Followers

Sunday, August 23, 2009

Naik Air Terjun Sg Gabai..

Sabtu lepas sehari sebelum majlis tunang my sis,
saya ada bagi tahu yang saya ada pergi Sg. Gabai..
Tapi tak cerita sangat kan~

Kepada yang tak berapa familiar dengan tempat rekreasi ini..
Sg. Gabai ataupun lebih tepat lagi..

AIR TERJUN SG. GABAI..

Letaknya di area Hulu Langat..
Selain Sg Gabai ,ada Sg Congkak dan Sg Tekala..
Semuanya best2 tuk dikunjungi..

Yang tak bestnya Sg. Gabai nih kena naik tangga yang tinggi gak la..
Letih dulu la kaki nih sebelum dapat pergi port PUNCAK yang cantik..
Kepada pencinta alam memang akan suke ngan view air terjun tersebut..
Dah kata tinggi kan..
Sudah tentu air terjunnya cantik kan~
Tujuan utama sebenarnya nak snap picta je..
Sebab tak prepare apa2pun..
just bawak selipar je..
hehe~

Tapi nasib kami hari tu kurang baik sebab sampai2 je kat puncak, hujanpun turun..
aleeerrrr~
dah tak ceria la kan..
Dah la tak bawak baju spare..payungpun tinggal kat kereta..
Makanya kamipun turun sikit demi sikit ke bawah semula.. (bile rasa lebat sgt cari tempat berteduh jap..)

Bekalan sushi yang kami bawa tu pun makan dalam kete je..
Plan sebenar nak makan kat puncak sambil layan cecah2 kaki kat air sungai yang sejuk lagi nyaman~
tapi plan tak jadi..


Nasib baek ada picta yang dah snap sebelum hujan membasahi bumi iaitu masa baru perjalanan naik ke puncak..
layankan je la yer~



muka letih tu sebab nak mula panjat tangga lagi.. baru je separuh jalan..

ada orang amik gambar saya tgh amik gambar..ehehe~

ni view air terjun dari bawah~
Cantik kan air terjunnya~

nih picta poyo2..
amek picta cermin kete tapi nampak kami~
Masa nih dah nak balik..
Bila lagi nak kuar jalan2..
tunggu after RAYA la kan~
hmm~

9 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics