Followers

Sunday, August 2, 2009

Kucing kesayangan saya - DIKO~

Sebelum ni saya ada cerita pasal kucing saya yang bernama diko..
Beliau satu2nya kucing yang ada tinggal kat umah kami..
dah 9 tahun usianya..
Daripada umur saya belasan thn dan maseh bersekolah..
Hingga la sekarang..

Sepanjang duk umah ni, ada pelbagai perangai pelik beliau..
salah satunya beliau pandai ambil que nak masuk toilet..
Tapi die masuk toilet bukan untuk ehem2..
tapi tuk minum air..
(mungkin air dalam bilik air tu paling sedap kut bagi die..)

Ok, meh saya tunjukkan secara ekslusif kepada anda rentetan aktiviti beliau semalam..
ni dia baru je nak beratur. Dalam bilik air ada adik saya mandi..

Ni dah lepas 5 minit menunggu..masih setia lagi tuh..

saya close up sket sebab die duk intai dari bawah tuh..intai air hujan mandian adik kat dalam..hehe~


pehtu nih dah dekat 10 minit.. Die dah duk tengok pintu..tunggu lagi dengan sabar...
'Bila lah orang kat dalam nih nak kuar gamaknya..
lama dah aku beratur nih..'
Agaknya gitu la ayat dari mulut die kalau dia boleh berkata-kata..


Dah mula hilang sabar nampaknya.
Terus blah ke tepi peti sejuk..
Gatal pulak leher dek kutu..



Dengar je pintu bilik air terbuka berdesup lari ke port tadik..hehe..



Taraaa...berdesup die masuk dalam bilik air..
Kalau anda perasan ada macam objek itam kat belah kiri bawah pintu..
haa..itulah ekor die..x sempat nak amek picture die masuk bilik air sebab laju sgt..
adeh la~

Akhirnya dapat jugak die minum air dalam baldi merah tuh..
Legaa...


Saya bagi clear sikit picture beliau minum air..

Gitulah perangai dia hari2..
Tak nak minum air kat tempat lain..
Ada lagi 2 bilik air lain kat rumah.
Ada air kat sinki..
Dulu siap ada sediakan air dekat ruang tamu tuk dia.
Tapi dia tetap nak air dalam baldi merah..
yang dalam bilik air tu jugak..
haha~
macam2 hal la kau Diko~

11 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics