadi saya pesan kat mak dan adik supaya keluarkan daging yang dah dipotong2 dari dalam peti sejuk..
Dan juga pesan kat adik saya supaya parut kelapa..
(Buat pengetahuan kawan2 rumah saya ada banyak buah kelapa di pokok dan kamipun ada mesin parut kelapa..)
Kakak saya goreng telur dadar special..

*******************************************************************************

hari keempat..
Lebih kurang sama je..
Tapi hari tu tak ada ROTI ARAB..
Gerai itu tutup pula..
Sayapun pergi beli air soya lagi..(bosan pulak..tapi abang saya suke..)
murtabak daging dan ayam..(bosan gak..tapi nak saya lak suke..)
solok lada lagi..

Balik je saya goreng ayam..
Sambal cili api masih kick..
Kuah kurma daging masih sedap..
ehehe~
(sebenarnya saya dah ingat2 lupa lauk ape yang saya masak..)

**************************************************************

Hari kelima..(semalam..)
Ada beli lauk masak lemak keli..
beli lauk pajeri nenas lagi..
beli mrtabak lagi..
beli ROTI ARAB lagi..
beli air jagung laks (tukar selera..)
nak beli solok lada tapi dah habis daa~

Lepas itu, balik saya masak buncis goreng lagik..
kakak saya goreng telur dadar spesel..
goreng ayam crispy..ayamas jer..
(sempoi je lauk sebab balik lambat daaa~kul 6.30 baru sampai rumah..)

*****************************************************************

Hari ke enam..
Hari nih..
tadi..

From PJ lagi ujan lebat..
dah agak dah..mesti hari nih lambat sampai kat bazar..
Kakak dah pesan mee kari..
Mak dah pesan murtabak lagi, air jagung, solok lada..
Sampai je kat bazar hujan masih lagi tak berhenti..
Nasib baik dalam kete ada payung..

Saya dpat juga beli semua yang dipesan..
Siap beli Nasi kerabu untuk diri sendiri..(boleh la tahan..nasi keras daaa~)
Masa sampai rumah jam dah kul 6.45 kalau tak silap..
Yang penting saya memang berhajat nak buat cendawan goreng tepung..
So, itu je lauk yang saya masak hari ni..
plus telur dadar, ikan goreng dan ayam goreng yang kakak saya sediakan..
Cukup dah untuk berbuka tadi..

*****************************************************************

Cam biasa je kan..
Tak de spesel pun..
Tapi seronok berbuka beramai-ramia seisi keluarga..
Esok, saya tak berbuka di rumah..
Nak berbuka dengan alumni lambaian..
Yeay..lama dah tak jumpa mereka2..
Nampaknya my sis kena sediakan makanan berbuka la esok..
Ahad saya pulak sebab dia nak berbuka dengan tunang die...

p/s : tajuk tak boleh belah.tapi mmg berbaloi la beli ROTI ARAB tuh..
Sedap..

Wednesday, August 26, 2009

Nak share Kisah Inspirasi WANITA~

salam ye semua..
Dulu saya bagitau pasal buku2 yang saya beli secara online kat PTS Publication.
Sila rujuk sini untuk ke entry tersebut.
Salah satunya ialah buku ini..

SELEMBUT BICARA Kisah2 Inspirasi untuk Wanita by Saridah Hamid..



Buku ni sangat menarik dan sarat dengan kisah2 pendek mengenai wanita...
Ada 52 kisah semuanya yang saya rasa sangat menyentuh hati dan memberi sumber inspirasi kepada kita terutama kaum hawa.
Saya cadangkan supaya kawan2 dapatkan buku ni sebab ceritanya MENARIK dan TAK BOSAN..
Lagipun, ceritanya pendek2 belaka dan mudah untuk difahami (bahasanya sangat mudah..)



Antara cerita menarik yang saya baca ialah kisah seorang guru agama berilmu yang dihormati di kampungnya tetapi miskin. Sudah 2 hari tidak makan dan pada hari ke 3, dia rasa sangat terdesak untuk makan supaya tidak mati. Akhirnya dia berkeputusan untuk mencuri sedikit makanan bagi mengalas perutnya yang lapar.
(darurat kan..)

Akhirnya dia telah masuk ke sebuah rumah yang kosong dan terjumpa terung yang masih panas di dalam piring. Dia mengambilnya dan mahu menyuap ke mulutnya.

Tiba2 dia tersedar akan kesilapan yang dilakukan lantas meletak semula terung tersebut (dan tergigit sikit..). Dia rasa telah melakukan dosa besar dan memohon ampun kepada tuhan atas kesalahan yang dilakukannya.Dia lantas terus ke masjid dan cuba mengikuti kelas (yang diajar guru lain) tetapi disebabkan lapar dia tak dapat focus.

Habis je kelas tersebut. Semua orang dah balik kecuali dia dan guru yang mengajar kelas itu.
Masuk seorang perempuan dengan bapanya yang uzur ke dalam masjid dan bercakap dengan guru tersebut.Rupanya dia telah menjadi balu dan ingin berkahwin semula tetapi tiada calon.

Guru tersebut mendapati hanya dia sahaja dalam masjid itu lalu bertanyakan sama ada dia mahu berkahwin atau tidak.Lalu dia terus terang bahawa dia miskin dan tidak mampu menyara diri sendiri apatahlagi isteri.Rupanya wanita itu balu kepada ahli perniagaan yang kaya dan hanya mahu berkahwin mengikut amalan Rasulullah dan untuk mengelakkan diambil kesempatan oleh orang lain.

Maka berkahwinlah dia dengan wanita tersebut.Pabila balik, wanita itu bertanyakan sama ada dia sudah makan atau tidak.
Dia bagitahu "sudah, isteriku" (padahal belum lagi..)


Isterinya membuka tudung saji di atas meja dan terperanjat.
"siapakah yang sudah menggigit terung yang saya masak?"


Kata2 isteri membuatkan dia menangis lalu menceritakan perkara sebenar kepada isterinya.
Lalu isterinya jawab " ini adalah amanah, dan abang sudah menahan diri daripada memakan terung yang diharamkan kepada abang. Sebagai balasan Allah memberi abang seluruh isi rumah ni dengan tuan punya rumah ini"

Cerita ini sangat2 menarik..Ada banyak lagi cerita menarik...
Lepas ini saya akan beli lagi buku2 begini from PTS.

Selamat berpuasa dan berbuka kepada semua.

Hari dah hari ke 5..Alhamdulillah~

Tuesday, August 25, 2009

Baiki cara solat khas untuk PEREMPUAN yerr~

Email ini saya terima dariapada kawan saya..
Memang berguna sangat-sangat sebab adakalanya perkara-perkara ini kita tidak ambil berat sedangkan solat itu tiang agama~
Saya just copy tanpa mengubah sedikitpun perkataan..
Semoga kita sama2 dapat manfaatNya..

***************************************************************************

Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa
UTK RENUNGAN BERSAMA....
Baiki cara solat khas utk perempuan


Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi.
Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama.
Topik adalah mengenai adab2 solat.
Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu.
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...
sewaktu kitaberdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa.
Pendek kata, kutuk diri sendiri danmenyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN.
Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya.
Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir.
Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.
Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkankedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jaritelunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga keparas dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan keatas, seolah2 menyentuh ulu hati.
Tangan kanan diletakkan di atas tgnkiri agak2 selesa.
Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti diatas lutut.
Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahulimanhamidah..."
dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaalakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi.
Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antarakedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan..
Jgn sujud terlalu jauh kehadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki(setakat jari shj).
Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala kekiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan diatas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging.
Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam.
Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri.
Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki.
Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak.
Ingatlah, kitasedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 ygtertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.
Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamatidari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin.
Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.
Ingatlah sewaktu kita sujud,kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat.
Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2sehingga di belakang telekung.
Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung.
Oleh itu, berhati2lah.


Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.
Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.
Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.
Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak.
Yg penting, kita kena ingat,inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.
Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama.

Sekira2 ada salah dan silap,harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat.. **

Monday, August 24, 2009

Budak kecik gile mekap~

Alkisahnya masa majlis tunang kakak saya..
Adalah si comel yang kiut miut..
Kalau tak silap umur baru 5 tahun..
Duk menyendeng la kat bilik bakal tunang lepak..
Masa nih upacara merisik dan menunang dah settle..
Tinggal aktiviti makan2 je..

Saya lepak la join sekali..
Saya snap2 la gambar tunangan orang nih..
Yang ada kat bilik tu selain dia, kakak sedara dan si comel yang suke dipanggil kakak tuh..

Masa tu la die sibuk2 kat meja solek kami..
Capai eyeshadow, tepek2 kat mata..
Lepas itu ambil pulak pelentik bulu mata tu sambil tekap la kat area bulu mata tuh..
sambil mulutnya x berenti bercakap..

" pakai la ni macam ni.."

merujuk kepada gincu..Dijuihnya bibir sambil mengenakan gincu tersebut.
merujuk juga kepada eyeliner..memang terror adik nih touch up muka..

" pakai la kat sini"

merujuk kepada eyeshadow yang kakak saya beli dekat RM60 harganya..
yang jenis cream ada glitter2 gitu..

" guna la benda ni..tak sakit~"

merujuk kepada alat pelentik bulu mata tu..
padahal tak kenapun kat bulu mata die..
salah budget kedudukan mata dengan pelentik tersebut..
(kami bertiga gelak guling2 tgk gaya die yang asyik cakap 'tak sakit'... memang la tak sakit kalau tak kenapn kat mata tuh..)

Ada picta2 menarik masa si kakak nih tengah menggedik..
Haha..
Sile rujuk..
erm..masa nih ok lagik..

ok, nih die tunjukkan kat mana nak pakai eyeshadow..

Ni lak cari nak praktikkan..
tgk tu..kusyuk die ngadap cermin..

secara close up..

Budak2 zaman sekarang~
huhu..

Sunday, August 23, 2009

Naik Air Terjun Sg Gabai..

Sabtu lepas sehari sebelum majlis tunang my sis,
saya ada bagi tahu yang saya ada pergi Sg. Gabai..
Tapi tak cerita sangat kan~

Kepada yang tak berapa familiar dengan tempat rekreasi ini..
Sg. Gabai ataupun lebih tepat lagi..

AIR TERJUN SG. GABAI..

Letaknya di area Hulu Langat..
Selain Sg Gabai ,ada Sg Congkak dan Sg Tekala..
Semuanya best2 tuk dikunjungi..

Yang tak bestnya Sg. Gabai nih kena naik tangga yang tinggi gak la..
Letih dulu la kaki nih sebelum dapat pergi port PUNCAK yang cantik..
Kepada pencinta alam memang akan suke ngan view air terjun tersebut..
Dah kata tinggi kan..
Sudah tentu air terjunnya cantik kan~
Tujuan utama sebenarnya nak snap picta je..
Sebab tak prepare apa2pun..
just bawak selipar je..
hehe~

Tapi nasib kami hari tu kurang baik sebab sampai2 je kat puncak, hujanpun turun..
aleeerrrr~
dah tak ceria la kan..
Dah la tak bawak baju spare..payungpun tinggal kat kereta..
Makanya kamipun turun sikit demi sikit ke bawah semula.. (bile rasa lebat sgt cari tempat berteduh jap..)

Bekalan sushi yang kami bawa tu pun makan dalam kete je..
Plan sebenar nak makan kat puncak sambil layan cecah2 kaki kat air sungai yang sejuk lagi nyaman~
tapi plan tak jadi..


Nasib baek ada picta yang dah snap sebelum hujan membasahi bumi iaitu masa baru perjalanan naik ke puncak..
layankan je la yer~



muka letih tu sebab nak mula panjat tangga lagi.. baru je separuh jalan..

ada orang amik gambar saya tgh amik gambar..ehehe~

ni view air terjun dari bawah~
Cantik kan air terjunnya~

nih picta poyo2..
amek picta cermin kete tapi nampak kami~
Masa nih dah nak balik..
Bila lagi nak kuar jalan2..
tunggu after RAYA la kan~
hmm~

Saturday, August 22, 2009

Kita lihat siapa yang kenaaaaa...TAG!

1.copy award ni untuk diletakkan dalam belog anda.

nah inilah die award yang cam kontroversi jer..hehe~


apepun picta nya saya totap shukee..thanks ye LADYKIKI..

Tapi tu la..seksi sgt la award nih..
ehehe~



2.nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini:

6 fakta menarik yer..

jap2 nak pikir and digest..nak lontarkan ayat2 dramatik dan bombastik..


1 : yang pasti ladykiki nih cantik..menarik..pandai bergaya..saya suke tgk gaya die..

2 : dia nih happy go lucky..banyak kawan..suke gi jalan2 cari makan dan share kat blog..

3 : dia ni suke amik gambar.photography..dan juga gile bergambar..tengok sendili la kat blog die.banYAk picta2 menarik..

4 : sarawakian dan yang bestnya die cuti hari isnin..menarik kan..(tul kan?)

5 : blog die kaler warna warni..menarik..dan dia ni sangat rajin update blog..kadang2 dalam sehari tu ada sampai 3-4 entry..mari terjah blog die ye kawan2..

6 : die memang menarik..kalau idak x de la saya tertarik nak singgah blog die..

yeah..cukup simple tapi bombastik kan..
ikhlas tu dari hati nurani saya..
hehe~


3.setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

Alamak banyaknya sampai 9..adeh, ape nak gebang nih..?


1 : kita sama la ladykiki..sayapun x gile shopping lepas dapat gaji..normally saya akan beli bile terberkenan dengan sesuatu 'on d spot' la~

2 : saya mmg gile internet la kan..
Balik rumah je bukak PC dulu siap2...hehe~
bukak blog sendiri..blogwalking.. bukak FB (tapi x segile layan blogwalking la kan..hehe~
tapi agak malas nak update post..kena tgk mood la..
maknanya di sini, lebih byk blogwalking dari godek blog sendiri..agaga~

3 : saya ni memang selalu jujur..nak tipu pun x pandai..kelentong apatahlagi.. apa yang keluar dari blog nih dan mulut saya memang TRUE la..
tu yang kadang2 boley buat orang terkecik hati..
padahal x sengajapun..dan x bermaksud apa2..
huhu~

err...3 cukup la yerr~hehh

4.pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka:

err..saya bagi kat 6 orang je la..dan juga kepada sesiapa yangberminat..


1.ZEZE (kawan sekolah TIKL tercinta~sedang bercintaan dengan MrEzz)

2.FARAHDILAH (kawan baik semasa jadi student di UTM dulu~sekarang bekerja di senai)

3.KAKYONG (kawan sekolah from form 2 till now on.sangat baek dam mamanya kami kami panggil BONDA)

4.YATIESAKURACHAN (adek junior yang suke follow saya from sekolah at puchong until pindah TIKL(gurau je..). nak jadi arkitek..

5.FARIEYNA (blogger yang baru je follow saya..thanks and terima la tag x seberapa ni)

6.KHAIRUL NADIAH (kawan sekolah di TIKL tercinta siap jadi dorm mate dorm Jasmine dulu..pehtu jumpa di UTM.)

7.MEREKA (sesiapa yang layan post ni..)

8.DEMO (sesiapa yang terbaca tag nih..)

9.ANDA (sesiapa yang jengok blog nih..)

10.KAMU (kepada sesiapa yang berminat nak buat..)


Fuuuhhhh~
Habis sudah..
harap2 LADYKIKI pueh hati la yer..
Panjang nih..
Amek masa 2 hari tuk settle kan..
dasat x dasat la~

Friday, August 21, 2009

Geram dengan SARAH!!..huh~

Geramnye..
aduila~
baru je lepas tgk ending nur kasih episod baru nih..
adeke die nak trap 'Aidil'
Ya Allah, tak malunya..
geram..
geram..
gerammmm!
huhu~

****************************************************************

ok, saya sempat tgk sikit cerita Nur Kasih after balik tarawih tadi..
Macam bias first tarawih memang penuh surau..
Sampai tak muat la..
Dengan suara kanak2 yang sengaja dikuatkan masa aminkan surah Al-Fatihah~
Lepas itu ada sekali tu, dengar suara budak lelaki yang kuat follow imam baca Al-Fatihah..
Sabar je la..
Tapi, bagusla kan..
Kecik2 dah diberi pendedahan pasal solat sunat tarawih nih..
Bila dah besar esok rajin la ke masjid..

Tadi pak imam bagitau la masa mukadimah selepas solat Isyak..
"kepada adik2 malam nih tak ada disediakan kuih-muih .. sesiapa nak balik sekarang, balik la ye.."
Ye la..
Biasanya budak2 datang masjid sebab nak MOREH.
Boleh makan kuih muih..air free..( yeee bukan semua.hanya segelintir dari mereka..)
tapi yang bagusnya memang asik2 tu semua tak berganjakpun..
Setia je kat depan sejadah..
Alhamdulillah..

Lepas itu imam tu juga ada juga cakap..
" bapak2 nye jangan la takat 8 rakaat je.. biar la penuh 20 rakaat.."
Lasa ni saya gelak je sebab saya dengan ayah mmg dah deal tadi nak buat 8 rakaat je..
kuang2..
tadi ramai jugak yang tewas selepas 8 rakaat lagi2 orang muda2...
Malulah pulak..

Then, ada imam tu ada cakap jugak..
" kepada perokok, mulai esok dah tak boleh dah waktu siang..so, kurang la merokok.. Duit beli rokok tu baik sedekahkan je"
memang bagus la nasihat2 yang imam ni berikan..
Ringkas dan padat..
Maksud tersirat tuh..
haha~

Esok nak pergi tarawih lagi..
jom kawan2 penuhkan surau dan masjid di tempat anda..

NAK GI TARAWIH

Assalam to all..
mesti semua tengah bersiap tuk pergi solat tarawih..

Alhamdulillah..
bertemu jugak kite dengan ramadhan..
Bulan kite umat islam dan bulan penuh barakah..

Esok dah mula puasa.
Harap2 kawan2 yang pompuan dah ganti habis semua puasa yang tertinggal..

Kat sini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua..
Tingkatkan ibadat di bulan mulia ini yer..
Semoga hidup kita akan lebih baik daripada sebelumnya..

Saya juga nak menyusun jari memohon maaf jika ada salah silap..
terkasar bahasa semasa saya blogwalking dan menaip di blog sendiri..
k, nak pi tarawih nih..
tata~

Rasa macam masa mencemburui saya~ahaks

Erm..
lately, kerja kat office berlambak-lambak..
Activity normal blogwalking kat office terpaksa di limit kan..
Kejap je boley jengah blog kawan2..
tapi still jengah kan..
ok dah kut~

Lepas itu nak update blog sendiripun kemain la payah..
bukan x ada idea..
ada banyak benda nak cerita tapi selain daripada lacking of free time,
my PC yang dah ''tua" tu pun problem..
Bukak benda2 berat sikit die akan "pengsan" seperti biasa..
Dah le lama..
esoknya baru boleh "sedar"
lepas itu picture pulak besar gabak dan kena resize sume dulu baru mudah nak upload..
Yeee..the point is all things mentioned above need extravaganza time to be settled.
Sebab itu kadang2 saya post without any picta..
(banyak betul alasannya..)

Pastu FB pun dah lama berhabuk tak buka.
Saya baru bertemu semula sahabat baik saya masa sekolah menengah dolu2..
Kawan yang banyak bagi saya dorongan dan manjdi saingan tuk score paper dulu~
Kami mmg dapat result yang sama masa PMR before I move out to technical school and she remains there as one of 'genius' student at my old school.
And I become as one of 'loser' at my new technical school.
Seriously I'm have no attention to study hard and no one there can inspire me to score for SPM.
Tapi result SPM tak ada la teruk sangat..

Dapat juga masuk matriculation..
Dan sahabat saya nih pulak masuk PASUM.
Die mmg bersemangat waja nak jadi doktor.
Lepas habis matriculation, kami last jumpa masa her sis wedding.
Masa itu saya bermalam di rumah dia 1 malam.
Miss her so much..

Sekarang nih memang dia dah jadi doktorpun tapi terikat under JPA.
Hopefully one kami akan dapat jumpa..

Wednesday, August 19, 2009

Engagement Day of my SiS- Part 2

Salam..
Last post tiada picture tunangan orangpun kan..
ehehe~
Saja ja nak kasi suprise pada kamu semua..

Ok la..
saya update sikit lagi yer..
Bermula dengan picture orang penting kat bilik..
ade pulak si kecik berbaju merah..
adeh la~







hantaran2 secara close up..
Bermula dengan cincin ..





Kemudian laks barang tu 'langkah bendul'





Kemudian pula buah-buahan..



Last sekali kek secret recipe..
Tengok tuh..dah 'mendap' kek tu sebab dah lama berpanas..
Lepas je snap picture tu terus sumbat dalam peti ais..






Ni pula aktiviti sarung cincin ke jari manis oleh wakil pihak lelaki..
Tu dia kakak saya serba pink..
Tudung tu kalau tak silap dia beli kat Miri..
Cantik kan?
Meriah gitu..



ni ada pic random..die edit sendiri picture nih..minta saya upload kat sini..








Last sekali acara penyerahan cincin dan kain ela buat baju kurung kepada kakak sulung saya..
Bestnye jadi kakak dapat rasa cincin emas free~
Rasanya sayapun kena sediakan jugak nanti..
huhu~



K la..
last picture..
random gambar picture family..


babai..see ya next round..

Award datang lagi. from Cayril-Z

Salam semua..
Saya udah dapat lagi award from Cayril-Z...
Dia bagi award ini kepada semua followers blog die yang best tuh..
jom jengah blog beliau di sini





Inilah award yang diberikan..




Untuk mendapatkan award nie syarat2nya::


Pertama 1:


@ Apabila korang memfollower blog aku ini secara rasmi nye layak mengambil AWARD ini.



Kedua :


@ Kemudian korang letaklah di dalam page blog korang..


Ketiga :


@Kepada yang sudah FOLLWER sy boleh la ambil arward ini sekarang!



Ok, semuanya udah di settlekan...


Kepada yang nak dapat award jugak sile ke blog beliau dan jadi his blog followers..


Monday, August 17, 2009

Layan tag from Mr. Teratakindah~


Dengan penuh besar hati saya telah menerima tag dari TERATAKINDAH...



1) Anda rasa anda HOT?


HOT..Agak panas gak cuaca hari ni..
HOT..rasa nak minat air yang panas2..
HOT sebab tak dapek pi kerja hari nih..aduiyai~~


2) Upload FOTO kegemaran anda




3) Mengapa anda suka foto ini?

sebab saya rasa saya cute dalam picture nih..
lalalalala~
(mode perasan dah on pulak..adesss~)


4) Bila kali terakhir anda makan PIZZA?


pizza..?
pizza la boheme baru je makan sabtu lepas..
ehehe~
boley consider ke tu?


5) LAGU terakhir yang anda dengar?

lagu pe ek namanya..?
adehla~
dengar..suke..
tpai xtau sape yang nyanyi..
n tak tau lagu ape..

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan TAG ini?

sambil angkat kain di jemuran..
sambil goreng ayam tadi..
sambil layan tivi~


7) Selain dari nama sendiri, anda suka dipanggil dengan NAMA apa?


err..nama sendiri sudaa~
x de gelaran lain kut~


8) TAG lagi 6 orang

Kak Syila
Abg Afiq
Aemi Biskutrajin
Luvida
cikYana
dayah isyak



9) Siapa no 1 bagi anda?

kakak senior saya dalam alumni lambaian~
kalau ada program selalu pergi bersama-sama~


10) Orang no 3 ada hubungan dengan siapa?

Entah la..sayapun tak pasti.
Sila tanya beliau sendiri yer..


11) Kata sesuatu berkenaan dengan no 5

blognya sgt warna-warni dan sweet..
baru jer memulakan hubungan istimewa dengan sesorang..
samoga bahagia serta bertemu jodoh dengannya.


12) No 4?

sahabat blogger yang cute dan sangat rajin melawat blog saya~
saya mula kenal dia from blog intanurufateha.


13) Siapa orang no 2?

senior lambaian juga..
bekerja dengan produksi yang menghasilkan Upin dan Ipin.
Blognya banyak cerita pasal dunia bersama produksi tersebut..


14) Bagi pesanan kepada orang no 6

semoga cepat bertemu jodoh dngan si dia..
semoga cepat habis belajar..
ehehe~
rindu laks kat UTM..


Hmm..
Alhamulillah dah habis..
Jenuh pikir nak bagi siapa tag nih..
Kepada yang TERKENA..
Anda adalah orang yang bertuah..
ehehehe~
Sile2 la yer..

Majlis Pertunangan my sista berakhir sudah~

Assalam..
Salam pagi..
Pagi nih saya tak larat nak pergi kerja..
Badan sakit2 kesan kerja keras sehari suntuk semalam...
Dah la sehari sebelum tuh panjat air terjun sg.gabai..
sakit kaki..

Tapi nak berinternet tiada masalah..
nak berblogging apetah lagi~
Sebab hanya perlu duduk sahaja..
haha~
aci x?

Tentatif kasar saya dah cerita dalam post semalam..
So, saya nak wat story bergambar laks la~
Sile layan yer..

ni masa awal pagi..
tengah buat aktiviti memasak di dapur..
hehe~ tapi kenapa kat tangan saya ada cawan..
wat keje ke minum air..?
ehehe~



bahan2 nak masak..
dah siap basuh tu semua..



3 makcik bersaudara tengah buat kerja memotong sayur..
saya? tengah snap picture..
ehehe~





yang berbaju hijau itu jiran saya..
hehe~



dari kiri..
kakak sulung saya..makcik saya...kakak sedara dan last makcik saya jugak..




Masa nih jam dah pukul 1..
Saya dah bersiap cantik2..
Bakal tunagan orang pula sedang bersiap kat bilik~

Suasana rumah yang dah bertukar wajah jadi istana..
err.tak..tipu jer..
hehe~

ni bilik bakal tunangan orang..
serba hijau..
comforter tu baru je tukar pagi tersebut..
gile express~



Ni ruang ambil makananan untuk tetamu2 yang hadir..



Ni laks ruang tuk berdiskusi..
err..ruang penting..
upacara merisik dan bertunang akan diadakan diruang ini la..
luas dan selesa..
cuma tak comfort la sebab tikar rotan.
huhu~




Ramai dah duk berkumpul kat ruang tamu bawah..
ada tivi kat depan nun..
layan MELODI kut masa nih..
haha~



dari kiri..
makcik jiran saya..
dan juga mak saya..
makcik Bedah namanya..
Beliaulah yang membantu menyediakan bihun goreng yang spesel..
sedap..



Saya enterframe sudah..
tengah nak bubuh bawqng goreng dalam bekas..
Tetamu akan bubuh sendiri dalam sup masing2..
termasuk juga daun bawang dan daun sup..



Aduh..ayam goreng madu yang menarik perhatian..
Sedap woo..
ayam nih la jugak yang cepat habis..
macam pisang goreng panas daa~




Acara rasmi pertunangan dah mula tuh..
masa ni la saya ditugaskan jadi jurufoto..
lemah je rasa~
ok x nih gambar2 saya snap nih..?
dan2 amek gambar hantaran dulu..
saya ada explain pasal hantaran nih semalam kan...




keadaan di rumah masa sesi risik dan tunang berlangsung..
bakal tunangan orang ada kat dalam bilik...



Ni wakil belah pompuan..
ujung sekali yang pakai baju pink tu ayah saya..
so sweet ayah saya..



Yang ini pulak wakil belah lelaki..
8 orang semuanya termasuk kanak2..
ehehe~



Aci tak kalau saya wat part 2 pulak untuk sesi seterusnya..
panjang pulak post nih nanti..
belum snap lagik picture hantaran secara dekat..
sesi sarung cincin pun belum lagi..
sesi makanpun belum lagi..
see ya~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics